hallooo.. Hari ni nak cerita pasal house warming kami sekeluarga di Toowoomba, Qld. First time buat house warming tambahan lagi bukan kat rumah kat Malaysia. Adoi.. pening, kecoh, kecah sume ada. Mula2 memang rasa mcm terbeban nak buat house warming ni. Sebab bila sampai Toowoomba, rata2 komuniti Malaysian kat sini duk tunggu bila lah kami ni nak buat house warming. Kalo setakat 2-3 keluarga tu insyaAllah laju je la kan nak buat. Ini tidak, dah nak cecah 50 orang kot org Malaysia kat Toowoomba ni. Mana tak peningnya. Dah la skill memasak ku hahahahahancussss.. Kahhh.. kantoi disitu. Sebab dulu tak rajin nak masuk dapur tolong mama. Harapkan mama je siapkan sume untuk kenduri. Kahhhhh.. Itu lah pengajaran dan pelajarannya! Takde mama, mak atau catering nak bantu kami. huhu..
Bila, dah tahu memang takkan ada yg membantu kami laki bini untuk masak2 ni ada je lah yang tak kena nya. Sampai gaduh lah jugak sebab nak cari tarikh yg sesuai supaya tak clash dengan kerja dua2org. Iyalah, dah duaorg ni je lah yg nak masaknya pun. Kalo tak saling membantu tak ke naya.. hohoho.. Jadinya, selepas mcm2, kami pun memutuskan untuk mengadakan house warming kami pada Ahad lepas.
Hana siang2 dah masak brownies ngan cheese cake marie (resepi Nana Farhana share kat instagram). Jai plak dah sibuk menguli tepung untuk buat roti canai. Nasib baiklah husband hana ni terer buat roti canai sbb mak dia penah bukak kedai makan dulu. Jadinya, kami gunakan kepakaran dia untuk buat roti canai supaya menjadi menu utama untuk hari tersebut. Hahaha.. Hana pulak sibuk setup meja kat deck belakang rumah dan susun2 apa yg patut. Tak nak kelam kabut esoknya baru nak setup sume benda. Malam tu jugak buat kuah dhal (nasib baik ada best friend Lyn sudi bantu), buat sup ayam dan perap ayam dan kambing untuk BBQ. Dah siap kemas rumah baru mommy daddy tido iaitu lbh kurang nak kol 12 mlm. Bangun subuh kol 5am terus masak nasi ayam plak sebanyak 4 periuk penuh. Dah lah tak reti nak masak nasi ayam byk2 sbb takut tak rata masaknya, kang ada jelatah plak. Nasib baik sume ok! fuuuhhhhhhhhh.. Susun2 tomato, timun, salad ngan nasi ayam kat belakang.
Majlis start pukul 12 tgh hari. Kol 11 am dah ada org dtg dah. Terus husband mula operasi menebar roti canai. Hana pulak goreng ayam untuk nasi ayam separuh. Ayam maduuuu laku sgt! hehehe.. Dah habis ayam madu dorg kena tggu ayam bbq. kahhhh.. Seperti yang dijangka, roti canai mendapat sambutan hangat. Iyealah, kat ostolia ni mana lah nak dapat roti canai kawww kan? hahaha.. Sume duk beratur menunggu giliran order. Ada yg nak roti telur (tuan tanah pun tak merasa ok roti telur! setakat roti kosong je). Jadi jai buat ikut order. Baikkan suami saya? hahahaha..
Malu2 plak awal2..
Tuan rumah in action!
mula2 aman..
Datang tok ketua..kecoh satu dapurrr..
Ini lah roti canai maplewood.. hihi..
Sampai aziz dan lyn, dorg tolong kami. Aziz tolong jai siap2 kan bbq. Iqbal datang terus jadi tukang bakar. hihi.. Nasib lah ada dorg ni. Kalo tak, mmg tak terhandle lah sumenya. Dah pukul 1 pm majlis pun bermula. Org lelaki solat zuhur berjemaah dan diteruskan dengan bacaan yassin. Alhamdulillah. Selepas itu, kami tuan rumah pun jemput para tetamu untuk teruskan menjamu selera. Ikut lah nak makan apa. Byk pilihan.. eceyhhh..
BBQ di Maplewood.
Tuan Iqbal dan Tok Imam.
Berapi!
woahhh..
Tok ketua ni peace2 plak.
Kaum lelaki yg sibuk berbbq..
Tetamu menjamu selera
Lab mates hana pun tak melepaskan peluang makan2.. Pengalaman baru bg diorg jgk.
Tuan rumah dan best friends yg susah2 tolong kami sejak kami sampai Toowoomba hari pertama lagi
Kaum perempuan makan di bawah..hihi
InNampak tak cheesecake marie saya? Thanks Nana for the recipe.
Ini ruang kanak2..
Ini lah hidangannya. Nasi ayam (sup, kicap, kuah sos cili, salad, timun dan tomato), roti canai dan dhal, choc fountain, buah2 dan kek. nyumsss..
Majlis kami berlangsung sampai lah ke Maghrib. phewwwww.. penat tak penat lah kan? Lepas masak air masak lagi. Tak berenti2. hahahaha.. Tapi bila semuanya berakhir, kami tgk muka masing2 gembira, happy dan enjoy dengan majlis kami, penat tu macam tak terasa pulak. Hahahaha.. gittew! Dan kebaynakan dorg ckp, ini lah majlis yg paling havoc, lain dari lain. Sebab dapat makan roti canai mcm kat mamak. hihihi.. Kalo kat Malaysia pun belum tentu tuan rumah nak kenduri tuan rumah tebar roti canai kan?? hahaha..
Sekarang ni tok ketua dah assigned rumah kami jadi tuan rumah untuk majlis hari raya! hambek kooo.. Nak kena prepare untuk raya plak. Husband plak katanya next projek MURTABAK! amboiiii..kemain ko.. KIta tunggu raya nanti jadi ke tidak.. hahaha