Blockbuster Deals!!

Thursday, March 31, 2011

Bila suami hilang ingatan..

Salam,

haiyooo..choi! kalau jadi seperti di tajuk. mintak simpang! huhu..al-kisahnya terjadi pada malam tadi. tapi sebelum itu, kalaulah terjadi seperti perkara di atas, memang dahsyat kan? iyalah, lama kasih terjalin lepas tu dia boleh tak ingat plak isteri dia siapa. huhuhu..sodeyh.

cerita dia macam ni. malam tadi seperti biasa, kami suami isteri akan calling2 lah tanya dah makan belum ke apa kan? tapi semalam suami hana ni tak call-call. pelik ni.so, hana call. hana pon tanyalah, "abang dah lupa kat kita ke?". pastu dialog pun bermula:

hubby: ini siapa? nak cakap dgn siapa?
hana: mcm biasalah abg wat lawak bodoh dia. nak ckp dgn abg la.
hubby: abang? saya abang orang ke?
hana: abg jgn nak mengada leh tak? dah lah tak call seharian..huhuhu..(ngan nada sedeyh)
hubby: laa..nape nak sedih2 pulak?
hana: iyalah..nak cakap dgn suami kita lah.
hubby: alamak! saya dah kahwin ke?
hana: abg, jgn lah main-main.
hubby: betul lah. nak main-main apanya. saya ni tinggal bujang aje kat sini.
hana: abg!!!!!!!! serius lah. nak cakap dgn abglah!

dan berjela2 lagi lah apa yg dia bebel. mengada2. hana dah cuak dah. dia ni betul ke tak kan. dalam 15min jugaklah dia hilang ingatan..huhu..hilang ingatan buat-buat. tension mak! iyealah..dia kata, awal2 permulaan telefon dah cakap dia tak ingat kat isteri dia. kan? so, dia kata nak sangat lah tu abang hilang ingatan..huhu..JAHAT betul! rupanya dia tak call sbb sibuk untuk siapkan dokumen kerja yg kena hantar esok..huh..


sekadar gambar hiasan..from google.

mana lah kita nak mintak jadi camtu kan? haishh..tapi kalau jadi hishhkk..tak tau cmne nak cakap.Doa lah agar semua dilindungi dan dirahmati Allah. =)

p/s: Selamat tunggu lagi 2 hari utk Blogger Brides Forever Gathering.

Tuesday, March 29, 2011

BBF together-gather..

Salam,

ampun kan saya mengenai title yg broken tu..huhu..sememangnya sume tgh dok seksaited utk ke gathering. yg pastinya hari sabtu ini akan jadik lebih hangat dari biasa!! hehehe..


jgn lupe utk membawa:
1. kipas tangan..sbb anda akan berpeluh ngan aktiviti yg akan kami sajikan.
2. pastikan perut anda jgn terlampau penuh, sbb ada makanan yg akan dihidangkan.
3. pastikan anda jangan ternganga apabila mendapat doorgift anda..=p
4. and owhh..jgn lupe bawak seluar extra. mana tau korg beria nak main nnt..hehe..

huehuehue..see u guys this saturday!!


aku sukak gilak logo ni! =)

Monday, March 28, 2011

berani ada kereta kahwin cmni??

Salam,

while browsing around, tiba-tiba jumpa 1 this cute pic! a picture of two cute and unique wedding cars. hihi..siapa2 ada fulus lebih dan ada berani, meh cuba idea ini. Sangat menarik hokeyh..hehehe.. =)


credited to ohpemandu for the picture

p/s: BBF sekalian, dah set nak pakai baju apa untuk gathering? haha..

Friday, March 25, 2011

shopping time!

Salam,

ini entry hasutan dan rasukan geng BBF!! disebabkan sume gila nak pakai hada labo..hana dgn tamak halobanya pegilah bershopping ke tesco utk cari menda alah tu. tp tesco kajang takde guardian. so, shopping barang dapur ternampak lak durian..nyum nyum..ape lagi sebat lah 1 pek. hehehe..

habes shopping..pegi plak giant kat ngan umah yg sememangnya ada guardian. hah!! jmp pn hada labo..hahaha..so, rembat lotion 1. nak beli yg milk mahal lak..iyealah nak wat test2 dulu beli yg murah2 sudeyh..so, sekian..


sy pon terkena rasukan hada labo dr bbf..huhu

p/s: jmp korang masa BBF gathering sila tag mana2 muka yg ber'hada labo' eyh? hahaha.. =p

Thursday, March 24, 2011

Penghargaan buat Nuffnang

Salam,

hallu...saja tetibe gatal nak post entry malam-malam. Hanya untuk mengucapkan terima kasih yang tak terhingga untuk Nuffnang and advertisers for the continuous buffered earning =)

I love u all..murah rezeki hana, murah lagi rezeki kalian hendaknya.

Wednesday, March 23, 2011

wordless wednesday: wedding lagi

Salam,

Ampun lah yea kalau kalian mcm dah nak kuar muntah pink tgk pic kawen hamba..hehehe





urghhh! i missed this moment..haha..especially the slimness and the dress train plus bridesmaids (penat pilih baju diorg n wat bunga tuk dorg last minute).

Sunday, March 20, 2011

Contest Senyum Paling Ceria

Salam and Happy Sunday!

Sebelum dilanda boring tahap dewa-dewi di hari ahad ni, hana pun blogwalk la ke blog2 yg hana follow. hah!!! skali ada contest best plak. alang2 tak de nak wat ape ni, so hana pon ce try lah join contest Cik Namee kite ni. =)

Contest yg Cik Namee buat ni best! tak stress nak pikir ape menda lah nak citer or nak 10000 org like baru leh menang contest. muahahaha..meh kite tgk contest ape yg cik namee anjurkan.

ads
Haa..ini lah dia contestnya!

Cara dia simple, mudah dan cepat! (dah mcm slogan PDRM dah)

1. Follow lah blog cik namee yg best tu (ok, dah follow!)
2. Buat entry bertajuk Contest senyum paling ceria (hah..tgh buat ni)
3. Letak banner contest kat sidebar (checked!)
4. Letak banner contest dlm entry. (udah =))
5. Upload gmbr ceria kite n nyatakan nape kite gembira dlm pic tu (woraits!)


haa..ini picnye..Mengapa saya gembira dalam gambar ni? jawapannya senang aje. haha.. Saya dah berkahwin dengan lelaki pujaan hati mestilah gembira ye dak? hehehe..dan masa gambar ni diambil, en suami buat lawak tak hengat!! tu yg dua2 bantai gelak sakan tu..hahaha =D

6. Letakkan link entry ni kat ruang comment cik namee(baiklah..)
7. tag 3 org rakan
i) Kina
ii) dibah
iii) dyll

Meh join contest ni meh..tarikh tutup 31/3 =)

Saturday, March 19, 2011

Real Wedding: Nur Iman & Firdaus

Salam,

Selamat hari Sabtu yang mendung..huhu..sementara ada mood nak post citer kawen yg mmg teramat fresh (baru balik kenduri) ni, baik hana cepat2 post. kalau tak, alamatnya mmg berzaman baru nak post..hehehe..

Seronok dpt jumpa housemate@bestfriend yg dah jadik mak org, jmp junior2 and terutama skali junior hana yg baru kawen hari ni, Iman n Daus. Congrats and Selamat Pengantin Baru to u guys!!

Semua nya berjalan dgn amat lancar dan hujan pun turun tidak selebat mana. hujan rahmat =) Hana tiba di perkarangan masjid Shah Alam dlm pukul 9am. Mereka mula akad pada jam 10am. Semuanya on time. sgt bagus!! hehe..Pengantin lelaki pon alhamdulillah hanya dgn sekali akad diorg dah sah menjadi suami isteri. sekejap je tok kadi tu berkhutbah and beliau mmg sgt sempoi siap bg photographer amek gambar ikut pose yg OP tu nak..hehe..siap seloroh, hah..malam ni ada lah gambar pengantin dlm FB!! hahahaha..sume bantai gelak. cool tok kadi ni. mmg betul pon, tak sampai malam dah upload dah..hehe..


the happy face of the bride =)


Semasa khutbah nikah.


Pengantin nervous..

Selesai akad, upacara batal air sembahyang. Iman mmg bertuah dpt seutas gelang dan sebentuk cincik dr suami. Dan, bukan itu sahaja..mak mertua dia pun hadiahkan sebentuk cincin dan gelang emas dr habib!!! waaaahhh..nak jugak mak mertua camni. =p pengantin perempuan pun tak diberitahu ttg surprise ni. hihi..comel!




hihi..masa ni comel je..suami tak reti camno nak cium dahi ngan tudung awning..hahaha..


meh bergambar ngan peranten..


hadiah dr ibunda mertua iman!! auwwww...bestnya!! hehe..

Selepas habis upacara nikah, semua pulang ke rumah dan pengantin pun salin baju utk walimah pula. Kalau nikah pakai busana berwarna turquoise putih, walimah pula warna maroon manggis mcm tu. =) semua baju ditempah oleh pengantin perempuan. Hana paling heart baju nikah dia..cantek!!beading sgt amat kemas =)) kalau tak silap baju dia buat kat sarawak (dah mmg org sarawak)..hahaha



Sebelum pulang, tibe2 ada org tegur. "ni hana kan?"..hehe..hana dah tau dah..tak lain tak bukan ni mesti dba @ lovely adibah hehe..mmg betul pon. jadi snap2 pic 1st time jmp dba..


huhu..psst..dba, sy mmg dah tembam lah..hahahaha


last but not least, hadiah dr kak ana to iman =) a fresh flower hand bouquet; white gerberra and maria pink roses. hope u love it.. =D

So, that's all =) Selamat berbahagia sehingga ke syurga, Iman n Daus.

Friday, March 18, 2011

Tips mempermudahkan kehamilan

Assalamualaikum,

Di hari jumaat ni, meh hana nak share tips2 yg hana baca setelah di google. haha..ada macam2 petua. Jadi, boleh lah kite ikhtiar dan berusaha dan mana tau membuahkan hasil. InsyaAllah.. Ini secara ringkasnya.

Doa-doa:

1. Doa sebelum 'bersama'
Bismillahi Allhuma jannibnas syaithoona wa jannibis syaithoona maa rozaqn tanaa
Maksudnya: Dengan nama Allah , Ya Allah ! jauhkanlah kami daripada syaitan dan juahkanlah syaitan daripada apa yang Engkau kurniakan kepada kami (anak)

2. Doa Nabi Zakaria
Robbi laa tazar dan wantakhoirul waaa rithiin
Maksudnya: Tuhanku, janganlah engkau tinggalkan daku seorang diri padahal engkau Tuhan yang paling baik dari segala orang yang mewarisi

3. Doa Nabi Ibrahim
Allhumainnaka ta'lamusirniiwa'alaa niyati faqbul ma zrotii wa ta'lamu haajatiifa a'thinii su'lii wa ta'lamu maa fii nafsii faghfir lii zanbii
Maksudnya: YaAllah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku.

Petua mengira waktu subur:

KITARAN HAID WANITA
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 adakitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapisecara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.


1. Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung.Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

2. Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula,telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

3. Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku.Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang.Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

4. Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

( In other words, 14 days from the 1st day of your NEXT period[/b] - NOT your previous period)

Kalau nak senang macam ni. Katalah kitaran haid 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Atau, Katalah kitaran haid 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Kalau malas nak kira n nak lagi sonang..hah..pergi sini . dia dah siap2 bagi kite nye ovulation calender. bila time somewhat fertile, most fertile and tarikh utk pregnancy test lagi!!hehehe..dah ada calender leh la plan. =)


haaa..ni contoh dia..sonang jo!

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satudarjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. (owhh..dah tahu nape housemate kite dolu2 beli thermometer) hehehehe..

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur,atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur ituberjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Petua Amalan Pemakanan:
1. Madu lebah (untuk tenaga dalaman)
2. Minum Susu dan badam
3. Minum sup ayam dan makanan berempah
4. Minum minuman berhalia (bagus untuk suami)

So, mari lah mari..kite mencuba..usaha tangga kejayaan.. hahaha..haa..sape yg ada petua lain leh lah share jugak..=)

Wednesday, March 16, 2011

wordless wednesday: wedding shoes

Salam,



kasut hantaran (purple) yg tinggal kenangan dan tak sempat nak pakai..huhu

Tuesday, March 15, 2011

BBF on candid!

Salam..

Sorry lah dah lama baru nak upload pic2 bbf masa kenduri kat blog ni. huhu..bukan ape, kena tggu pic, pastu nak kena resize sume..lambat tul..kadang2 rasa malas tu yg lebeyh..tu yg lambat nak upload.. so, jom layan pic candid korg! hehehe..


masa ni sume tak ready..tak ingat ape yg iedayah gembira sgt masa ni.. hehehe..


SK in action! hahahaha..masa tgk pic ni rasa kelakar. SK dah kawen pon last week..Congrats dear!!


wokeyh..set tempat utk amek gmbr..


click click..alamak..mata iedayah tidak dpt menerima cahaya lensa..ok sekali lagi..hehe


taraaa..akhirnya.. a last decent pincture! =) sume dah kawen..tinggal nora aje lagi yg belom..hihi.. =) congrats to yumie too yg baru kahwin!!!

p/s: korg..jom jmp nnt time gathering bbf ek? =)

Monday, March 14, 2011

my mum fashion design in a RUNAWAY!!

Salam,

hihi..tajuk kali ni mmg tarak tipu2 pny..bukan cobaan..tp mmg betul2..hahahaha..mama hana punya rekaan baju diperagakan di pentas fesyen baru2 ini..hihi..bangga sket jadi anak beliau. mana taknya. bukan sbrg org leh peragakan rekaan baju kat pentas fesyen kan?? hehe..meh tgk sikit baju yg mama hana reka.. =)


focus on the lady with black batik blouse =)


haaaa...amacam? cantek tak?? mama do it from the design, canting, colour and sewing..semuanya tau!


the back view =)


ok..thats all for today..hehe..tak sabar nak balik KL!!!

Wednesday, March 9, 2011

aku menang wak AG jangan nyanyiiiiiiiiiiiiiii...

Salam,

muahahahahaha..baper ribu ko menang hana oii?? adalah dalam beberapa ribun kan. kata start from 1k adiahnye. haha..sume tebal telinga dongar lagu2 pelik wak AG. hahaha..

takdelah! mimpi aje nak monang wak AG jgn nyanyi tu. nak tembus masuk hot FM nye line punyalah payah..haha..tp hana mmg tak dapat nak teka pon lagu2 yg wak AG nyanyi. =p so, tak yah la nak memandai masuk. kuang kuang kuang..

Sementelah dah merepek meraban tu, meh hana jawab tag dr choclairissa@intan. ni antara soklannye:

5 nama samaran:
ok..dia tanye nama samaran..bukan nama betul..muahahaha..
1. Hana yoriee (op kos bukan nama betul..ramai bloggers kalo jmp tau nama ni aje..hehe)
2. Rihanna umbrella (ni masa mula2 rihanna keluar ngan lagu umbrella..sume pakat nyanyi lagu ni..sampaikan hrtu hantar dry clean baju pon kat resit tulis nama I rihanna. =p)
3. Dian (ni nama nenek mengaji panggil masa kecik2..ikut2 sukati dia nak panggil dian..ingat saya ni dian sastro agaknye..muahahaha)
4. Ena (ni nama budak2 cina panggil masa zaman skolah2 dulu..hihi)
5. Dinda (haaaa..ni takleh lupa..hubby kite panggil dinda bila time dia romantik terlebih)..hahaha..

5 tarikh penting
huishhh..bab tarikh ni mmg penting..huhu..ni nak majuk ni..ada ke patut smlm hubby saya sms tanye tarikh nikah sbb nak letak dlm dokumen kerja dia. dia tak hingat????????? huhuhu..sodeyh mak tau tak. tp dia ckp dia nak confirmkan betul ke tidak hrbulan tu..huhu..nnt balik nak brainwash tarikh2 penting ni..nak tampal kat dinding sampai dia hafal..hahaha
1. op kos tarikh nikah (9 december 2010)
2. birthday saya.. (22 november 198?? ) hahahaha..kang kantoi umur saya disitu..=p
3. birthday hubster (28 december 198??)
4. tarikh anniversary couple (1 december 2000) haaaa..lamakan?
5. tarikh dapat tau pregnant nanti2 (padahal tak tau lg)..hahaha..boleh?

5 perkara saya buat smlm
1. saya main game..upacara wajib sebaik bgn tido..haha..kantoi
2. da puas main game baru tgk thesis
3. pastu teman mama pegi gombak yg ceruuuuuuuuuuuuukk utk ambil sillicate setong kat kedai aunty mana ntah.
4. beli dunkin donut (sbnr ngidam nak makan big apple, tp dpt beli dunkin pon jadilah) ngidam mengada2.. =p
5. balik tgk Marshanda. ini siri wajib skrg even cerita dia setengah jam menganga, setengah jam menangis..huhuhu..

5 perkara buat saya gembira
senang je nak wat sy happy..hihi:
1. dapat call drpd suami ku. dapat call pon dah gembira tau. =D
2. bila suami pulang lepas lama tak jmp. ngeeee..
3. bila boleh dating ngan suami tgk wayang, makan2, jalan2 tepi pantai..auwww..gembiranya!
4. bila dpt surprise dr hubby..hehe..dia slalu wat surprise bila dia balik.
5. bila dapat adiah..hahahaha..ni sume org suka kan?

5 perkara sebab jawab soalan
1. Sebab dah ditag ngan Inta. hehehe..takpe..len kali leh tag intan =)
2. Sebab soklan dia best jugak..tu yg rajin nak jwb
3. sebab tgh senang hati dan ada kelapangan
4. sbb dpt on9 lepas lama takleh online..huhu
5. sbb nak post benda lain kat blog ni tapi lupe bawak cable nak upload pic..huargghhh..

5 kawan utk di tag:
1. Farah fatihah
2. Elya elmo
3. Zaila (haaa..zaila..meh jawab tag meh)
4. mawar
5. Suriadzul

p/s: Happy birthday dearest Mama..i love u sooooooooooooooooooooo mucho!! muahhxx..

Friday, March 4, 2011

ikatan kasih abadi, anda pilih yg mana?

Salam,

ok..hari ni nak cerita pasal pengikat kasih semasa majlis akad nikah. hana aware yg ramai memilih cincin sbg brg kemas semasa majlis batal air sembahyang after akad. hana pon dulu nak jugak cincin kahwin ni. tp memandangkan hana dah ada 1 cincin risik (white gold) and 1 cincin tunang (gold), jadi hana opt utk pilih rantai semasa kahwin.. =)

bg hana, rantai pun sesuai dijadikan brg kemas semasa upacara batal air sembahyang. tp terpulang lah pada citarasa masing2 kan? =) hana sbnrnya ada jugak terpengaruh ngan kata2 SA kat kedai emas. dia ckp camni. "kalo pilih cincin bagus. tp 1 je masalahnye. bila berat badan kite naik atau terutama sekali semasa preggy..time tu lah mengadu cincin kahwin dah tak muat..adalah pernah satu couple ni dtg kedai sbb jari jadi biru birat dek kerana cincin dh jadi ketat sgt dan terpaksalah dorg ni cungkil cincin ni sbb takleh tanggal. dan dgn itu, akibatnya cincin tu patah."huhu..sabar je lah akak ni kan? tp ikut pengalaman member2 n ipar hana mmg masa preggy cincin dorg ketat n dorg tak pakai pon cincin kahwin masa ngandung. dh habes pantang cmtu baru leh pakai balik..huhu..

gelang plak..teringin jugak tp hana ni bermasalah sket.lasak! kang beli yg berbuah2 pny gelang takut tersangkut sana sini..tp bestnye kalo dpt gelang!! huhu..

so, last resort hana pilih jelah rantai sbg pengikat kasih. =) rantai ni insyaAllah takdelah ketat ke ape ke. tp kena jugak cermat bila pakai..takdelah main gasak je.hehehe..insyaAllah, barang kemas ni boleh jadi harta pusaka sampai ke cucu cicit. teringat kat arwah nenek yg turunkan brg2 kemas beliau kepada setiap anak2 =). ada yg dpt rantai, ada yg dpt subang berlian, subang zamrud, dan cincin.


hana pny biasa2 aje..tak mampu lagi nak beli yg emas berkilo-kilo..hahahaha =p

so, tepuk dada tnya selere tanya poket..hehehe..kalau nak serba satu pon lg syiok kan? muahahahahaha..

Thursday, March 3, 2011

money as rewards..

Assalamualaikum,

juz nak share with all of u about churp churp..i think ramai kot yg dah tau kan? tp tak ramai lagi yg menceburkan diri dlm churp churp ni.betul tak? dia kira adik-beradik nuffnang. kalo korg byk earn dr en nuffnang yg baik hati, korg pon boleh earn dr adik churp churp yg comel ni..hahaha..

so, grab ur chance to be rewarded once u tweet, post in fb or even when u blogged on the message to be shared. what are u waiting for? juz click on the link to be one of the churper =)

JUZ CLICK HERE TO JOIN

Wednesday, March 2, 2011

I am Number four???

Assalamualaikum,

hehe..no no..i am not number four. insyaAllah will always be the only one..tarak ong lah no 4 ni kan? bak kata org cina. si! haha..

ini bukan nak citer pasal nombor. bukan nombor toto atau turutan nombor periksa dlm kelas dan sebagainya. tapi berkaitan movie I AM NUMBER FOUR.ok ok..ini rentetan atau sambungan dr entry yg lepas..kan hubby hana nak belanja tgk wayang malam tu sbb dia nak pujuk hana kan? so, cerita ini lah yg kami tgk.. =D

seriously, byk2 movie yg hana tgk utk tahun ni. yg ni lah yg paling best giller gaban!! from the beginning until the end mmg penuh ngan actions. dgn sound system yg mmg menggegarkan panggung! walauweyh..wa ckp lu..mmg syiok lah. u dun even need any pop corn pun coz u need ur eyes, ears and mind to focus on dat movie..betul! tak tipu pnye..hana bukan dpt ape pon promote citer ni. haha..juz nak kongsi yg citer ni mmg best and berbaloi lah tgk wayang =)


movie yg ke-2 plg kiri yg plg best antara byk2 movie..byk lg tiket movie.mana ntah ilang.saya mmg collect tiket movie ni.haha =p
*kantoi kat mana hana n hubby slalu tgk wayang..miahahaha*

sape yg belom tgk lagi pegi lah tgk movie ni k..


nak tgk trailer pegi sini



korg nak tgk tak besar mana calar keta hana yg telah meremukkan hati hubby hana?? hahaha..





























taraaaaaaaaaaa...ini lah dia..kiri kanan kereta ada kesan yg sama..amacam?tu yg best kena marah ngan hubby hana tu..hahaha

Tuesday, March 1, 2011

Berita baik dan insiden buruk

Assalamualaikum,

First of all..di atas keprihatinan pihak atasan hubby hana, dia dapat cuti 4hari dr hari sabtu sampai hari ni. =)

Secondly, Alhamdulillah..FIL hana sudah beransur pulih dan telah pun keluar dari hospital tengahari semalam even ada insiden buruk yg terjadi masa nak ambil FIL hana..



huhu..insiden yg takkan dilupakan..parking kat hospital tu mmg agak hampeh..disebabkan kekurangan parking lot, org terpaksa memakir kereta mereka ikut dan aje..dan demikian terjadilah insiden yg tak diingini..huhu..

cuba bayangkan, kiri kanan depan belakang ada kereta dan ruang utk kereta keluar hanya muat2 aje..nak adjust bg keluar punyalah amt seksa!!! last2 hana give up, mintak tlg dgn MA or HA (a guy) yg lalu..hahaha..(hubby hana pegi naik amek barang utk bwk balik). nak dijadikan cerita dia pun tolonglah hana dgn seikhlas hati..pusing sana adjust sini..huh..mmg seriau! mmg habes elak utk tak bergesel ngan keta lain..akhirnye dpt jugak keluar dr tempat yg azab tu..huhu..sampai je kat dpn emergency hana perasan muka suami hana tercengang..MIL hana pon sama..laki mana lak ni turun dr kereta kan? muahahahahaha..

hana ckplah, takleh kuar keta..dia tlg kuarkan sume..pastu hubby hana bebel2..kata kalo takleh panggil je lah dia..hana bukan ape..ingt dia sibuk amek brg sume kan..malas nak dgr ceramah dia..tu yg konon nk kuarkn sendiri je..tp tak berjaya.pastu dia lalu kat tepi kereta..dia berenti..ini kemek n calar ape lak ni?? tadi kata ok..pot pet pot pet dia kat situ smpi FIL hana ckp..dah dah..tak pyh marah2 hana tu..bukan salah dia. huhu..sodeyh tau tak! mmg sesape pun kalo lalu jalan td mmg susah nak kuar.hana punye calar sikit aje..dia dh pot pet mcm ape dah.. ='(

nak buat camne kn? hana diam seribu bahasa even FIL hana ada wat lawak bagai..hahaha..hubby hana pun rasa serba salah..pujuk2 lah hana..mcm2 gaya..malas nak layan dia.pastu dia ckp.laki tadi tu tak hensem, telinga capang, kepala botak,hana tergelak terbahak2..dia jeles lah tu.org tu hensem je.takde pon mcm yg dikatakan.hahahaha..padan muka dia..marah2 hana lg! =p

so, itulah yg dia yg terjadi.malam tu disebabkan dia rasa bersalah, kitorg pon pegilah tgk movie..hehe..ok next update pasal movie ni.. =)

p/s: terima kasih tak terhingga atas concern dr rakan2 yg doakan kesihatan FIL hana..jasa kalian hanya Allah SWT yg dpt membalasnya..=)