Blockbuster Deals!!

Wednesday, December 28, 2011

Happy Birthday Husband~

Hi Abang..Assalamualaikum..
(ala..tau abg tu stalk blog ayg! =p)

Happy Birthday to you..ok, kita dah sebaya balik! hahaha..

Hopefully, dengan menginjaknya usia abang ni..harapnya:
1. Abang dimurahkan rezeki oleh-Nya. (ayg leh tumpang sekaki)
2. Sihat2 selalu..nnt leh tolong jaga anak kan?
3. Jadi Daddy yg baik, penyayang..segalanya la..
4. hah..yg ni mmg tak leh blah..abg kalo nyanyi boleh tak jangan main hentam kromo je liriknya. sakit telinga ni nak dengar..kuikuikui..

Apa-apa pun..ayg sayang abg sgt2.. =)) mmmuuuaahhxx..


mula2 maintain pastu jadi hyper!! isk isk isk..

From,
ur lovely wife! eceyh..

Tuesday, December 27, 2011

Amazing moments with little cutie (3D 4D scan)

Assalamualaikum,

Seronoknya semalam and pagi ni. Tersenyum je bila tengok setiap snap shot 3D baby sendiri. Tengok keletahnya bukan main lagi. Macam-macam aksi yang dia tunjuk. Mommy dia ni pun dah rindu sangat2 nak jumpa. Akhirnya, dapat jugak jumpa setelah daddy nya ada ruang masa yang boleh dicuri2 sekejap semalam sbb dia kerja. Itu pun puas pujuk daddy dia. hoho..

Ok..hana buat scan 3D 4D ni dengan Jezzlyn dari FB 3D 4D Scan Malaysia. Hana buat kat klinik Fauziah dekat Ampang. Kalau korang nak buat 3D 4D scan, hana memang recommended sangat buat dengan Jezz ni. Bayaran pun tak mahal. Cuma RM100 sahaja dan anda akan dapat byk snap shot 3D dan video 4D dalam salinan CD. Jezzlyn ni ialah seorang sonographer. Kecil molek je orangnya. Mcm2 yang jezzlyn buat dan cuit2 supaya baby tunjukkan muka dia. Sbbnya anak mommy ni kaki dengan tangan2 semua dekat atas muka. hahaha..kata Jezzlyn, baby u ni ganas. kuikuikui..agaknya sbb mak pak dia ni suka benor tgk bola tu yang sampai kaki2 kat muka tu..hahaha..Baby, sila sopan2 sikit kat dalam perut mommy tu tau. Ni tgh duk type ni pun terasa kick dia. hahaha..

Nak tengok keletah dia? hehehe..



the MOST favourite pose.. Baby hana tengah senyum sambil buat thumbs up.. hihihi..nak tergelak tgk pic ni. pandai plak dia sambil tidur pose gini yea? hehehe..dalam pic ni nampak dah hidung dia ikut daddy dia!! hihihi..
Hana nak minta bantuan korang..weeeeee..Siapa2 yang sudi, meh la LIKE pic ni kat SINI. Tapi sebelum tu korang kena click LIKE kat FB page 3D 4D Scan Malaysia. Pastu baru click LIKE kat link INI. Hana suka2 masuk contest ni. Contest ni berakhir 31 Dec 2011 ni. Jadi, kalau sudi click2 yea. Thanks korang!! =)


hah..kan dah kata..nak beraksi lah tu..sampai kaki2 dah naik ke muka..hohoho..

Yg ni 4D video nya:
video
Baby hana ni tgh lapar. Semua jari dia nak cuba hisap..ngan jari2 kaki pun kalau boleh nak dimasukkannya kat dalam mulut.huhuhu..

Alhamdulillah..sekarang hana dah 26weeks. Berat baby pun dah 833gram. Tapi berat mak naik lebih2 smpi 8kg!! huhu..takpelah..asalkan baby mommy sihat kat dalam tu. yea? Hana berdoa agar anak mommy ni jadi muslimin/muslimat yang mempunyai akhlak yang baik, sihat sentiasa dan lahir ke dunia ini dengan selamat..amin....

p/s: buat 3D 4D mstlah dah tau gender kan? hahaha..tunggguuuuuuuu..

Tuesday, December 20, 2011

Ada apa dengan nama baby?

Salam,

Just nak share mengenai penamaan nama bagi anak2 kita. Semalam banyak lah juga post2 dari FB mengenai nama2 ni. Ada yang mengatakan nama2 itu nama2 anak jin. Wallahualam..Ada juga tindakbalas dari ustdz yang berbeza mengenai perkara ini mengatakan sebaliknya. Hana bukanlah arif mengenai nama dan maksudnya. Yang hana tahu, kalau kita bertanyakan pada ahli agama dan rujuk dengan sumber2 yang dipercayai mengenai maksud nama itu, insyaAllah ianya akan jadi satu nama yang baik kelak.

Meh hana share post2 di FB dua-tiga hari ni mengenai nama2 ni:


Dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9, Ustaz Sharhan Shafie pengamal perubatan Islam menyatakan nama² berikut merupakan antara nama² anak Jin.. walaupun maknanya bagus.. kerana nama² ini boleh mendatangkan penyakit misteri..

1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zakuan/Zaquan
5. Batrisya
6. Erisya

Jadi janganlah sesekali mengambil nama² diatas untuk nama anak² kita.

PERINGATAN dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka² yang bernama yang sedemikian TIDAK perlu untuk MENUKARKAN nama tetapi perlu menukar PANGGGILAN kepada yang lain.. sbgi contoh klu SITI NAJWA.. dari dipanggil Najwa ditukarkan kepada SITI..


Tindakanbalas dari penyataan di atas (Dr FB cousin hana):

Sejak dari semalam, ada di kalangan rakan2 saya di facebook yang share tentang nama-nama anak jin. Nama yang dimaksudkan adalah : 1. Balqis 2. Qistina/Kistina 3. Najwa 4. Zakuan/Zaquan 5. Batrisya 6. Erisya 7. Mazda, kononnya jika ibubapa beri nama itu pada anak mereka, akan ditimpa penyakit misteri. Yang menyebarkannya pula mendakwa ia adalah kata-kata dari Ustaz Sifulan bin Sifulan dari program Tanyalah Ustaz TV9.

Baik, ini jawapan Ustaz Zaharuddin.net :

Respon 1 : Tiada sbrg dalil yg sohih berkenaan nama2 tertentu adlh nama anak JIN, lalu dikatakan jika diguna & dipanggil kpd anak kita, lalu anak kita akan ditimpa penyakit misteri. Hal ini sama sekali TIDAK BOLEH DIPERCAYAI, malah bercanggah dgn firman Allah surah al-Naml ayat 65. Malah boleh termasuk dlm men'sial'kan nama tertentu, jika itu berlaku boleh jatuh syirik, Nabi bersabda :اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ ، اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ Ertinya : Sial menyial itu syirik, sial menyial itu syirik ( Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi). Berhati2lah.

Respon 2 : Saya baru sahaja menghubungi Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din berkenaan nama-nama yang dikatakan anak JIN, beliau MENOLAKNYA dan juga menggunakan ayat 65 surah an-Naml menolak pengalaman tertentu sesiapa jua yg mengatakan nama2 tertntu boleh membawa penyakit misteri. Cuma hanya ada nama JIN yg disebut di dalam hadis shj yag elok tidak digunakan spt Azazil, Wiswas, Khannas, Murrah, Harb, Soba & brbp yg lain disebut dlm hadis, Itupun tidak sohih jika guna maka akan kena sakit misteri. Ia bercanggah dgn Al-quran.

Pasal nama-nama ni, hana dgn husben kira mcm dah sepakat untuk namakan baby kami ni nanti dengan ...........hehe..rahsia lah kan?tapi itu baru senarai nama perempuan. nama lelaki tak ready lagi. Bak kata daddynya, ala susah2 kita namakan anak kita Siti Wasatiah atau Ahmad Wasatiah sudah. sederhana je semua..muahahaha..Mommynya terus memberontak tak nak! hahaha.. =p

Friday, December 16, 2011

pubic pain during pregnancy

Salam and Hi!

TGIF! jadi boleh la update sket2. ok, FYI, hana dari 1st trimester mengalami lower back pain and bila dlm 2nd trimester hana mengalami pulak pubic pain (Sacro-Illiac joint pain or pubic symphisis). huhu..sakitnya hanya Allah yg tahu. Tapi hana layankan aje. Maybe sebab dah hari-hari rasa jadi dah rasa terbiasa. Cuba bayangkan, nak alihkan posisi masa tidur rasa sakit kat pubic tu.huhu..menyucuk2..ouch! bila jalan pun kadang2 rasa sakit.huhu..

Last weekend pergi symposium women sports medicine kat hospital serdang. Dekat aje! Setakat cross bridge 5min je dari faculty. hehehe..Dalam byk2 topic ada 1 topic pasal exercise in pregnancy. Physiotherapist tu bagitau yg kalau kita buat pelvic floor exercise boleh lah minimizekan kita punya lower back pain and pubic pain. Dan ada banyak faedah lain which is memudahkan kita bersalin nanti serta kembali ke shape yang asal after deliver. =)


ini general exercise..

waahh..semangat lah sikit kan nak exercise! Tapi, korang jangan buat vigorously. Buat sekadar yang termampu seeloknya heart rate tak lebih 140beats or bila kita buat exercise tu kita tak semput and masih mampu bercakap dgn baik. Maknanya intensity exercise kita tu ditahap yg betul lah kiranya.

ada dua video untuk buat pelvic floor exercise (pelvic rock and pelvic tilt) tersebut. Watch the video here and here.

tips: awal2 pregnancy sgt recommended utk mempunyai postur berdiri, berjalan dan duduk dgn betul. sbb graviti org mengandung akan berubah bila belly kita makin membesar. ini juga salah satu sebab kita dapat lower back pain.

Friday, December 9, 2011

1st Year Anniversary

9th December 2010 - 9th December 2011



It has been a year since the AKAD, when you kissed my forehead. Along the journey we shared the loves.



Another year to create precious memories together, to discover new things to enjoy about each other. To strengthen a marriage that defines forever.
Happy Anniversary dear husben! I love you more and more.

Nanti next2 year kita celebrate dengan si tecit yea? hihi.. =)

So, apa plan utk celebrate? hoho..dia kerja malam lah hari ni!! aiseyh..huhu..so, maybe any plan akan ditunda hingga kedua-duanya bercuti.

Thursday, December 8, 2011

Menu mak buyong

Salam,

sebenarnya ada class waktu tulis post ni. tp rasa cm malas nak pegi dgr presentation student. biarlah Dr aje yg pegi..hoho..ngelat leh? ada setimbun lab report nak kena tanda ni. 60++ buku lab. Ada 2-3lab report nak tanda..aduiyaaiii..nak siapkan thesis lg ni!

ok..cukup mengomel pasal keje. Kita ngomel pasal makan plak. Bukan apa, kebelakangan ni hana asyik duk makan aje. Buat kerja mesti nak mengunyah something. haisshh..choc la, biskut la, kismis laa. macam2..mentang2 dah ada selera makan. gini lah jadinya. Dulu nak pandang iklan fast food kat TV tu pun boleh nak termuntah! sekarang kemain lagi.

Basically, recommended energy requirement for pregnant mother is 2500kcal/day on average. Hana tiba2 rasa cam lama dah tak calculate calorie intake makanan hana, jadi nak la kira2. Adakah hana ni makan byk sgt? sebab tu naik max weight gain je 2bulan kebelakangan ni kan. huhu..so, mari kita tgk!


Ini menu hana yea..sila jgn tiru..hoho


Menu Mak Buyong
Breakfast
Susu Hi-goat (1/2 cup) 80 calories
Mee goreng (1 plate) 281 calories
Morning Tea
Donut (2pcs) 536 calories
Lunch
Nasi Dagang (1 plate) 500 calories
Afternoon Snack
Pau BBQ Ayam (2pcs) 304 calories
Dinner
Nasi Putih (1 plate) 150 calories
Ayam Masak Merah (1pc) 81.6 calories
Ladyfingers in Curry (1 serving) 180 calories
Total (approximate) 2112.6 calories

Yes!! tak exceed pun..tp nape naik?? hehehe..ngelat tak masukkan data choc, biskut ngan kismis..haha =p tp still tak exceed punyalah! kenapa naik mendadak?? huhu..takpelah. kena terima kenyataan. skrg ni byk duduk dari berjalan. input byk tapi output kurang mmg lah naik banyak. hoho..nak exercise lebih2 mcm tak mampu. iyelah, bercakap telefon sambil berjalan pun skrg dah semput. camno? aiseyh..but, hopefully hana tak naik byk sgt la sepanjang lg 3bulan lebih ni. huhu..


yea..sy suka kaler purple..semua mknn nk kaler purple..haha..brg baby pun kalo boleh kena ada kaler purple..hikss..

ok, ini menu utk reference korang. Ini menu yang lebih sihat la. hana tak jumpa plak Malaysian menu. Ada kat buku tapi malas nak taip balik.

SAMPLE-MEAL PLAN FOR PREGNANT WOMEN
Approximate calories 2200-2400
Breakfast
2 slices of whole wheat bread with margarine or 1 cup of cereal
1 egg
8 oz. of low fat milk
Mid-Morning Snack
4-5 crackers
1 oz. cheese or Tb. peanut butter
Lunch
1 cup of rice or noodles
3 oz. meat (beef)
1 cup of vegetables (broccoli)
1 cup soup
1 fresh fruit (orange)
Mid-Afternoon Snack
8 oz. of low fat milk or yogurt
1 fresh fruit (apple)
Dinner
1 cup of rice
3 oz. of fish or tofu
1 cup of vegetables (bok choy)
1 cup soup
1 fresh fruit (pear)
Evening Snack
½ cup cereal
8 oz. of low fat milk

Main info dia adalah: A sample diet for normal pregnancy is based on the food pyramid and should include 6-11 servings of grains (nasi/mee/roti); 3-5 servings of vegetables; 2-4 servings of fruit; 3-4 servings of dairy; 2-3 servings of meats, beans, or nuts; and 1 serving of sweets.

Jadi makan lah secara sihat yea..hehe..

p/s: tips - Boleh letakkan biskut atau apa-apa snek kecil dalam tas tangan anda. Mudah apabila anda tiba2 rasa lapar =)

Monday, December 5, 2011

Glucose Tolerance Test in Pregnancy

Salam,

Last week on 30th November (30/11/11), hana pergi ke KK untuk buat MGTT/OGTT test ni. Ok, kepada yang tidak tahu, glucose tolerance test ini adalah untuk detect sama ada kita menghidapi gestational diabetes atau tidak. Org yg perlu buat test ini selalunya adalah org yg berisiko tinggi dimana ibu atau bapa kepada ibu mengandung tersebut ada sejarah penyakit kencing manis. Maka, mereka perlulah jalani test ini.

Ramai yang gerun nak buat test ni sebenarnya. Ialah, siapa lah larat nak telan air gula se mug kan? hehehe..kalau muntah balik air gula tu makanya kita kena repeat balik minum air gula tu. Tak ke sia-sia? huhu..alhamdulillah, hana berjaya habiskan se mug air gula tu dalam beberapa teguk. Nasib airnya suam2, kalau sejuk mesti tak berapa lalu nak minum dah. =) tapi yg syoknya, org sebelah hana siap bawak mineral water sejuk tu di sulamkan minum dgn air gula tu. ewaaaahh..kita kat sebelah ni bertarung nyawa (over kau!) minum air gula. Dia sedap teguk air gula pastu sulam ngan air mineral. Mana aci kan?? hahahaha..jd, hana dgn baik hati tegur akak tu.. "akak, takleh minum air lain kak.." dia cakap, "lah, ye ke? akak tak tau pun.." Akak tu buat muka tak bersalah..hahahaha..ada2 aje tau akak ni. =p Dah minum tu, hana mintak permission ngan nurse nak balik rumah sebab lepas 2jam baru diorg akan ambil darah balik. Nasib nurse bagi. kalau tak, duduk lah tertonggok dekat klinik tu. huhu..


ini gambarannya..tp mug nye taklah sebesar ini. 250ml nye mug je.

haa..lupe lak nak share. kalau buat kat klinik swasta MGTT ni, anda berkemungkinan akan minum air gula yang berperisa oren/anggur. eceyh..konon2 syok lah ada perisa2 tu..hehe..jadi, before buat test tu leh la survey klinik uolls ada offer air gula berperisa ke tak? haha..hana saja tanak buat kat az-zahrah sbb hana wat check up kat kk jugak. so, buat aje kat kk ni. save banyak buat kat kk ni. kat az-zahrah sekali prick kat vein utk blood test dah rm100++!! huhu..


hah..hambek kau! kiri kanan kena cucuk. nasib sebelah aje lebam teruk gini..
(p/s: gmbr ini baru diambil td iaitu pada 5/12/11 pada 10.50am.. kiralah dah berapa hari tapi lebam kena cucuk tak hilang2..huhu)

Monday, November 28, 2011

cuti yg pjg

salam..

hi..korang buat apa cuti 3hari? hana hbskan cuti dgn pergi kenduri-kendara. byk btl kenduri cuti sekolah ni. hajat hati nk shopping barang baby. tapi xberapa berjaya sgt shopping. blur2 pn ada. xpela..next time hopefully dpt la beli dgn lebih efisyen. biar kali ni tau budget scr kasar dulu. hihi..

Dan selepas 5bulan mengandung,tercapai jugak hajat nk tgk movie ngan husben dan dpt mkn durian!!! nikmatnya!

huh..ni teringin plak nk mkn som tam.harus carik!!

Thursday, November 24, 2011

Realiti Mengandung

Salam,

Disclaimer: Entry ini bukan untuk menakut-nakutkan bakal ibu, tapi untuk bagi anda bersedia dari segi fizikal dan mental untuk hari-hari yang bakal anda jalani sebagai ibu mengandung.

Hana janji sblm ni nak cerita pengalaman hana di awal kehamilan kan? Tapi hana nak bagi warning siap2. Kot ada yang tengah makan/minum tu, sila la berhenti makan. Sebabnya entry ni ada unsur2 yang anda akan rasa kembang2 tekak bila baca. hahahaha..

Ok, mulanya begini. Sejak 5wk pregnant lagi hana dah kena so called 'morning sickness'. Memang simptom awal seperti pening-pening lalat sikit-sikit tu ada dan dia terus masuk simptom-simptom seperti muntah di awal pagi bawak sampai ke tengah hari. Ok, fine! hari pertama, kedua, ketiga dan seminggu-dua awal tu saya boleh tahan lagi. Tapi bila dah masuk 8wk pregnancy which jatuh pulak pada hari mulia Ramadhan Al-Mubarak, terus hana ni melepet tak terdaya dah menahannya. Saya hanya berjaya puasa 1 hari yea kawan-kawan. huhuhu..hancur hati ku niat nak puasa sebulan penuh!! siap kena counter-attack dgn kata2 sinis sang suami "hai, nampaknya kena ganti puasa sebulan ni..bukan puasa penuh.." ciss..dalam hati mendidih aje..hahaha..takpe, niat tu penting. tapi memang tak dapat nak laksanakan pun. Hari ke-2 puasa dah start berulang ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah. Haishhh..Masa ni hanya Allah yang tahu betapa seksanya nak mengharungi hari-hari yang perit tu.Mana taknya, muntah tak kira waktu. Sakit, pening, batuk, tak lalu makan dan minum, tidur pun terjaga2 dek kerana muntah.

Dr kat Az-Zahrah tu bgtau hana kena HYPEREMESIS..ini sikit info dari wikipedia on hyperem:

Hyperemesis gravidarum (HG) is a severe form of morning sickness, with "unrelenting, excessive pregnancy-related nausea and/or vomiting that prevents adequate intake of food and fluids."[1] Hyperemesis is considered a rare complication of pregnancy but, because nausea and vomiting during pregnancy exist on a continuum, there is often not a good diagnosis between common morning sickness and hyperemesis.

See, from the explanation itself told us it was a SEVERE form of sickness. Jadi, saya bukan mengada-ada buat2 muntah berpanjangan seharian. huhuhu.. Muntah yang hana alami dari celik mata sampai tutup mata NON-STOP! Sampai paling teruk muntah tu keluar ikut hidung dan keluar darah sbb tekak luka. Cuba kalau kita muntah sekali pun dah rasa serik kan? Ini kan pulak sejam dalam 2-3kali muntah. hah..tak ke flat? Pastu asyik batuk aje. Org kata biasa org ngandung ni batuk2. Tapi bila sekali kau batuk semua isi perut ikut keluar sekali. huh.... Dah tu tambah dengan tak lalu makannya. And FYI, the worst part is, hana takleh nak telan AIR MASAK langsung! Dah la dehydrated, pastu air plak takleh nak minum. Tak ke naya? Makan tak usah cakapla..huhu..nak bau org masak pun dah uwek uwek ini kan plak nak makan. iskhh..takde makna nya. Nasib la boleh telan air milo + nestum. Dan sumber fluid hana adalah dari mengemam ais batu ye kawan2. Sehari dalam 10 ais dalam bekas dadih tu. Pecah2 kan ais tu letak dalam mulut sampai cair. Itu je yang boleh buat Hana survive. huhu..dan di kala ini, berat hana turun 4-5kg mcm tu..(ceh! masa kawen dulu kemain susah nak turun..huh).



Dari awal puasa sampai la nak dekat raya dah berlubang2 tangan kiri kanan kena cucuk masuk drip (Total sampai 4bulan = 7x cucuk utk masuk air). Sbb hana hyperem and dehydrated. Ada sekali tu terpaksa masuk Hospital Serdang sbb dah parah sgt. Masuk situ 4hari 3 malam. Duk lah tercongok keboringan kat situ. Berbelas2 drip masuk sampai kembang2 tangan bengkak air. Hari ke-4, Dr tanya, "awak dah rasa OK sikit?". Hana iya kan aje. Beriya2 cakap dah ok. Tapi urine test punya result still tak clear lagi sbb Ketone masih 2+. Selalunya dalam 1+ baru Dr bagi keluar. Tapi dah ckp ngan Dr tu nak keluar jugak2, dia pun bagi lah. hehehe..Tapi hambek kau! Sampai je depan pintu rumah, selambak keluar isi perut..huhuhu..smpi ke malam la muntah2 jugak. Sampai call org sana sini, tanya kalau dah warded and still muntah2 kena admit balik ke camne.. tu yang keluar ayat ckp ngan mama "Dah tak tahan sgt dah ni, antar je org balik g spital..rasa cam nak mati dah"..huhu.. tadi kemain nak balik, sekrg dimintak2 plak nak g spital. hahaha..nan ado la mama nak hantar. tahan kan aje. pas 2hari camtu masuk Az-Zahrah balik. Rutin mcm biasa 2 botol air dalam masa 2 jam pastu balik rumah. Ulang-ulang mcm tu je la sampai sehari sblm raya, lepas seminggu raya and sampai la kandungan dah nak masuk 4 bulan. huhuhu.. MC dan EL tak usah kira..siap KJ announce lagi kat Meeting bgtau hana kena hyperem. nasib lah diorg ni paham..hahaha..

Walaupun pengalaman ni buat hana serik nak mengandung lagi, tapi hana rasa bertuah sgt2 sbb dapat rasa nikmat mengandung. Hana sedar, ramai lagi wanita di luar sana yang beriya-iya berusaha nak kan anak..tapi belum ada rezeki. Setakat sakit pening 9 bulan tu hana rasa berbaloi sbb ada zuriat dan nikmat yg dikurniakan Allah yang hana dapat kecapi. Dan syukur tak terhingga juga, sebab dikurniakan suami dan family yang bnyk membantu hana sepanjang hana pregnant (untung duduk ngan mak! kalau duk sendiri tak tau laa..huhu). Diorg la yang duk jaga hana siang malam. Mama siap tido kat hall dgn hana sbb hana takleh bau bilik tidur yang ada bau suamiku yg dulu ku puja-puja..hahaha..THANKS ABANG, MAMA dan family members yang lain2. Itu lah, org kata kalau anak degil takmo dgr ckp mak pak pastu plak asyik wat mak sakit hati..haaa..dapatlah kita merasa camne bila kita jadi mak plak..itu baru sikit azabnya..(kuikuikui..padan muka sendiri..baru nak insaf!)

Alamak, panjang plak entry ni. Ampun! Ok, kalau korang pun alami morning sickness mcm hana, hana syorkan:

1. jgn mkn mknn bergoreng, pedas, berempah. Makan yang plain2, soup2 mcm tu aje. Ini akan mengurangkan rasa perit kita bila muntah tu.
2. Kalau dah ok sikit, jangan biarkan perut kita kosong. Sentiasa bawak gula2 atau biskut bila kita rasa lapar.

Ok, itu sahaja untuk kali ini..daaa..

Tuesday, November 22, 2011

Surprise and Best Ever Gifts!!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ni saya masih lagi sihat untuk melalui nikmat2 kehidupan. Hari ini menginjaklah angka dalam usia saya. uisshhh..saya sudah tua kah? hahahaha..Apa-apa pun saya rasa sangat bertuah sebab dikelilingi oleh orang-orang yang menyayangi saya. hehe..

Thanks abg for the lovely birthday song u sang to me last midnight. =)) Hadiah dah dapat awal2 dulu..dapat handphone baru pun dah bersyukur sgt2. ngeee..so, tak dapat lah nak demand lebih2 lagi hari ni. huhu..

Family (Mama, ayah, bai and sha2) and friends..Thanks for all the sweetest wishes ever! I love u all soooo much. hihi.. Thanks god I have all this sweet friends that surrounds me =D. Bahagia betul rasanya bila mengenangkan masih ada yang mengingati dan menyayangi kita. Walaupun jauh, usia persahabatan yg lama atau singkat..semuanya bukan lagi menjadi penghalang =)

And last but not least!! Surprise dari seorang sahabat yang tidak pernah langsung terlintas akan dapat hadiah seBEST begini. Tapi Ya Allah, hanya engkau yang maha mengetahui betapa seksited nya hana bila org lori tu keluar membawa sebakul bunga dan choc!! Maklumlah, perempuan..kalau hadiah romantik begini memang excited giller2! Memamg hana tak jangka langsung dari siapa penghantar nya. Nak sign tu baru tahu orang yg hantar nya siapa. And guess what? I knew her at the frist place is only through this blogging thingy! See, what a miracle right? Kami menjadi sangat akrab hanya selepas berkongsi luahan perasaan dan pengalaman masing2 sejak memulakan persiapan perkahwinan. Hana memang sangat sayangkan persahabatan ini dengan beliau walaupun ianya bermula dari dunia blog. Nak tahu apakah yang dihantar oleh beliau dan siapakah gerangan sahabat yang saya sayang itu??? hehehe..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

konon nak bagi lebih excited la letak dot dot tu banyak2..haha..ampun..ok, ini lah dia!


ini la hadiahnya, chocs and fresh flowers..sweet kan?(Ampun, dah try rotate tp lappy ni wat hal takleh nak save!! grrrr). Mmg yanie hebat lah arrange penghantaran hadiah ni..mati2 hana ingat yanie nak datang fac!! hehe..


Hadiah dgn penerima hadiah.. =D


A lovely note attached to it..Haaaa...semua dah tahu, siapakah gerangannya..hehehe..Yes, it was from my bestie ever!! YANIE IKHSAN =))

Dear Yanie,

Thank you so much for this lovely present. Hana terharu sangat2. Tak terkata nak cakap mcm mana kata-kata penghargaan. But, one thing for sure..you're the sweetest bestie I've ever had. Semoga persahabatan ini, kekal hingga akhir hayat. =)) ala, rasa sebak pulak..wish I could hug u if u were here besides me!!! Thanks again yanie..nanti kirim salam ngan Lan eyh..Bila nak lepak2 ni? Kalau dtg area bangi/kajang roger hana tau! Boleh la kita pegi makan2..

What a day kan? Why should I asked for more bila dah dapat semua nikmat2 ini..Alhamdulillah.. and a plus point jugak, bila HARIMAU MUDA dapat gold and kalahkan Mamat2 Indon yang tak berapa nak Indon semuanya tu..phewww..lega bila Harimau Muda dpt kalahkan diorg. Mcm2 sgt propanya! Served u right!!heh..ok, tanak spoil mood please..hahaha..

xoxo

Friday, November 18, 2011

Mencari rentak baru

Salam,

Pertama sekali, tuan empunya blog nak minta maaf sebab dah lama giller tak update blog ni. huhu.. tapi, ada ke yg rindu? =p

Nak mencari rentak nak menulis balik kat dlm blog ni pun ambil masa jugak sebenarnya. Macam-macam yang bermain di fikiran. Nak mula macam mana, title post apa, content..pendek kata, semua lah..rentak tu cam slow je. hahaha..

But anyhow, berjaya juga hana coretkan sedikit sebanyak utk post kali ini.

Hana rasa kebanyakan dari rakan-rakan blog hana dah tahu akan kehadiran kurniaan Allah dalam rumahtangga hana dan suami. ngeeeeee =D. Disebabkan ini juga lah hana terputus hubungan dengan dunia blogging untuk beberapa bulan. Mana taknya, pengalaman pada awal nya tak seindah mana. hoho..

Iya, Alhamdulillah.. Saya disahkan hamil mulai 27 Jun 2011. =) Mulai dari minggu ke-5 kehamilan saya dah mula mendapat simptom2 mengandung yg boleh dikatakan agak parah jugaklah. huhuhu..Kalau diingatkan, mmg teramat perit nak melalui hari-harinya. Sebelum ni, ingatkan semua pengalaman mengandung indah2 belaka. Kalau teruk pun tak seteruk jangkaan dan apa yang dialami. Tapi, itu lah ketentuan-Nya. Terpaksa juga harungi walaupun ada masa nya sampai terkeluar ayat ini dengan Mama.."Mama, rasa macam dah nak mati dah menanggungnya.." huhu..iya, hana tau takkan lah sampai mcm tu sekali kan? tapi itu lah yg hana rasa sampai lah masuk 4bulan usia kandungan..

Kalau nak cerita pasal kemabukan melampau ni, 4 episod pun tak habis. hahaha..InsyaAllah, next entry hana ceritakan. Jadinya, boleh la dijadikan pengajaran kepada bakal2 ibu, bahawa tak semuanya indah2 belaka. hoho..


meet my lil' caliph.. =)

Friday, September 9, 2011

-pause-

will be back soon..InsyaAllah..

eyh..chopp..terlupa..Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir batin semua..

Monday, August 8, 2011

Sedapsedapbelaka Cookies/Kuih Raya 2011

Note: sticky post.

Salam,

ngeee..mcm lambat je post pasal cookies raya thn ni kan? heh..tp takpe, hana pun buat bukan kerana kuantiti..asal org suka, saya pun gembira. gitu! hehe..

ok, meh kita tgk kuih raya apa yg Sedapsedapbelaka offer utk tahun ini. Rasanya tak beza pun. Still jual kuih yg seperti tahun-tahun lepas. =)

1. ok, best seller tahun lepas dan setakat yg dah order sampai saat ini..jatuh kepada,



OREO CHOC DONUT..triple loaded choc (biscuit, top dipped with choc and sprinkled choc rice + oreo!! ) RM23/50 pcs.

2. No. 2 best seller



Tart Nenas Gulung yg menjadi peberet suami2 kawan2 hana..diorg yg ingtkan isteri diorg utk order tart thn ni..hahaha..so, ape lg..meh jamu suami kamu sekalian dgn tart gulung Sedapsedapbelaka. (RM24/50 pcs)

3. Choc Roses Cashewnuts



yummeyh..dgn cashewnut didalamnye..auww..heaven owhhh.. RM28/50 pcs or RM15/25 pcs

4. popia nestum


sgt rangup dan boleh makan ini tanpa henti..nom nom nom.. RM10/bekas

haaa..ape tunggu lagi? meh ramai2 order utk mak ayah, mertua, suami, nenek dan jamu tetamu kamu semua dgn kuih Raya Sedapsedapbelaka yg pasti Sedap! hihi..kami akan buka order ini paling lewat hingga awal mggu ke-2 puasa.harap maklum.

pssstt..kepada semua peminat RED VELVET sedapsedapbelaka, kami akan buka order utk hari raya juga. =))



LIKE FB fanpage SEDAPSEDAPBELAKA utk tgk sbrg update. utk order blh email ke blissnlunacylovers@gmail.com. Deposit sebanyak 50% diperlukan utk proceed order, dan full payment + postage fees utk cookies yg mahu di pos. =)

p/s: boleh refer advertorial kina mengenai Sedapsedapbelaka di sini juga.

Thursday, July 28, 2011

Harris Wildan Birthday Party Catered by Sedapsedapbelaka

Salam,

haa..sebelum Ramadhan menjelang tiba baik hana post pic2 makanan yg super lazat ni dulu..hahaha..Last weekend on saturday di Nilai Impian, kami (pihak SSB&saudara-mara) bertungkus-lumus menyipakan persiapan Birthday party Harris Wildan yang ke-3 tahun. Mama and I dr awal minggu dah prepare cookies utk doorgift and buat slow2 yang lain2.

Selection menu oleh Abang boy and Kak Helwa adalah seperti berikut:

Buffet Section (200-250pax):
1. Bihun goreng
2. Drummet
3. Sausage
4. nugget
5. Mayo & thousand island
6. Salad sticks
7. Satay ayam & daging berserta sambal & kuah kacang


Satay sedap laku ptg tu..


buffet..

Dessert and Cake section:
1. 3kg Red Velvet Cake (Sedapsedapbelaka Best Seller of course done by urs truly! =p)
2. 3kg Choc Brownies cake
3. Choc cupcakes
4. Banana Cupcakes
5. Strawberry cupcakes
6. Cupcakes with Thomas edible image
7. Dadih
8. Watermelon basket (done by SuperMak!)
9. Fruits
10. Egg and Tuna sandwiches

#all cupcakes in Total was 200pcs.


sempat buat label gini aje dalam frame..hihi..


thomas cupcakes becoz birthday boy fanatic fan of thomas & friends..


sweety cupcakes with variety of flavors.. (org ramai ckp syg nak makan sbb comel sgt..huhu)


Dessert and cake section


setting b4 majlis..

phewwww..penat I tell u! tapi berbaloi bila org dtg ambil berulang-kali ke meja buffet terutama RED VELVET. bayangkan 1 person boleh dtg 4-5 kali utk amek beberapa slices RVC. hehe..seronok tgk! =)


2nd served for the cake..1/2 gone! hihi..


mainan utk kanak2 yg disediakan tuan rumah..

this is the first time Sedapsedapbelaka handle and catered such party. tuan rumah sgt suka and dia mengatakan it was more than what she's expected! yeah!! itu yg kami rasa syukur sgt..alhamdulillah. next round maybe should maximize on the deco part. yg party Harris mmg tuan rumah tak minta to deco..so, juz minimalis on deco but luxurious selection on foods. weeeeeeee...


Lastly, bg lah kami berdua enter frame kan? =p

p/s: malam ni jom mengaum habis-habisan!! Go Harimau Malaya!!

Gambar ihsan: Muhammad Hajidi.. =) thanks GD and Dayah..

Tuesday, July 26, 2011

exclusive soft&sweet hantaran by Hariz&Team

Salam,

Harini hana nak share sesuatu yg sgt indah ciptaannya. Iaitu hantaran arrangement by Hariz& team wedding services First time tgk bila Hariz post dekat wall Sedapsedapbelaka, jantung hana berdegup kencang. eceyh..mcm cinta pandang pertama. Memamg sgt classy sentuhan beliau.


bushy kan hantaran dia? bunga penuh wooo..


auwwwww..nasib hana dah kahwin..hehe

Anda berminat? boleh la tanya Hariz&Team wedding services di FB for quotation =) dia sgt baik n will reply ur emails/pm dengan secepat mungkin..And reasonable price too tau! itu yg penting..hikss.. =p

Source: Hariz&Team wedding services FB
Cake and macarons from Sedapsedapbelaka =), thanks Hariz&Team kerana memberi kepercayaan anda kepada kami.

Wednesday, July 20, 2011

wordless wednesday: kad zaman puppy love

Salam,

hahaha..puppy love lah sgt..iskhh..kena samak plak kalo puppy2 ni..ok ok..kad zaman cinta monyet. haaa..cinta monyet ke? alhamdulillah, kekal hingga hari ini..doanya biarlah cinta yg ada di antara kami berpanjangan hingga ke syurga..aminn..

nak tgk ke kadnya? hikss..







hihi..malu lah pulak (godik la kau ni hana!)..antara byk2 surat dan kad yg berbagai rupa, kad ini lah yg paling melekat dlm hati dan jiwa sampai ke saat ini dan sampai bila2 kot. utk pengetahuan korang, kad ni adalah kad zaman kami Form2 lagi tau..masih utuh walaupun dah berpuluh tahun dlm simpanan..tinggalan sejarah tau ni.HAHAHA. iyealah, zaman dolu2 bukan ada FB, email bagai..cokia pun belom UP masa tu. jadi pen dan kertas je lah peneman setia sampai lah zaman hana di UITM Arau. masuk UPM dah kurang menulis sampai lah skrg ni dah takde langsung tradisi ini diteruskan..hurmmm..nampaknya mulai hari ni nak kena beli kad la..utus2 surat cam dulu! (hahaha..even tggl serumah sebilik dah =p)


p/s: ampunlah..taklah wordless sgt pn kan? hahaha..=p

Thursday, July 14, 2011

list of abbreviations among bride's blogger

Salam,

yeay..harini dah khamis..even pg tadi emosi tangkap leleh pny..but now, i'm ok. kena positif dan tabah la kan. everything happens for a reason. usaha, redha dan tawakal sahaja solusinya.

hah..dah merepeks dah ni..ok, kebelakangan ni ada la beberapa cousin hana n member2 hana yg nak kawen tanya2 kat hana bila diorg bukak blog2 kamu2 sicantik sekalian utk references majlis kahwin diorg pd masa hadapan. Tapi mmg menjadi satu masalah sbb kebanyakannye tak faham lah dgn abbreviations or short form yg uolls gunakan. hahahaha..termasuk lah mak ni pon guna short form..mmg ler dorg tak paham.siap cakap..ape kemenda dorg ni meraban guna short form tu? HAHAHAHA..

ok..ini adalah beberapa istilah yg telah dipendekkan:

1. B2B: Bride to be (bukan body to body eyh =p)
2. DIY: Do it yourself
3. HB: hand bouquet
4. GB: Guest book
5. BBF: blogger bride forever
6. OP: Official photographer
7. OV: Official videographer
8. MUA: Make up artist
9. CB: Candy buffet
10. PB: photo booth ke premium beautiful..hahaha..ontah laa

ini yg terlintas buat masa ni kat kepala hana..kalo ada sape2 nak tambah sila lah yea..hahaha..mcm2 ada..

itu belom masuk abbreviations vendor lagi..

1. SSB: Sedapsedapbelaka (eceyh =p)
2. CBL: Creative by lynda
3. TPC: The photobooth corner
4. TCP: The Craft potion

hah..kan?

yeay..esok jumaat pastu leh berjalan release tension!! berdua2 an ngan hubby =p

Tuesday, July 12, 2011

gelojoh..

Salam..

haha..tajuk tah hape2..bukan gelojoh teetttt tau..tapi ini gelojoh dan sakan duk booking tiket promo Air Asia. hah..mmg lah kaya raya ko air asia oiiii..kan best family member keje air asia..dpt tix free aje setiap thn..hahahaha..

ini semua aura BBF lah ni..hana pon termakan dgn godaan utk membooking tiket. eceyh..padahal dah lama teringin nak pegi Sabah especially mabul. tp apekan daya, dek gelojoh sgt nak booking, boleh pulak destinasi penerbangan KL-KK. padahal kena book KL-tawau kalo nak g mabul. dgn tarikhnye yg select ikut suka. hahaha..ape nak jadi ni??

dah bayar sume baru tersedar..apehal aku book ke KK? kan dah salah..tapi ada hikmah nye juga gelojoh2 ni. tak dpt g mabul, g KK lawat2 kundasang dan pulau2 sekitar pon dah cukup syiok lah kot ek? hahaha..nak sedapkan hati nye pasal! google2 pon diorg advise trip yg menarik camtu jugak. hikss..oklah tu kan.





pic: google images

tix pon dah kira berbaloi lah jugak regenya..kalo tak amek insurans lg la double berbaloi..aahhhh..takpelah..sudah beli pon..tggu hari nya tiba aje..hikss..dah start berangan dah ni..

tp bak kata Nadya n Lynda..kalau preggy camno? haha..takpelah..itu pon rezeki jugak kan??kita tggu aje laa..=)

Tuesday, July 5, 2011

GD and Dayah engagement

Salam,

tgh penat otak taip tesis, update la kejap ttg majlis pertunangan cousin hana weekend lepas. Cousin hana (gd) minta hana n mama hana buatkan gubahan hantaran, sireh junjung dan kek hantaran. jadi, sabtu lepas pagi2 dah turun utk cari bunga yg bersesuaian ngan tema diorg..=) cari, jumpa, beli, gubah ---> SIAP

meh la kita layan pic sekitar majlis tunang diorg..


ok..first mestilah enterframe kek Sedapsedapbelaka dulu yea dak? hahaha..cun tak?


rombongan mak limah..hahaha


gubahan hantaran bertemakan putih dan hijau..=) can u spot sedaapsedapbelaka macarons? ngeeee..(maap ler skil amek gambo failed! haha)


pengantinnye..eyh silap..Petunang baru..haha..bersama hantaran diorg..



muka happy ngan cincin masing2..hover tau! haha..


us with frogskins!! haha.. (left-right: GD *cousin*, urs truly, fify *lil bro*)

Tahniah GD and Dayah..cecepat sket set tarikh kahwin ek? =p that's all for now..

pic source: gd fb and syasya fb

Friday, July 1, 2011

sedih meninggalkan suami

Salam,

hi semua..actually, hana malas layan mood sedih2 ni. hehe, tapi cam nak bercerita juga. tak ada lah sedih mana pon. hana je yg lelebih. =p

semalam, habislah sudah tempoh cuti belajar hana. hari ni iaitu hari JUMAAT hana telah kembali bekerja seperti dahulu kala. nasib lah sehari je kerja minggu ni. haishh..sob sob sob..sedih meninggalkan suami utk ke kerja sbb dah tak dapat jalankan rutin seharian hana sebagai seorang isteri seperti menyiapkan sarapan pagi, makan petang before suami gerak nak pegi kerja (kalau kerja malam), siapkan bekal dia, cari baju, socks n etc dia. tambah sedih bila hana pergi kerja (kol 8am) dia baru balik kerja (8am) and hana balik kerja (5pm) dia pergi kerja (6pm). uwaaaaaaaaaa..tak ke setiap hari mcm jmp bape minit je..itu pon kalau tak jam jalan. sempat lah jmp..kalo tak, nan ado lah gamaknye!

hurmm..rupanya PJD (pasangan jarak dekat) pon ada masalah gak eyh..hahaha..sblm ni ingt PJJ aje yg susah nak jmp. hurmm..harapnye cepat lah abg dpt tukar shift pagi. nasiblah ada sabtu, ahad. boleh lah hana tatap wajah suami kesayangan even waktu dia nyenyak tidur =)

Wednesday, June 29, 2011

Wordless wednesday: dalam kenangan

Salam,

Usah tanya mengapa, kenapa, bagaimana, bila dan apa yang terjadi..semuanya sudah tersurat. ='(




menjadi kenangan terindah...walaupun seketika cuma.redha..doakan hana baik2 saja ye kalian semua.

Life Must Go On..

Monday, June 27, 2011

yoriee ku dilanda musibah

Assalamualaikum,

haaaaa..chummm..iskh..lama benar tak meng'update' blog kesayangan ini..hmmphh..ampun sgt. biasalah, bila dah berumah tangga, mmg jadual makin hari makin padat. hehe..mana nak kemas rumah, siapkan makan suami, siapkan pakaian suami..haaa..mcm2 lah lagi..tak terkejar dibuatnya. kuikuikui..

oklah..back to the topic = yoriee (kereta) ku dilanda musibah. dah lama yoriee berjasa ngan hana. bawak dia ke sana ke mari. tapi semalam, ialah dah suratan takdir. suami hana seperti biasa akan bawa yoriee utk pergi ke tempat kerja. dgn tak disangka2..hana dapat call yg di pass oleh sepupu hana mengatakan suami hana accident. berderau darah hana tatkala mendapat call itu. dah menggigil dah. terus bgtau ayah on the spot and bersiap utk pergi ke tempat kejadian. Alhamdulillah, suami hana baik2 saja cuma pergelangan tangan dia aje sakit sedikit. Keadaan yoriee yg cedera parah..wuwuwuwu...takpelah nak buat mcm mana kan. terimalah hakikat. ='(





first time yoriee kena tow n masuk workshop selama 2 mggu ni. apelah yg akan terjadi pada muka baru yoriee..haishh..dulu bersagat aje kat bumper..sekarang dah kena tukar baru, harapnya ok lah kot kan?

p/s: next entry cerita happy2 pulak =D

Wednesday, June 15, 2011

tamatnya prosedur perkahwinan

Salam,

tup tap tup tap..dah lebih ENAM bulan hana mendirikan rumah tangga dengan lelaki yg hana cintai. Selepas lebih 6 bulan baru nak tamat prosedur perkahwinan. mesti korg terpikir..ape kes kan? hahaha..

begini kisahnya. huh..kalo nak diikutkan dah lama nak pegi ambil menda ni..tapi dok plan plan tp asyik bertangguh aje..haishh..susah betul..last2, smlm hubster nak pegi interview. maka dgn itu, alang2 dah lepas hbs dia interview hana pon ingt nak terus shoot pegi amek menda itu.


sambil tggu2 hubster..takde kerja..=p

takut jugak husben habes lambat. iyealah..bertangguh lah lagi sampai ke anak cucu baru nak pi amek karang..hahaha..alhamdulillah, dia habes awal. so, terus ke shah alam kat bangunan sultan idris shah dekat ngan masjid tuh. naik tingkat 4 and taraaaaaaaa...



ini lah menda yang penting sgt tu dan bertangguh lepas 6 bulan baru pi ambil!!! nasib tak kena denda..huhu..sila jgn ikuti contoh ini ya..hukhukhuk..

so, tamat lah sudah prosedur perkahwinan yg terakhir..iaitu, ambil kad nikah masing2..hehehe..

Saturday, June 11, 2011

Bunga-bunga Cinta

Salam,

Tgh dok research pasal bunga sekali keluar gambar bunga ini. Sungguh menawan KALBU!! haisshh..cantek sungguh. kan best kalau dapat bunga di bawah satu bonet mcm Drama sebabak cerita Nora Elena tuh..HAHAHA..*berangan =p* utk B2B boleh lah kalo nak jadikan idea hand bouquet ke hantaran ke.. wink wink..


Pink Ranunculus..aduh...jatuh chenta lagi!


white version..sucinya kan?

ada ke bunga ni kat Malaysia ek? huhuhu..

source: SHARART