Blockbuster Deals!!

Tuesday, January 7, 2014

Being a postgrad + a wife + a mother

Assalamualaikum,

Di kesempatan masa yang terluang ni (i'm at UQ waiting for the rats undergo DXA), eloklah kiranya hana share serba sedikit macam mana life hana kat sini. Kebetulan ada beberapa yang email tanya macam mana bila jadi postgrad student tambahan lagi bila dah berkeluarga, senang ke idok? Tanya mereka..

Jawapannya, hurmmm..oklah. Hendak seribu daya kata orang. Macam tu lah. Ok, I start on how I survived with my M.Sc study. Hana ingat lagi perjalanan study tu lebih payah berbanding sekarang. Bukan sebab research PhD sekarang lebih senang, NO NO NO.. Tapi disebabkan faktor sekeliling yang merumitkan perjalanan study itu sendiri. Mana taknya, diri ini sendiri ambil masa yang lama untuk siapkan tesis. huhuhu..ok, ini ada salah sendiri jugak! muahaha.. Ok, sebenarnya macam ni, masa masters dulu hana berkerja iaitu sebagai tutor (IPTA), yang mana kerja hakikinya kadang-kadang agak 'boleh tahan busy nya'. Dengan mana nak tulis minit mesyuaratnya, dengan mana nak jadi setiausaha (runner here and there) konferens/seminar, nak kena pergi lab sit in untuk future teaching classes, tanda lab report yg melambak dan pening dgn tulisan student yang kadang macam cacing kerawit, kokurikulum subjek dan sebagainya! fuhhhhhhh... Ko agak, dah penat-penat buat kerja-kerja ni ko akan ada masa nak concentrate tulis tesis tak? huhu.. oklah, boleh la.. malam ada masa lagi. Tapi masa tu pulak, hana baru menimang cahaya mata iaitu si Aisy Rania nonet ni. Dah nak hujung-hujung dah draf tesis tu. Tapi, disebabkan proses melahirkan, berpantang semua tu drag and delay la jugak nak tulis tesis. Coping with new motherhood environment, working during the day and writing my thesis at the same time was not easy job I tell you! Though it was not a sweet journey to be remembered but, alhamdulillah I survived from all the challenges and I've got my two lines on my academic regalia =). Berbalik kepada pangkalnya, hendak seribu daya. Gitulah..

in the hall during the graduation


inilah dia si anak dara. Dari mengandung sampai dah besar camni dah baru siap mommy punya master. muahaha


convocation family potrait

To further or not to further after Masters was also a big decision to make. Memandangkan, I was already in this academic line.. nak tak nak memang kena further (bunyik macam terpaksa je?). Hahaha.. Bukan camtu, entahlah.. bila lama sangat study rasa macam ermm.. cukuplah kot. Tapi, rugi plak rasanya tak further. So, I decided to apply for a PhD overseas. Iyealah, bachelor and master already done from the same uni. Nak jugak merasa macam mana belajar di tempat orang, dengan organisasi dan pentadbiran yang berbeza. Banyak benda kita boleh belajar kat tempat orang ni, kata orang yang berpengalaman. And yes! memang berbeza. Jejak je kaki kat bumi asing ni, dah kena belajar berdikari. FYI, bila sampai kat Oz ni, inilah kali pertama kami duduk sendiri selepas berkahwin. Wahhh, nasib baik ada kawan-kawan Malaysian yang banyak membantu masa kami sampai sini. So, far.. apa yang hana boleh kata, study after having a kid and doing it independently without any other family members beside your husband is ..................................... oklah, not too bad! muahahaha.. Ok, ok.. serius, serius. Betul ni, tanpa bantuan suami yang memahami yang sudi berkorban untuk isterinya mencapai cita-cita, perjalanan study ni takkan jadi mudah. Kenapa? Ok, ini berdasarkan cerita benar diri-sendiri (bukan contoh org lain). Pertama, suami yang dah biasa kerja, tetiba kena jadi stay at home dad.. agaknya apa yg dia rasa? Mencabar ke tidak? kalo hana, hana memang respect SAHM, tapi hana lagi respect SAHD. Uishh, tambah lagi, anak pertama nak kena ngasuh dia dengan kerenah si kecik yang macam-macam, nak kena memasak, mencuci baju segala bagai. perghhh.. tak ke mencabar??? Kedua, dia kena memahami yang si isteri ni study, kadang pergi pepagi buta sebelum matahari terbit, balik pulak lepas matahari terbenam. Kalau jenis yang tak sabar, memang susah juga lah. Ketiga, nak tak nak, suami yang dah biasa ada duit poket sendiri, mestilah nak kerja jugak kan? So, berusahalah suami ni nak berkerja lepas si isteri ni balik dari uni. Yup, husband hana kerja malam dan sesudah subuh (2 syif) hanya untuk keselesaan kami sekeluarga. Lepas dah balik kerja kol 8am kena tukar baton terus jadi baby sitter balik. Camtu lah sehari-hari. Itu belum lagi termasuk pengorbanan kena berjauhan dengan family, tak dapat makan masakan mak etc etc lagi. Haishhh.. besar betulkan pengorbanan suami yang ikut isteri belajar ni? huhu..

Dalam masa yang sama, tugas sebagai isteri dan ibu masih lagi bejalan seperti biasa. Bukan lepas tangan aje tau. Mentang-mentang ada suami boleh harap. NO NO NO.. hahaha.. Selalunya pagi-pagi hana memang akan siapkan breakfast, mandikan Aisy siap-siap baru hana pergi uni. Kalau sempat terus buat breakfast berat boleh sampai lunch, hana buat. Tapi selalunya lunch mmg husben yang masak. Memang kena saling berkerjasama antara suami isteri. Weekend, will all be under my responsibility. Kesian daddy aisy. Bagi lah dia rehat. Itu pun sabtu ahad dia kerja jugak tu. Jadi student sepenuh masa lebih flexible dari belajar sambil bekerja. Itulah yang extra payah masa master tu. So, this time around.. hana boleh balik masa lunch tgk-tgk Aisy. Lagipun rumah dekat je. Tak sampai 5 minit drive. Kalo ada apa-apa memang boleh berlari lah balik rumah. Selalunya, adalah masa yang boleh diluangkan untuk Aisy. Ajar dan main-main dengan dia. Kadang kesian jugak ngan Aisy, dia terperap je kat rumah ngan daddy dia takde kawan. Nak bagi 'kawan' plak, memang kena plan betul2 dulu. hahaha.. So, ingat nanti nak hantar aisy pergi child centre kat sebelah uni sehari seminggu. Bagi dia expose sikit dengan dunia luar dan maybe boleh bantu perkembangan diri dia kan? InsyaAllah, kalau ada rezeki dapatlah aisy gi school tu.

So far, untuk study macam biasalah ada banyak cabarannya. Memang kena pandai-pandai manage time bila nak buat kerja bila dah balik rumah. Nasib baik Aisy ni hana dah train pukul 8pm malam waktu tidur. So, apa-apa kalo ada kerja urgent ke apa nak siap, malam tu adalah masa nak tengok-tengok. Untuk study kali ni, memang penat. Kadang hana kena berulang ke Brisbane 2-3 hari straight. Lepastu, experiments tak putus-putus untuk 10hari bergantung kepada berapa ekor tikus untuk dissect. Fuhhhhh... memang tak sempat nak napas. Syukur sangat dapat husband dan kawan-kawan yang memahami dan banyak menolong. Once, my labmate asked me. "Hana, are you okay to be in the lab?". I replied, what do u mean? No, for us as a single person, it is already hard. It might be even tougher for you as a married woman with kid. Plus, its Brown's lab! I can't even imagine how u could survive. Cenggitulah pertanyaan dia. Still, sampai hari ni masih lagi cuba dan mencuba bertahan. Memang bukan senang nak senang. Jadinya, memang kena kuatkan dan gigihkan diri ini juga... Harapnya dapat merasa manis dipenghujungnya. Sama-samalah berdoa.

So, inilah dia serba-sedikit, pengalaman hana macam mana hana handle study dan family kecilku ini ketika study. Kepada yang tertanya-tanya, macam mana boleh belajar dengan anak kena jaga sendiri lagi, so, inilah jawapannya. Hopefully, boleh la bagi idea pada kawan-kawan yang nak sambung belajar. It is not impossible if you believe in yourself =). Good luck to myself and to u too! O Allah, please ease my journey.. Amin Ya rabb..











Thursday, January 2, 2014

2014; New Year, New Resolution?

Assalamualaikum and Hello 2014!

Harini dah masuk 2 Januari 2014. Have you start your first step for your resolution this year? For me oklah, at least there's something I did this morning. Have to keep it up so that one by one will be checked from the list. Eceyh, bunyinya macam banyak je benda nak buat kan? Nahhh, just simple things dan harapnya ada la serba sedikit achievement bila dah masuk 30-an ni kan? Hurmmm.. mcm tak percaya kot dah tua =p. Aiseyhhh..

2013 was a year that I will never forget. For me, it was like a roller coaster. In the beginning, it was not so good for me in career wise. Yup, sampai menangis lah depan HOD dalam bilik dia. Argghhh, malu gila rasa bila ingat balik. Tapi sesiapa berada di tempat I akan nangis jgak kot. Unless, kalau kita jenis cepat redha dengan sesuatu situasi. huhu.. Tapi, alhamdulillah, I kept it as a motivation for me to learn from mistakes and as a motivation for me to be a better person.

Luckily, not long after that I received an offer letter to further my study here in Aussie. Syukur sangat! Rezeki selepas dugaan bertimpa-timpa sebelumnya, terasa manis sangat di akhirnya. Yup, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Selalu ingatkan diri ini supaya tak alpa dengan tanggungjawab yang telah diberi.

And since march 2013, slowly we adapt to the environment over here. So, far kebanyakanna adalah memori manis. Yang pahit tu biasalah, study kan? Mana study yg takde cabaran kan?

Alamak, baru nak feeling haa taip entry tahun baru. Si kenit ni dah merengek plak nak tidur!

Oklah, hopefully this year we'll write down nice story for the rest of 364 days.
One of the new year resolution is to learn making good coffee so that we no longer need to splurge on coffee from the cafe.. Gitu! Tunggu dan lihat je la ya?

HAPPY NEW YEAR 2014 TO ALL OF YOU...