Blockbuster Deals!!

Monday, August 27, 2012

Raya galore ep:1

Assalamualaikum,

Hi semua! Amacam raya tahun ni? Bagi hana, raya tahun ni berbeza sgt dgn tahun lepas. Nak tahu kenapa?? Mari kita tgk...

1. Raya 2011

- Raya kat rumah sendiri.. ini mmglah best kan? kahhh..

-Berat badan 50kg sbb hyperem. owh, how i wish i can get this figure back!!

-Takde baju raya. Chopp! mama sempat belikan baju lelong sepasang kat Jln TAR. huhu..sodeyh..

-Raya mcm tak raya sbb asyik muntahh je..melepet!

-Raya berdua mmg lebih baik. Tapi kalau dah asyik muntah aje, raya pun jadi tak best..huhu

2.Raya 2012

- Raya kat kampung husben. Best jugak!! Nasib tak terasa sgt kesedihan beraya kat kg org..ecewahh..Seriously, rasa bersyukur dpt in laws yg memahami, sporting..sumelah! hopefully sampai bila2 lah gini kan?

Suasana nyaman di pagi hari..

Berdentam-dentum pula di malam hari..hahaha..seronok mak budak ni join!!


-Berat badan 60kg+ kot!!

Ini lah rupa kalo berat dh 60kg+!! huhu..Nasib baik baju kurung muat saiz L.. =p

- Sempat lah bawak balik buah tangan untuk keluarga mertua. Selain biskut raya. Buat lah 2 biji moist choc cake ni. Tu pun x sempat nak deco2..


-Baju raya ada 4. Itupun nasib wan kelantan sudi jahitkan 3pasang. Sayang wan!!

-Raya sakan sbb mommy excited dpt kumpul duit raya anak..byk hoi! Dulu mommy pun xpernah dpt sebanyak itu kot..hahahaa.. Tahun ni berkesempatan tukar duit raya baru..

1st time tukar..budget konon2 cukuplah kan..

 Sekali mcm tak cukup je.. Nasib Husben nak toppup lain..hehe..

-Raya bertiga best wooo.. alhamdulillah anak tak meragam travel jejauh dari kajang-kuala pilah-kota  bharu-rantau, n9-kajang. Mmg seminggu ni travel non stop! Bertuahlah dpt anak yg mmg suka berjalan.hihi..

First time raya bertiga, haruslah ada pose wajib gini ye tak? hikhikhik.. abaikan paci AR kat tgn daddy dia tu.huhu..

Makan tak payah ckp lah kan? Segala macam benda kalau blh nak makan. Kat kuala pilah (kg husben) raya nye sgt2 meriah. Semua benda di masak sendiri. Dari lemang,dodol,rendang,kuah kacang,nasi himpit,lontong..semualah..burppp..kenyang weh!!

Lemang di bakar pada petang sebelum raya..

Dodol a.k.a penganan in the making! Ni geng veteran yg buat..


Ni geng junior2 yg bikin. Kambing golek tak jadi.. Jadi BBQ kambing and ayam pun jadilah! hihi.. 


Naik weighing scale blh pengsan tgk angka dia ni..hoho..

Next episode kita cerita beraya di kota bharu plak ye.:-) Daaa..

Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday, August 16, 2012

Menjelang Aidilfitri

Assalamualaikum,


Dikesempatan ini hana dan family ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca2 blog ini. Hana juga ingin mohon ampun dan maaf jika ada perkataan di alam maya ini yang mengguris ataupun membuatkan anda terasa hati pabila membacanya. Maafkan saya ye..


Untuk yg pulang ke kampung, hati2 memandu. Masa nikmati juadah yg sedap2 tu berpada2 juga tau. Takut nanti berat naik mendadak..hahaha..(peringatan untuk diri sendiri).


Apa2 pun selamat berjumpa kembali selepas bercuti raya!! yeay..hari ni dah cuti..yahoooo!!


Published with Blogger-droid v2.0.3

Tuesday, August 14, 2012

2012: Raya BerTIGA

Assalamualaikum,

Lama sgt tak jengah blog ni. Iyealah, busy siapkan tempahan kuih raya org, jaga anak lagi, masak berbuka lagi (masak la sgt! lol..) jadi tak sempat nak berblog.

Tak lama lagi dah nak raya dah. Terasa kejap je Ramadhan dah nak berakhir. Tahun ni tak terasa sgt puasa tu mcm letih atau lapar sesgt. hehe.. alhamdulillah la.. So, korang mcm mana persiapan raya? Mesti mantop2 kan? Hana belum prepare ape sgt pun. Untuk anak je yg almost dah lengkap. Mana taknya, sebelum puasa lagi dah siap dobi baju anak. Tggu baju kurung AR yg neny dia nak siapkan je.hoho..So, nampaknya anak je lah yg beraya.. =p

Mommy daddy belum shopping apa pun! Tipu..haha..mommy adalah beli tudung sehelai, skirt sehelai. Baju raya mmg nan ado lagi ye. Daddy nye pun haprak takde lagi..hoho.. Kena tunggu khamis and jumaat ni nak terjah malls or jalan TAR sebab khamis kami dah start cuti! yeeeehuuu.. Raya bertiga la kita tahun ni.. Korang beraya mana dulu? Hana tahun ni beraya kat kampung husben lah dulu nampaknya sbb tahun lepas melepet tak raya (raya rumah sendiri), so kena lah take turn raya kampung (kuala pilah) dia plak. kena bawak buah tgn la tahun ni. takkan nak berlenggang je ye dok? hihi..jumaat nak kena pergi servis kereta plak $$$..aiyoo..Pastu raya ketiga/keempat balik Kota bharu. Hopefully anak tak meragam la masa perjalanan jauh. So, far hrtu dr KL-JB ok lagi..

Tudung dah ada..baju nan ado! acane??

Pose2 ni rajin plak nak masak dessert bagai. Kalo hari tak puasa takdenya rajin gini. Itupun terkial2 nak buat sbb nak setelkan kuih raya org lg.. terkejar2 nak masak! huhu.. alhamdulillah, merasa la jugak nak buat dessert special2 gini. pas puasa ni ntah merasa ke tak buat gini.. LOL..

Strawberry cheese trifle..dap dap dap..hahaha

Selamat menghabiskan Ibadah Puasa di hari2 terakhir ini.. Daaa..