It's 12.12.12 yo!!!
Ok. Baik stop cerita pasal tarikh keramat ni..hihi.. Mari bercerita pasal majlis aqiqah Aisy. Sebenarnya, dari lps Aisy Rania lahir mommy dia dah sibuk nak buatkan aqiqah dan berendoi utk dia. Konon nak buat mini pelamin bagai untuk pengantin kenit ni. Tapi apakan daya..hasrat tak berapa tercapai.. huhu..
Takpe yang penting adalah aqiqah tu sendiri. Dah setel tu dah lega mommy. 8.12.12 daddy aisy balik pilah untuk sembelih kambing. Sesudah sembelih,daddy bawak daging kambing ke seremban sbb atuk aisy mmg pakar masak kari kambing. :-) Hana n family di Kajang plk busy siapkan semua benda utk favor and makanan atas dessert buffet. Wawawaaa..tak tidur malam ko siapkan deco sume. Nak jahit reben atas jar tu pun dh sampai nk timbul muscle lengan. 100jars pastu reben nk berdouble konon nk kaler kontra bagai. haaa..hambek ko 3hari 3mlm x tido siapkan reben aje..huhu.. Nasib amek cuti 3hari direct before event. Dpt la buat apa yg patut. Tu pun neny dia dah bebel2 sbb byk benda nk disiapkan. Dgn order dari client SSB lagi. Maklumlah cuti skolah maknanya rezeki SSB bertambahla sikit sebanyak..Alhamdulillah..
Penat buat reben je.. belum kira penat nak masak kek lagi..hukhukhuk
Pagi kol 4am 9.12.12, mommy bangun lps tido 2jam sambung buat bunga dr crepe paper. Ya ampun..nk buat sekuntum pun berejam. payah jgk sbnrnya..huahuahua..i ingat crumple2 je dh siap.. cehh.. seksa jgk sbb sume nk buat last minit. Dptla brp kuntum je. Konon nk buat penuh la kat backdrop. Tapi nan hado..nasib ada props lain yg blh ditambah bg backdrop x kosong..hihi.. Lps subuh baru nk siap pasang backdrop. Pkl 10am org marhaban nk smpi. Aisy dgn blm mandi n mkn.. Sume org kelam kabut. Neny sibuk kt dapur,daddy n uncle psg kerusi meja bwh khemah.. auntie lesap ke kl print gambo. Nasiblah sempat siap mandi sume sblm org marhaban dtg. Tu pun masa diorg berzanji i sibuk duk letakkan kuih kat atas meja dessert n tgk lauk2 yg makcik and FIL masakkan.
Ni group Nur Mawaddah dari Semenyih I import. hihi..Nasib ada cousin yg dalam group ni. Last minute deal and ustazah nya available. Lega! Pakej berbaloi.. RM300 sahaja ada bacaan Yassin, 9 lagu marhabban berzanji, doa semua.
Dah selesai berzanji tibalah giliran I kena dukung Aisy kat tgh2 org marhaban tu. I dh blur nk buat apa sbb takde experience. Rupanya kena jalan keliling dgn baby sbyk 3x. Motif I tak tahu..huhu.. Lps tu dah jln keliling assisstant I, kak siti(jiran) tlg pegangkan dulang kaca berisi air kelapa,air beras dan gunting. Time untuk cukur jambul Aisy. Sbnrnya tak plan pun utk cukur jambul sbb aisy dah dicukur botak masa 7hari lps dia lahir. Tp dh disebabkn pakej dr kumpulan marhaban,alang2 buat terus. Nasib rambut aisy panjang.. so x jejas sgt even dh digunting. hihi.. Masa gunting rambut ni la org akn letak sedekah kpd baby dlm dulang kaca tu. Tak tau pun adat sebenar. Tahu org sebut je cukur jambul. hihi..
Taraaa..ni la pengantin kenitnya. Nasib la mood dia ok sgt! and dia tak meragam tgk org ramai2 nyanyi2..hihi
ini masa turn daddy potong.. tgk pengantin dah selebet! hahaha.. Ini je gambar lengkap family yg ada ye..huhu..
Us with the marhabban group.
masa ni brownies dah lesap..
masa ni plak kek ngan tart belum bawak keluar..
kalo bawak kek ni awal2 confirm tak sempat feeling2 berdua-duaan potong kek..hahaha
pengantin lama mengidam sgt nk feeling2 mcm pengantin baru kahwin =p
Lepas dah hajat mommy nk buat majlis untuk pengantin kenit ni. Nanti buat birthday party plk ye?? hahaha.. Thanks untuk semua tetamu yg hadir dan sponsors2 utk majlis aqiqah Aisy Rania..
Baju pengantin kenit: Butik Rona-rona, BBB Seksyen 7
Baju daddy mommy pengantin: Recycle raya =p
Cenderamata tetamu: Sedapsedapbelaka
Dessert buffet, cake and deco: Sedapsedapbelaka
Easel stand: Ihsan dari SK.. Thanks dear!
Foods: Anam catering (0193406817)
Published with Blogger-droid v2.0.3
9 comments:
kemslm kat pengantin kenitss!
meriahnya majlis Aisy Rania,rajin mmy awak... mmy Aisy Nadiyah Hana xde pun gigih buat semua tu..
lawa baju aisy hehe.princess gituuu. so gigih la mummy dia ni. makcik lisa xsegigih itu he he he. sama la kite buat aqiqah same date dgn anniversary :D
Memang terbaik k.ana! teringat2 brownies tu...tart..kek anniversary akk..sate buah tu....n main dish tu. sume sedap! nyum3....
alhamdulillah settle sume kan walaupun baca u mcm kelam kabut jugak settlekan sume. mesti penat. comelnya rania tau sengih je dia pakai mcm princess plak tu hee
@mommy cha: pengantin kenit jwb waalaikumsalam. dia kirim salam kt cik abg di sana.hahaha..
hayati hashim: mommy nya kalo ikut sume nk buat sendiri..tp apakan daya x sedar kudrat yg ada. takpe nnt yati plan utk majlis aisy btl2 k?
lisa: tu la..mula nk buat 8hb tp husband suh tukar 9hb. ingtkN kenapa.. hana pun x teringat.nsb ada dia.hihi..
ani: thanks for coming..seronok tgk korg mkn dgn seleranya!! :-)
cha: yup..alhamdulillah dh setel.penat x terkata.nsb selangor cuti selasa hrtu..hana pulun cuti dr isnin nk rest.hihi..
baru perasan credit di hujung entry. time kasih jemput dtg kenduri! siap dpt tapau mknn lg. hahahaha
Boleh dptkan contact no kump marhaban? Tq
Maaf, saya dh hilang contact sejak duduk Australia. huhu
Post a Comment