Blockbuster Deals!!

Wednesday, December 19, 2012

si halus yang tak reti duduk diam

Assalamualaikum,

Aisy dah nak masuk 9 bulan 21/12/12 ni. Macam-macam lah ragam nye sekarang. Memang dah macam ulat sebab tak reti duduk diam. Dah lah badan halus pastu tunggang terbalik ikut suka hati dia. Sekarang ni Aisy Rania dah pandai duduk. Mula-mula dia nak belajar duduk memang payah lah tengok dia terkial-kial. Siap angkat bontot tinggi-tinggi sebab nak lipat kaki dia. Mommy memang tengok je lah kan and tak tolong pun. hoho.. Sampailah 2 minggu lepas dia dah dapat duduk sendiri. Kemain ligat sekarang.

Pastu bila dah boring duduk, ikut suka hati dia rebahkan kepala dan badan dia kat lantai. Nasib lah lapik tilam. Kalau tak lapik, berdentum la kepala tu ke lantai. Adoi laa.. seriau mommy! Mommy nak rakam aksi dia duduk and terlentang pun tak sempat nak rakam detail. Takpelah, yang mana ada je untuk rekod mommy. hihi..



Selalu, before pergi kerja neny or atuk Aisy akan dukung Aisy and ajar Aisy lambai bye-bye ke mommy and daddy dia. Selama ni buat dunno je bila mommy daddy lambai. Tapi sekarang tangan dia asyik melambai je plak tak kira siang malam. Dah mula la pelajaran baru dia tu. Orang pergi toilet pun nak bye-bye. Comel je..hahaha.. Pagi tadi dh mula pandai dah nangis2 nk ikut mommy kerja. Siap jengket2 kaki bila atuk pegang nak ikut. Puaslah mommy dia nk pujuk before pergi kerja lepas ni. huhu

Lagi satu skrg, dia dah pandai dah tarik2 tape pelekat  pampers dia tu. Kemain susah dah nak pakai kan pampers. Orang lekat pampers dia cabut. Sampai mommy dia jerit la "Kang Aisy poo poo pegi cangkung kat toilet ye???!!, Pandai sangat cabut2 pampers." huhu..

4 comments:

cha said...

Mesti dah banyak akal kan skrg u. Hehe comel je.

~ NANA ~ said...

alooo comelnya kamu! ;)

Ros Anis Rusli said...

nomey2...

Zimie said...

aloh2 comelnya rania.laju je bangun tu hehe