Blockbuster Deals!!

Tuesday, August 6, 2013

Jamuan moreh di Maplewood Dr

Assalamualaikum,

Esok lusa dah nak raya dah. Rasa sekejap je Ramadhan nak berlalu pergi. Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk berpuasa walaupun diperantauan ni. Ok, ni nak cerita pasal jamuan moreh dirumah hana weekend lepas. Kami jadi tuan rumah utk jamuan moreh ni sbb katanya rumah kami agak selesa dan muat ramai org dalam satu masa dan deck blkg tu plak sesuai utk solat isyak dan terawikh berjemaah. Makanya, kami pun terima seadanya walaupun busy jugak sabtu ahad tu.

Sabtunyakami ke Harbour town, Gold Coast. Shopping sikit2 dan kebanyakannya barang husben dan si kenit. So, agak penat sabtu tu. Ahadnya, pagi pergi lab, balik lab terus beli barang dapur utk masak apa yang patut. Kelentung-kelentang mcm nak perang sbb adunan roti utk murtabak tetiba lain macam plak. Puaslah husben duk tebar dan uli. Nasiblah nak last2 tu jadi jugak. Jam masa tu nak pukul 4 dah tapi baru siap berapa keping je. huhu..

Pukul 7pm dorg dtg beramai-ramai bawak makanan yg dorang masak. Penuhlah meja tu utk pot luck. Lepas sume dah sampai, terus isyak dan terawikh. Selesai semua, baru moreh bermula. Semua duk berebut murtabak. Datang 10minit lepas tu, licin.. erkkk... hahahaha

Meh tgk suasana moreh dirumah hana.

murtabak in the making

pukul 4pm dapat byk ni. Kol 5.15pm nak buka dah.huhuhu

Kaum adam

kaum hawa


inilah juadahnya.. Bykkan?? Kami hanya sediakan murtabak, kari kambing dan air. Yang lain sume org bawak.

Itulah serba sedikit suasana moreh dirumah hana. hihi.. Nak share kegembiraan ngan korang jugak. Parcel yg mama hantar dah sampai semalam!!! Akhirnya.. lega sgt sampai sebelum raya. hihi.. Yg lagi satu parcel tu, wifi utk memudahkan kami berhubung dgn yg jauh raya2 ni.

Wifi dgn parcel mama. Kecik tapi padat!

ni salah satu kegunaan wifi. Dapat tgk live tv dari Malaysia! Semata nak tgk drama raya, hana subscribe kat www.raaccun.com

Ini antara isi dalam parcel mama bagi. Hana dah siap susun2 dalam balang. Bykkan? Cornflakes madu dgn biskut choc chip tu hana buat smlm.


 Ini plak popia milo. Tak jmp nestum la kat sini. huhu..

So, cukuplah tu biskut raya. Bukan dapat beraya sebulan mcm kat Malaysia pun. huhu.. Cuti pun takde. Sobssss.. Tapi I is tak kira, pagi raya takde lah nak g animal house tu de.. hahahaha. Masak rendang lagi bagus! kan????

Di pengakhirannya, Hana nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kenalan hana. Mohon ampun dan maaf andainya ada perkataan dan penulisan yang mengguris hati dan perasaan kalian. Hana juga manusia biasa yang tidak lepas dari kekhilafan. Semoga raya kali ni memberi kebahagiaan buat kita semua. Amin...

Jumpa lagi lepas raya!!!



3 comments:

Wani said...

selamat hari raya maaf zahir batin to u n family too!

D Yatie said...

Wahhhh. Hana pun ber pot luck. Best2! Selamat hari raya hana!

Umie Aisya said...

Selamat hari raya hana!