Blockbuster Deals!!

Thursday, August 1, 2013

Iftar galore 2013


 

Assalamualaikum,
 
 
Ramadhan dah hampir ke penghujung. Rasa sangat berbeza Ramadhan tahun ni terutama sekali kena berdikari sendiri untuk masak untuk bersahur dan berbuka. Ingatkan diri ini tak mampu nak berdikari sendiri sebab kalau ikutkan nak pergi ke dapur tu ya Allah punya lah payah. Maybe sebab kita sendiri tahu mcm "ala..nanti mama masak lah sedap2 kejap lagi". So, sampai ke sudah tak reti2 nak belajar masak ngan mama. hukhukhuk.. Rasa RUGI betul tak belajar masak. Sebab sampai kat oz ni terkontang-kanting la nak belek resepi, kejap2 telefon mama tanya itu ini. hoho.. Apa pun Alhamdulillah masih survive sampai ke hari ni dengan bantuan suami of course utk masak2 juadah berbuka dan sahur ni. Adalah beberapa kali berbuka di masjid dan tapau beli kat Sofra (Turkish restaurant) dan Nandos.
 
 
Nasi Arab (Kambing) iftar di masjid USQ. Sambal kicap tu ada Malaysian bawak. hahaha

Tomyam campur and coleslaw

Daging black pepper and pajeri nenas

Roti john

Butter and oat chicken and prawn

Papadom tu penyedap selera!

Mee curry

Ini juadah berbuka masakan Bangladesh di Masjid USQ

Tauhu sumbat

Satay and peanut sauce. Minced meat and wrap.

Fresh orange and dim sum

Tavukulu pide and baklava from Sofra

Homemade pretzels

Buah, keli goreng dan daging masak kicap dengan kobis.

Ini adalah diantara masakan sepanjang bulan puasa ni. Syukur dapat jugak merasa mcm makan berbuka kat rumah (kajang). hihi..

Next entry maybe bab kuih raya plak?? =p
 
 

5 comments:

LisaLisut said...

huwaaaaaaaaa terliur ,kan best if tgk gmbr lps tu mknn tu keluar dr skrin lptop kahkah

~ NANA ~ said...

hanaaaaaa nak resepi pretzel! share dlm blog nnti...hihi

btw Tavukulu pide mengingatkan i pada UNITEN...ada satu kedai ni jual benda tu...i xtau nama dia so i panggil pizza sampan je...hari2 duk beli share dgn kawan...harga rm10 satu tu...hahaha

Linda Yusoff said...

rajin masak di perantauan. hehe lps ni boleh niaga kedai makan kat sana. =p

cha said...

takpe u. ramai i kenal yg belajar oversea bila balik sini pandai masak tau. because they hv no choice kan nk tak nak kene masak sendiri hehe

Hunny Kitty said...

menariknya butter chic tuhh heheheh