Blockbuster Deals!!

Friday, February 7, 2014

Trail-A-Buggy review

Assalamualaikum,

Today, i want to review on this trail-a-buggy which i have aimed long time ago. Bukan anak yang aim ye, tapi maknya.. hahaha.. Tapi takpe, anak seronok, mak lagiiii seronok.

Masa sampai-sampai oz ni dulu, hana pernah nampak mat/minah salleh pakai benda ni. Memang cool gila je bila tengok. Pastu tengok ada member Malaysian yang naik basikal ngan anak2 diorg rasa seronok je petang2 beriadah berbasikal laki bini dengan anak2. Tambahan, kat Toowoomba ni jalan raya bukan sesibuk macam kat lorong2 rumah kat KL tu. Berbasikal adalah sangat nikmat di sini. Dngan angin yang sepoi-sepoi, tak panas (kalau tak summer mcm haritu lah >42C), sangat lah nyaman berbasikal.

Aim punya aim, harini alhamdulillah terkabul jgak. Mula2 hana and husband pergi cash converter sbb member bgtau ada 2nd hand trailer ni. Kitorg apa lagi, berdesup terus pergi cash converter sbb brg2 mcm ni kejap je kang dah takde dah. Pergi sana belek punya belek, pikir punya pikir, tengok harga. Hurmm oklah $54 untuk 2nd hand. Tapi dah puas pikir kitorg kembali kpd plan asal untuk beli baru kat BigW. Konon2 nanti anak dah 2-3 boleh la guna jugak walaupun tak tahulah kat Malaysia sesuai ke tak pakai benda ni. hahaha..

Last few days, ada dapat pamphlet BigW, teruja sbb ada benda ni sbb last week pergi benda ni takde dan dh tanya ngan staf dia pun dia kata takde stok. Tgk je dia dah restok, excited lah mommy. Hari2 ckp dgn daddy aisy. Dia pun layankan aje bini nya ni. Katanya kang tak tidur malam plak. hahaha.. Kat BigW harganya Aud198. Hana pernah survey kat ebay harganya mmg jauh lebih murah $150 boleh dpt. Tapi kalau ada masalah ngan barang mcm leceh sikit kan prosedurnya. So, decide utk beli je lah kat BigW ni. huhu..

ini rupanya dari dalam kotak. Mmg boleh lipat masuk bonet.


masa nak pasang ni kena bertenang.. sbnrnya senang je nak pasang, tapi kalo tak sabar mmg angin jugak. hahaha

taraaa..dah siap! ini rupanya bila jadik stroller. Buggy ni boleh muat 2 toddlers. Ada 5 point safety harness. Ada cover kalau hujan boleh tutup. Kalau panas just pakai jaring2 tu je. Memang sangat selamat pakai ni.

Ini rupa dia bila attach dgn bike. Just tanggalkan tayar depan tu je.

ok, skrg mommy boleh exercise, anak boleh relax amek angin kat blkg. Tak ke best tu?? hihi.. Lepas bertahun tak berbasikal, tadi naik bukit, menggigil lutut! aduhai...


7 comments:

missayu said...

bestnye!i wish malaysia sedamai itu

Chekgu Azrine said...

Bestnya...

~ NANA ~ said...

bestnya hana!!! jeles iols tau...hehe

bawak balik sini satu dua nanti! haha

fidza said...

Best la,senang sbb boleh beriadah bwk anak.

bai zura said...

syoknye... mak berbasikal ank relax kat belakang gitu... kat m'sia ade tak yea... nak jugak

izzati rani said...

Bestnya akak! dah lama x berbasikal. tetiba teringin. :)

http://izzatirani.blogspot.com/

izzati rani said...

Bestnya akak! dah lama x berbasikal. tetiba teringin. :)

http://izzatirani.blogspot.com/