Blockbuster Deals!!

Wednesday, June 11, 2014

Mari menabung untuk winter trip!

Assalamualaikum,

At last, ada jugak free time. Dah lebih setahun kat aussie ni, tapi tak pernah lagi keluar dari Queensland. Selalu kalo jalan-jalan mesti dalam Queensland, which is balik-balik Brisbane, Gold Coast dan kawasan sekitar. So, kali ni plan untuk pergi lebih jauh. Itinerary dah siap draft, accomodation dah book 2 weeks ago. Hopefully, semuanya berjalan seperti dirancang. 


Rasa-rasa macam mana lah agaknya keadaan kami anak-beranak (2 families) ber road trip for almost 4000 km? hoho..

Sekarang ni tengah menabung lah untuk trip ni. Harapnya by that time cukuplah hendaknya. Haritu ada residential school kat Uni. Seronok jugak dapat pengalaman mengajar undergraduate students dalam bidang yang kita pakar. Kita pun ikut belajar sama, mantapkan skills. Yang bestnya, paymentnya alhamdulillah. Lumayan! Tapi slotnya sekejap je. Kalo ada banyak slot, alangkah bestnya. Hopefully, ada lah lagi casual appointment after this. Soo... kachingg.. masuk tabung!



Yang kedua ni plak, pengalaman kerja bersusah-payah sampai sakit-sakit lah badan ni. Bayangkan ladang kat dalam pic ni baru nampak separuh dari keluasan ladang. Paling banyak sekumpulan 16 orang, petik lettuce sebanyak 12 lori (berapa tan tak ingat) yang ada 72 bins dalam masa 6 jam. Pergghhhh.. Dahsyat tak dahsyat. Bila pikir2 balik, kenapalah aku kena buat semua ni? Tapi, sekarang dah tahu dah macam mana rasanya jadi seorang petani! Bayaran nya tak selumayan mana, lepas tu nak mengerah keringat, masyaAllah.. Hanya Allah yang tahu betapa penatnya. Apa-apa pun.. alhamdulillah.. rezeki jugak. Ting.. masuk tabung jugak! hihi..


Target for this trip to use all the money that I gained from my casual jobs. Kalau boleh tak nak usik kad kredit dan juga gaji kat Malaysia. InsyaAllah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Ecewaahh, semangat tu sebab nak berjalan! hahahaha..=)



5 comments:

Chekgu Azrine said...

Bestnya dia nak g holiday tmpt sejuk erk sia

LisaLisut said...

hana bape lama lg kt sne? hrp2 ade bajet i smpai aussie b4 hana balik. bole la tlg jd guide haha. wah yakin je nk smpi aussie i ni haha. cm best life kt sne. rs nk ikut migrate hahaha

hana yoriee said...

Chekgu Azrine: InsyaAllah, hajatnya nak main snow bulan 8 ni. hehe

Lisa: ermm.. Lebih kurang 2 tahun lagi. hihi.. Meh lah.. Kalo nak dtg roger lah.. =)

Aty_Fared said...

besh kan dapat merasa duk negara orang..sambil2 datang belajar..sambil2 boleh melancong.. :)

hana yoriee said...

Aty: Itulah.. sambil belajar sambil berjalan tgk negara orang =)