Blockbuster Deals!!

Wednesday, June 3, 2015

Arsh Razin VBAC labour story - Part 1

Assalamualaikum,

It has been a while since the last time I knock on this keyboard and type in something for this blog. Yep, since the last post was on the announcement of my 2nd pregnancy, so I supposed we should announced the news on our newborn baby =) . hihi..

This entry will be a really long one sempena ntuk memperingati memori sepanjang mengandungkan dan melahirkan 2nd baby ni. This time around the pregnancy was also a hell of a ride but still tak seteruk kakaknya dulu. Mabuk2 sampai 4 bulan lebih. Alhamdulillah kali ni tak de masuk hospital warded for hyperem etc. Just makan ubat tahan muntah yg GP suggest which is Ondansetron. Ubat mahal gilsss! Nasib berkesan. I gained weight banyak jugak tapi tak sebanyak yang dulu. Still, jenuh lah jugak ni nak kurus balik. arghhh.. The journey after the 5th months of pregnancy was quite ok. Untuk pregnancy kali ni, hana dapat buat detail scan at 12 weeks and 20 weeks sahaja. Detail scan kat Oz ni tak sama mcm kat Malaysia. They checked very thoroughly each and every organ. Cumanya, itu sahajalah 2x yang hana dpt tgk baby. Lepas tu memang ilek tak de. huhu.. Disebabkan at 20 weeks baby tak memberi kerjasama untuk tunjuk whether its a he/she, so sampai ke sudah kami tak tau anak lelaki atau perempuan yang hana kandung. Memang surprise habislah!

Ok, kita move on to the labour story je lah ek. hihi..

25/5/2015
Ada appointment with my GP (Dr. L. Gilmour) for my 38 weeks check-up. Everything was alright. Before balik, Dr sempat pesan to make an appointment for next check-up if u still not deliver. So, hana pun angguk je lah. Dalam hati..hurmm we'll see.

26/5/2015
I went to uni as usual untuk siapkan apa yang patut. Isi borang cuti etc. Hari yang sama hana bagi hadiah kat all my labmates tanda terima kasih sbb banyak sgt membantu sepanjang hana mengandung. My labmates even plan to arranged a baby shower for me on the next day. Kesihatan hari ni ok je. sampai lah ke malam tiba-tiba.. Datang plak rasa perut mengeras2. Dalam minggu ni memang ada rasa mengeras2 tu, tapi being me yang tak pernah ada experience sebelum ni rasa contraction tu macam mana, so tak tahu pun itu adalah tanda-tandanya. Takdelah sakit sangat. Mengeras biasa-biasa je.

27/5/2015
Perghhh..sakit perut mengeras di tengah malam tak kebah2. Bagitau hubs.. sakit ni. Dia tanya sakit mcm mana? Susah lah nak explain. Cakap lah perut mengeras je ni. Hana pun google la mcm mana rasa sakit contraction semua. Memang sebijiklah perut tu mengeras dari atas mengankap ke bawah tarik ke belakang pinggang. Memang perghhh lah. Tapi, buat masa ni boleh lagi bercakap relax konon2 aplikasikan konsep J breathing bagai yang belajar kat youtube tu. Pukul 2.52am tu wassap Salma sebab tak tau dah nak tanya sape. Nak tanya org kt Msia semua dah tido. Kat Oz lagi lah. So, kita tanya org London. hoho.. Dah mula keluar blood show masa ni. Sikit la sbb nampak stain kat tissue bila wipe. So, di dada dah mula rasa cuak. Tanya member ni betul ke tu blood show and apa maknanya. Dia cakap dulu dia keluar show dia dah dilate 4 cm. Ok, bertambah lah dup dap dup dap. Download contraction timer. Tgk berapa minit gap. Mula2 tercengang2 jgk mcm mana nak guna. Bantai lah labu. Kira average dalam 5-6 mins for each contraction. Sakit makin menjadi2. Hubs call member, pack2 barang Kakak Aisy untuk tinggalkan dengan member ni nanti. Nasib beg adik baby and barang mommy dah siap2.

Before g spital, hana mandi dulu dgn air panas. Lepas tu siap2 pakai baju yang nak ke baby shower yang patutnya plan pagi ni. hahaha.. Call birth suite, explain kat midwife rasa sakit mcm mana and dia pun interview tanya beberapa soalan. Disebabkan dulu hana czer and nak try for vbac so dia suruh datang birth suite melalui emergency entrance secepat mungkin. So, kitorg pun pergi dan sampai hospital dalam pukul 5am. Jalan naik ke birth suite. Disambut oleh Dr and midwifes yang ceria2 belaka. Dibawa masuk ke ward pemantauan, pasang ctg. Contraction memang ada tapi belum konsisten kata midwife. So, dia cakap dia akan buat VE lps setengah jam.

kesian hubs penat tak tido2.. huhu..

Lepas setengah jam monitor dgn CTG, dia pun siap2 pakai gloves and hana pun dah cuak2 nak bagi relax tak nak kemut2 sebab tak nak sakit. hahaha.. midwife yang first ni memang gentle je dia buat. Dia bagitau yang its dilated about 3cm and she did a little bit of a stretch kiri kanan untuk bantu nipiskan cervix kata dia.Nasiblah tak sakit. huhu.. Dia kata kita tunggu tgk mcm mana lepas sejam dua. Midwife suggest pergi jalan2 untuk bukaan yang cepat. So, kitorg pun lapar turun ke cafe makan breakfast sambil layan contraction sepanjang jalan and makan.

isi perut dulu pagi tu..

 Dalam pukul 7.30am mcm tu naik balik birth suite. Pukul 8 am tu buat VE lagi sekali. This time memang sakit hoiiii sebab syif pagi dah bertukar. Midwife yang second ni memang ganas lah dia buat. Dia mintak maaf sebab buat ganas2 sebab kata dia nak nipiskan cervix dan tarik kedepan sbb buat jauh ke atas lagi kata dia. So, memang kaw lah penangan dia. Habislah penuh darah kat gloves dia. huhu.. Dia cakap 3cm jugak masih bukaannya. Rasa mcm hurmm oklah. Nak buat mcm mana kan? So, dia pun cadangkan balik rumah dulu buat exercise atau berendam dalam tub dengan air panas relax2 kat rumah dulu kata dia. Nanti contraction konsisten 4-5 min sekali baru datang balik. So, kami pun melangkah pergi meninggalkan hospital. Masa ni text Sharyn, cakap sorry tak boleh nak attend baby shower yang diorg plan sebab dah sakit2. Sharyn replied back and said, yep that's a really good reason though! hahaha..

Balik rumah, suruh hubs isi bath tub dengan air panas. Layan bubble bath dalam 30 min macam tu. Memang kurang lah sakitnya. Lepas tu konon nak try jalan itik. Buat tak sampai 2 meter pun pastu tak tahan sakit contraction wei!! Dalam hati terdetik, mcm mana lah dorg (org2 kat group fb) ni boleh buat jalan itik satu rumah bila dah contraction ek? Memang xdpt imagine. Ambil sepotong nenas makan. Pastu makan lah kebab yang hubs beli sikit. Tak berapa lalu nak makan sebab tak cukup tidur dari tgh malam tadi. Sakit makin tak dapat ditahan2.. Hubs cakap nak pergi hospital balik ke. Hana pun mcm tak tau nak buat apa dah sebab sakit makin menjadi tapi gapnya still 5min sekali. So, hubs decide jom je lah pergi. So petang tu kitorg pun pergilah. Dalam pukul 3pm mcm tu kot. Naik balik birth suite, midwife tu cakap. Haaa..you're back and you can still smiling. Dalam hati, senyum je lah..takkan nak masam2 kan? hahaha.. Pergi balik wad pemantauan, pasang CTG, buat VE. Dengan harapan dah terbuka banyak. Sekali baru 4 cm je! Huwaaa.. nak nangis rasa sebab sakit dah yang teramat dah ni. Kalo 4cm baru sakit mcm ni, mcm mana plak bila nak 10cm sakitnya. Mula lah terbayang itu ini. Kali ni kena tarbiyah dengan midwife lagi sekali. Katanya dia cadangkan balik rumah jgk dulu. Lepas tu hana tanya mcm mana nak tahu dah dekat, dia kata contraction gap 2mins once baru dtg hospital atau bila dah pecah air ketuban. Dalam hati nak je ckp tak nak balik sbb nak berjalan nak naik kereta nak berjalan naik tingkat 3 hospital sambil layan contraction bukan senang ok! huhu.. Tapi, disebabkan kita rasa mcm x welcome je untuk duduk wad so, kitorg pun balik dengan keciwa..

continue Part 2..

2 comments:

Chekgu Azrine said...

tahniah sis..
selamat berpantang

mrs kayrul said...

tahniah hana....sian plak baca sakit2 asyik nak ulang alik g hospita je