Blockbuster Deals!!

Showing posts with label aisy rania. Show all posts
Showing posts with label aisy rania. Show all posts

Tuesday, February 9, 2016

Home of Middle Earth - North Island, New Zealand Trip Part 1

Hello 2016!

Assalamualaikum, lamanya tidak menulis dalam blog ni. Ini pun bukak blog sebab boring mengadap data selambak nak kena key in. Sementara otak tengah tepu ni mari kita refresh balik dengan throwback saat-saat manis di New Zealand. hihi..

Hana berkesempatan ke New Zealand hujung tahun lepas pada 27 November 2015 hingga 6 Disember 2015. Actually, tujuan utama ke New Zealand adalah untuk menghadiri 2 persidangan di Wellington untuk present paper. So, sambil menyelam kita minum air or we kill 2 birds with one stone! Hah, gitchuuu.. Dah sampai tempat orang haruslah kita juga melihat kawasan sekitar.

So, tentatively Hana dan family fly from Brisbane to Auckland dengan Virgin Airlines. Kebetulan masa booked tiket ada 'SALE'. So, apa lagi grab lah cepat2. Brisbane to Auckland the airfare was AUD198.00 and from Wellington to Brisbane the airfare was NZD198.93 per person which this include 23kg baggage and seat. Domestic flight from Auckland to Wellington by Air New Zealand cost me about NZD68 per person. And I've got to know that AA have this promo that you can get a return ticket from Gold Coast to Auckland at AUD150+ only!!!

We spent about 2 and half days in Auckland to visit my cousin and his wife. Lama sangat dah tak jumpa dia. Alang-alang ke NZ kita jumpa lah sanak saudara sekali. Nasib baik ada sepupu Hana ni yang baik hati untuk jadi tour guide bawak kami jalan-jalan sekitar Auckland, Matamata, Rotorua and Taupo. 1st day di Auckland kami jalan2 sekitar CBD. Pergi ke Rose Park, Michael Joseph Savage Memorial Park dan ronda-ronda sekita harbour. First day ni aktiviti terbatas sebab hujan disebelah petang. Alhamdulillah, the next day cuaca sangat menyebelahi kami. Cantik terang untuk berjalan-jalan.


So, the 2nd day kitorg old out! Penat hari kedua ni sebab dari pagi sampai ke tengah malam trip kami covered Hobbiton, Rotorua, Taupo dan Huka Falls. Drive from Auckland to Matamata Hobbiton movie set took us about 2 hours. Tapi sepanjang jalan ni MasyaAllah, memang sangat2 indah dan saujana mata memandang. Hijauuuuuuu je. Entrance fee di Movie Set ni NZD79.00 per person for adults (for details on fee click HERE). Untuk Aisy and Arsh, dua-dua ni free sebab kanak-kanak bawah 9 tahun tak perlu bayar, yeay!. Setiap jam akan ada bus yang akan bawa visitors masuk ke movie set. Bila naik bas tu, akan ada seorang tour guide yang akan tunjukkan dan ceritakan pada semua pengunjung tentang Hobbiton movie set ni. Driver bus tu pun akan bercerita sepanjang perjalanan di dalam bas. Jom layan pic!



on the way to movie set

ini jalan nak masuk movie set. Movie set ni luas sangat. So, digalakkan pakai sneakers and kalau bawak anak kecil jangan lah bawak stroller.





There are lots of pictures in Hobbiton. If you visit New Zealand, this is one of the #NZmustdo. hihi.. Ok, let's continue to othe places. We were out from the movie set around 1.00pm. We straight went to Rotorua and Taupo. Here. we did not spend a lot of our time. We just had our kebabs in front of the lakes and straight we went to Huka Falls.

Lake Rotorua 

Lake Taupo

Picturesque Huka Falls

hahaha mak selfie =p

my boys..

By the time we finished looking around Huka falls, it started drizzling. So, we head back to Auckland and it was almost 11pm by the time we reached Avondale, my cousin house to have dinner.

To be continued... hahahaha




Wednesday, September 3, 2014

Road trip to Byron Bay and Coffs Harbour (Plus overall itinerary and budget): Last Part

Entry bertangguh lepas Part 4.

Sepanjang perjalanan balik dari Sydney ke Toowoomba, kami sempat singgah ke beberapa tempat termasuk Byron Bay, Coffs Harbour, Big Banana and Tweed Heads. Kebanyakan pemandangan bertemakan laut, which i like!

Byron Bay is famous of their lighthouse. From the lighthouse,we spotted few whales which is amazing! I've never seen any before, so we were really excited. If you wish to watch them up close you can also take a whale watch cruise. It will be around $100+ per person. Quite expensive right? Yeah!

the beautiful lighthouse

 the beach

mini me and the sea

Next, kami bermalam di Sapphire Motel, Coffs Harbour untuk satu malam. Nak melepaskan penat driving berterusan jauh-jauh. Per night only cost us $90 for twin room. Lagipun, hubs and Iqbal beria haa nak memancing kat Coffs Harbour ni. Nasib dapat lah jugak ikan which were baby shark and stingray (ikan pari). Dapat lah makan untuk stok 2-3 hari. Kalo kaki pancing macam ni lah! 

Bila sampai kat Forest Sky Pier ni, memang tak terungkap dengan kata-kata kecantikannya. Subhanllah..
#nofilter

budak ni nak berlari2, mommy ni dah lah gayat tempat tinggi. hahaha

Last but not least, singgah big banana beli fridge magnet and souveniers untuk labmates. Kan best kalo kat Malaysia kita appreciate dengan tanaman kita dan buat tempat yang menjadi daya tarikan macam big banana ni haa!

semua yang berunsurkan pisang

Sebelum teruskan ke Toowoomba, dah malam waktu tu kami lalu jgk Tweed Heads. Tweed Heads ni sempadan NSW and QLD. Pic atas ni actually pic minggu lepas kat Danger Point, Tweed Heads. hihi

This is roughly the road trip itinerary and accommodation for 11 days (before we changed the plan to start the trip at 10 am on 3rd Aug 2014). Total cost is approximately AUD3000++ include van rental, petrol, toll, accommodations, foods, entrance fee for all activities and shopping etc! (Cost for 2 adults and 1 child). Alhamdulillah, ada rezeki berkat bersusah-payah kumpul duit sebulan dengan kerja kebunnya. Dapat lah haaa merasa. hihi..

That is it, a wrap! Phewwwwww... Panjang betul haaa. Taubat nak berpart-part lagi ko. 



Monday, February 24, 2014

3 days 2 nights holiday at Rainbow Beach, QLD, Australia

Assalamualaikum and G'Day mate!

Lama dah nak bercuti-cuti Oz, tapi baru sekarang dapat merasa. Yeah, as usual study and workloads both us, husband and wife yang mengekangkan masa untuk pergi holiday. Plan punya plan, alhamdulillah dapat jugak pergi. Sebulan sebelum dah book for accomodation which is at Breakfree Rainbow Shores, Rainbow Beach, Qld. 

Pada mulanya, kami plan nak ke Sunshine Coast, famous beach in Qld which is lagi best dari beaches dekat Gold Coast. Actually Gold Coast terkenal serata dunia sbb dia punya theme park, tapi for beaches you should go further up to Sunshine Coast or even at Cairns where the Great Barrier Reef is. Tempat yang kami pergi which is Rainbow Beach mengambil masa 4-5 jam drive dari Toowoomba. Masa dalam perjalanan ternanti2 mana nak nampak laut. Hahaha.. Dah sampai penghujung jalan baru nampak. Seronok sume org. Ye lah, perjalanan jauh2 lepas tu dapat tgk ciptaan Allah yg maha cantik rasa hilang penat travel jauh2. 

Terus check in kat Breakfree masa tu nak pukul 4pm (Jumaat). Dapat Surfside Villa no 21. Untuk penginapan 3 hari 2 malam ni kami bayar dalam AUD460 only. Villa ni self-contained, lengkap semua. Ada 4 bilik, 3 bathroom, full equipped kitchen and balcony kat tingkat 4 yang boleh menampakkan view laut. Duduk kat villa ni mmg dapat buat free exercise. Mana taknya, rumah 4 tingakt. Hari2 kena turun naik. Ok utk 1st floor ada laundry (equipped with washing machine and dryer), 1st bathroom and private ensuite. Ensuite ni bagi kat family Iqbal sebab dia ada anak kecik2 senang duduk kat bilik yang lebih selesa. Bilik ni ada deck kat luar yang boleh lepak2 mengadap pokok2. 2nd floor ada lagi 3 bilik. 1 bilik with queen bed and bathroom bagi kat family Abg Rosli sebab anak dia ada 3 org dah besar2. So, the remaining 2 rooms with single bed adalah untuk kami yg family kecil. hehehe.. Kat 2nd floor ada main bathroom yang mana family hana and family Abg Syed Ghazaly guna. Move on to the 3rd floor adalah living room, kitchen, dining area and small balcony. Jadi setiap kali nak makan kena naik tingkat 3. huhu.. Kitchen ni lengkap. Ada microwave, fridge, oven, dapur and dish washer. Tingkat atas sekali plak ada lagi balcony yg nampak view laut. 

Pic courtesy from fara


Front view of the villa

jemah kecik dan rakan2.


the simple living room
The main bathroom on 2nd floor

Dining area. Itulah tangga yg kena turun naik setiap hari. huhu


full equipped kitchen

bilik kami


the pavilion

For first day, kami lepak kat rumah dan mandi kat swimming pool je sebab sampai pun dah petang. Rehat2, tengok tv lepas tu terjun kolam yang berada betul2 dpn villa. Aisy lah org yang seronok sekali bila dapat swimming. Kemain dia nak kuak lentang bagai tak padan dengan kecik. hihi.. At night we had dinner and chit chatting. Manakala, pihak lelaki mula ready with their weapons which is the fishing rods nak meredah laut dimalam hari. Menu malam tu, rendang ayam, nasi impit kuah kacang, sup boon kheng kambing, dan ayam goreng. Ini semua kami masak kat Toowoomba dan bawak dtg sini. Pergi bercuti mcm nak kenduri doa selamat kan? Terpaksalah.. susah nak carik makanan halal kan?

2nd day, hana, fara and aisy went to the beach. Dari villa duk dengar bunyik ombak. Geram je nak pergi.. Untuk pergi ke pantai kami kena lalu hutan.. Dalam 150m dari villa baru nampak pantai. Masa jalan kaki tu, penat jugak sebab kaki tenggelam dalam pasir. So, bila nak jalan tu lenguh jugak nak melangkah. Bila keluar je dari bush tu, mata ni terpegun tengok pantai. Bersih putih je pasir pantai. Air lautnya pun.. fuhhh..biru kehijauan. Bagi aisy main pasir. Lalu kat air sikit2 sebab ombak nya agak kuat. It was quite windy too that day. Dari jauh nampak colored sand dunes yang famous for rainbow beach. Balik untuk lunch, lepas tu kitorg jalan2 kat pekan rainbow beach. Bawak aisy main kat playground. Dan mommy dia plak nak test berkuda. hahaha.. Murah weh naik kuda.. Just Aud10 for 10minutes. oklah kan? Hana tak pernah naik kuda kat Malaysia, so, ada peluang ni naik je lah. hahaha..

Rainbow beach

Pic courtesy from http://www.lovethesepics.com/tag/rainbow-beach/. Rainbow beach listed as no.1 beach that has 72 different colorored sand dunes. 





View dari atas kat pekan



Masa ni aisy tidur plak




windy masa ni.







Insyirah anak iqbal seronok berkuda.


time untuk mommy aisy plak. hahaha


aktiviti petang.. tgk aisy excited!


On the last day, kami semua kemas2 rumah. Sbb duduk kat villa ni dia mintak untuk kemaskan bahagian kitchen. Kena pastikan semua dishes dibasuh bersih. Lepas dah siap packing2 barang kami turun bawah untuk sesi bergambar plak. Check out at 10 am. Balik menghala ke Toowoomba melalui Brisbane. Dan stop by at Big Pineapple untuk lunch.


us..




 Big Pineapple farm



Aisy ni nangis plak..


 Itulah dia percutian pendek kali ni. hihi.. Ada rezeki lagi, insyaAllah boleh lah berjalan2 tengok tempat orang dan explore bumi ciptaan Allah =)