Blockbuster Deals!!

Tuesday, April 12, 2011

Real Wedding: Elya and Izmi

Salam,

First of all, nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada salah seorang BBf yg baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada mggu lepas. Hana personally sgt suke montage elya. eventho kami tiada masa akad nikah, tp feel dia bila tgk montage tu..fuhhh..menikam kalbu..haha..sume pic cantek2 dan mantop..

*siap hubby hana tegur! "tgk pics dia, satu hari nikah dah siap leh wat montage esoknye..hahaha" terkedu ai! =p

everything was simple. hana plg heart baju elya. macam menarik2 dan menjerit2 baju tu minta perhatian hana..tak lepas2 hana tgk baju yg elya pakai ahad tu. smpi saat ni masih terbayang2 tau..hehe..serius jatuh chenta. jahitannya sume nampak kemas dgn cuttingnye..huh..mmg marvellous tailor elya tuh! elya sila review baju sanding first!! hahahaha..


the walkaway and the indoor hall ambiance..


the dais for the day!


the lovely bubbly BBF with the bride and groom..=)


us!! pengantin yg dah 100++ days..hikss..

korang ada plan ape ujung minggu ni? jom pegi SINI..

Saturday, April 9, 2011

cash money to be given out!

Salam and happy saturday yo!

hallu..sape nak duit and suka duit? heh..tapi jgn jadik hamba duit tau..takpe..kita cari rezeki kan? rezeki dimana2..so, hana nak share sikit camne korg leh dpt cash money everyday with good prizes!! siap boleh pilih2 lagi nak hadiah ape for 30days!! and if u're lucky enuff korang akan berpeluang dapat hadiah yg humangaih..yg hana akan jeles punyelah..sampai tahap berdarah idung kalo dpt..hahahaha..serious punye cakap (serious talk)..hahaha

kat mana nak dapat benda2 cenggini? click SINI, SINI, SINI dan SINI..


ini antara hadiah2 nye..tak ke gempaq tu??

haaa..ape tunggu lagi! peluang depan mata! sila ambil tindakan segera..hehehe =p

Wednesday, April 6, 2011

order doorgift dapat hadiah =)

Salam,

hah..nak tau camne cara bila kita order doorgifts@favors utk majlis kahwin atau tunang dan pada masa yang sama leh dapat hadiah yang best?

kat sini lah tempatnya!! cube click sini sedapsedapbelaka..

cepat, sebelum terlambat!! =) and owh, sedapsedapbelaka boleh personalized doorgift korang jugak ikut kehendak korang.nak yg dalam brown bag ke, nak dlm transparent box ke, insyaAllah sume boleh. dan yang penting boleh ikut pada bajet korang =)

Tuesday, April 5, 2011

Ahmad Fairus shots for BBF!

Salam,

walauweyh..memamng mantop even unedited! terbaik lah. nak simpan buat jadi kenang-kenangan. nanti boleh tunjuk kat anak cucu yang AHMAD FAIRUS pernah amek gambar utk gathering bonda..eceyh..

enough said, meh kita layan sume pic AF. kalo nak tgk ngan lebih byk, sila klik sini.


paling suke pic ini! sgt unik..sbb kitorg duk belakang reben yg lunda buat!!kretip kan?



nampak tak kegigihan hana kat situ? terduduk, berdiri sume ado..hahaha..


gambar kenangan..kena ingat sume BBF ni dngan blog diorg..hehehe..korang mmg RAWK! thanks all..luv u all lah BBF..mmmmuuaaahhxx...

Korang B2B sume, kalo nak amek OP hana mmg rekemen sgt AF! coz dia sgt sempoi. telatah dia mmg leh wat kite sengih manjang..miahahaha..and owh..hasil mmg marvellous..tak perlu kata apa-apa! senyum..

Last but not least, special thanks to AF sebab sudi mengambil gambar kitorg =)

Monday, April 4, 2011

nizabeba gorgeous wedding

Salam,

Actually, semalam before pergi BBF gathering, Hana, Mawar (pemandu arah saya), Zaila dan Cik Belle berkumpul untuk pergi ke wedding Niza. Hana kalau bab2 jalan area shah alam, klang memang hana surrender. nasib baik ada Mawar. sorry lah mawar, sebab hana lambat..kesian mawar tggu kat tol lama kan?gerak ke shah alam terus pergi amek zaila kat batu 3 and next jmp cik belle kat petronas mana ntah..huhuhu..jadi, kami empat sekawan berkonvoi 4 kereta ke rumah niza.dah macam apa dah bawak kereta sebab tak mahu tertinggal jejak masing2. hahaha..

ok done with the merapu meraban intro. HAHAHAHA...

sampai2 je kat rumah niza, kitorg terus coret2 kat guestbook niza. meja guestbook yg simple aje..disekalikan dgn meja hadiah =)

Lepas tu terus cadangkan dgn 4 sekawan untuk naik berjumpa pengantin. sebab tak boleh nak duk lama2 coz takut puan pengetua marah kitorg tak sampai2 lagi kat tapak gathering.masuk2 aje rumah pengantin, ternampak pelamin yg tersergam indah! waahh..terpukau dan terpegun. seriously hana sgt suka kan warna pelamin itu. warna feberet hana tu niza!!the crumple from both side of the dais were so damn nicely done! =) hana suka sgt!!


Posing sikit depan pelamin ni..memula mcm nak duduk atas pelamin ni..tapi disebabkan pelamin ni belom dirasmikan, makanya kitorg pun sedar diri dan duduk dibawah sahaja..
(see the glowing effect of cik belle's cheek!- itu adalah penangan Hada Labo..HAHAHA)


Lepas dah bergambar dgn pelamin, maka, kitorg pun naiklah dan terus ke kamar pengantin niza. ecewaahh..niza tgh bersiap untuk last touchup dan berposing dgn OV dia.jmp2 say congrats dan laga2 pipi dgn niza..hahaha..


Niza sgt ramping dan cantik! =) baju pengantin dia pun lawo..hana sempat tgk baju pengantin lelaki. suit baju melayu tu ditampal dgn lace yg sama dgn baju niza dihadapan dua2 belah baju.idea untuk b2b jugak! tapi pic hana tak sempat snap. kite tggu review dr niza sendiri =)

Saturday, April 2, 2011

the best ever gathering! BLOGGER BRIDES FOREVER FIRST GATHERING =)

Salam,

phewww...hot! bukan sahaja suasana yg panas, tetapi juga seperti yang dijangkakan akan jadi event yang hot, ladies2 yg hottie jugak! hehe..alhamdulillah, semuanya sudah selesai. korang semua tadi pegi gathering happy tak? hikss..hana rasa sungguh gembira dapat gather dengan semua yg hana kenal di alam maya ni. ada yg first time jmp and ada yg dah berkali2 jumpa..hehe..

Tadi masa gathering, semua yg pergi ada hampir 30+ orang. itu tak termasuk pasangan.mmg kecoh habislah tadi.dengan ada AHMAD FAIRUS yang sempoi giller. hahaha..ayat dia masa snap pic mmg tak leh tahan..kuikuikui..tapi memang syioklah. posing sakan masing2!


tgk sume posing sakan!


ape yg aku cuba buat tu??? hahaha

ok, mula-mula seperti biasa ada sesi berkenalan dengan semua BBF. jadi, dr situ baru hana leh cam sorang2 sape yg hana tak kenal =). so, the next agenda is makan-makan.byk giller makan sampai kena tapau bg semua org..hahaha

kemudian, bermula lah pertandingan yg menggamatkan suasana. Iaitu pertandingan Rekaan Baju pengantin menggunakan surat khabar dalam masa 10minit! 10 minit yea..bukan sehari mahupun seminggu atau sebulan. dgn hanya diberi beberapa helai surat khabar lama, tali rapia dan pisau sahaja. so, pandai2 lah sume BBF mereka camne nak jadikan baju. hahaha..mcm2 pesen ado! meh kite tgk..


hah..ni model2 baju pengantin sokhabor..hahaha..

meh kita intai sikit baju pengantin yg cantik sgt sampai menang pertandingan tu..hehe


ok..pertandingan ni dimenangi oleh kumpulan mak Zaila. eceh..baju pengantin modern chic katanya..sebut modern sheeekk..gitu la kekdahnye..hahahaha..dpt lah hamper yang bernilai RM60 utk tempat pertama =)


kumpulan nawal ni tak ingat menang tmpt ke brp..tak ingt dah..


taraaa..ini lah kumpulan hana..yg dibintangi oleh (dr kiri) hana, aty, narz, dyll, nora =) dapat saguhati pun jadilah..huahuahua..

lepas aje main baju pengantin ni, sume mcm dah flat! hahahahaha..Mawar punyelah beria pikir nak buat games ape..hana pon pagi2 buta pegi petik daun pandan konon nak test skill korang racik bunga rampai..sumenya tinggal kenangan..hahaha..nan ado! penat uollss..

eyh..chop! lupe plak nak tunjukkan favors dan poster yang gempak hasil tangan org2 yang kreatif. hehehe..

Poster dan doily frame dr Creative by Lynda
, candy jar dari air tangan Mrz. Zaila, mini choc oreo muffin sumbangan ikhlas dari hana yoriee (sedapsedapbelaka)

Disebalik gathering ini, nak tunjuklah sikit muka-muka yang berhempas pulas menjayakan gathering ni. inilah antara ahli2 yang berjaya organize FIRST BBF GATHERING =)




macam2 gaya ada..from left: Lynda(creative director),Acik (emcee),Mawar(ajk aktiviti),Hana(catering),Nawal(tukang ikat reben),Zaila(candy jar dan kui-muih),June(bendahari),Eila(buat nasi impit),Amelyn(tukang buat hamper dan air),Farah(pengerusi). Tiada dalam gambar: atia(tukang buat corsages yg cute).

okeylah, rasanya itu aje kot updatesnya. insyaAllah, kalo panjang umur kita boleh lah organize lagi next gathering..kan? =) kena tggu pics dr amir rizal dan ahmad fairus! tak sabar!!!

Friday, April 1, 2011

BBF gathering 2011

Salam,

THIS IS A STICKY POST. FOR NEW ENTRY PLEASE SEE BELOW!

Seperti yang telah diwar-warkan di dalam Blogger Bride Forever (BBF) group, kita akan mengadakan satu gathering yang julung2 kalinya untuk b2b and ex-b2b. =)




Maka dengan itu, marilah kite ramai2 join gathering ni dan ambil peluang utk beramah mesra serta mungkin boleh berkongsi tips utk hari bahagia anda. mana tau dpt tau vendor2 ngan harga murah2 kan? haaaaaaaaaaa..jangan lepaskan peluang ini!!

Tempat: Amphitheater pusat, Taman Botani Shah Alam (nanti akan di attach map pada email, jgn risau yea?)
Tarikh: 2hb April 2011
Masa: 2.00-5.00 petang
Tema: Kesultanan Melayu Melaka (Tradisional ala2 perempuan melayu terakhir)
Yuran : RM25/orang


Banyak aktiviti akan dianjurkan..yang penting ada byk hadiah yg akan diberi..tak kan taknak rebut peluang menang adiah??????? makannan pon sodap2 dan dapat doorgift personalized BBF lagi.haaa..ape tunggu lagi, email cepat kat bbfgathering@yahoo.com utk penyertaan. sila email sblm 20 mac 2011. tempat adalah terhad tau! =D

chop! event ni korg leh bawak pasangan (boifren, tunang atau suami). kalo nak ajak kawan utk teman pon boleh in case ada yg malu2 kan. jom ramai2 kite jmp and support gathering ini.