Blockbuster Deals!!

Friday, January 20, 2012

stroller giller hebat!

Salam,

hana juz nak share 1 video with u guys. 1st impression bila bukak video ini, hana tergamam! cool giller stroller ni..hihi.. tp sekadar tgk dan mengagumi je lah. bak kata husben "stroller yg biasa2 pun tak mampu nak beli"..hahahaha..

Thursday, January 12, 2012

Kos perbelanjaan for 1st timer Parents

Salam,

First of all, ingin hana ingatkan disini bahawa apa yang bakal hana cerita/kongsi kan hanya lah raw estimation hana. Ianya mungkin berbeza mengikut harga pasaran/dimana tempat anda membeli-belah. =)

Secara personal, sebelum kahwin hana tak tahu clear picture on the expenses jika ada baby nanti. Approximately mcm mana lah kosnya kan. Hana rasa, rata-rata 1st timer parents diorg pun cuak memikirkan soal ini. hehe..selepas habis cuak kumpul duit kahwin, kini cuak pulak pikirkan kos perbelanjaan utk menyara ahli baru dalam keluarga. hoho..betul tak? Jadi, hana nak share lah serba-sedikit yang hana tahu (yang hana tak tahu, mgkn korg blh bgtau).

so, meh kita tgk serba-sedikit tentang kos untuk newborn baby..




*click picture for clearer view

hah..amacam?? adakah anda terkejut dgn angka totalnya?? huhu..itu belum termasuk benda-benda kecil/remeh-temeh lagi. Dgn insurans nye lagi..Ini baru perbelanjaan takat newborn. belum diambil kira utk hantar ke baby sitter/nursery.

Jadi, kalau pening2 nak membeli-belah, berbaliklah kepada faktor sama ada ianya keperluan/kehendak anda dan baby. Dan yg plg utama ikut kemampuan masing2. Buat lah keputusan dgn baik dan InsyaAllah, setiap anak itu ada rezekiNya.. =) (ingatan utk diri-sendiri..kuikuikui)

Itu je yang hana nak kongsikan..

Tuesday, January 10, 2012

romantiknye dia..

Salam,

Selamat tahun baru 2012 semua!! Happy New Year.. hoho..dah berminggu new year baru nak wish..kata mak buyong kan? jadi lambat lah sket kekdahnya..hoho..skrg ni nak gerak semua slow-motion aje..dulu kemain lagi boleh jalan lelaju. skrg nan ado yea kawan2 sekalian.haishh..

Semalam 1st time tgk husben sakit teruk. Kesian dia. before ni dia tak penah pun demam or sakit teruk cam semalam. Jadi rasa cam pelik pun ada. nak tergelak pun ada tgk dia semalam. mama dah sound.."ada plak gelak bila org sakit". hoho..bukan apa, kelakar tgk husben nye keletah. tp bini mana yg tak risau?? ce citer? eceyh..risau ni..mana taknya. dia nak baring takleh, duduk takleh..merangkak je dia selesa. ayah hana sampai nak tlg sama ikut urut betis husben hana. segan lah dia kan..iyealah, ayah mertua concern betul ni..kuikuikui..sampai nak teman hana g klinik bwk husben. nasib hana ckp blh handle sorg. pegi klinik, nak sampai klinik tetiba ada org hon. ler...rupanya mama n adik kat kereta yg hon. ni mesti ayah bgtau suh g klinik tgk menantu..kan dah ckp..concern amat! hahaha..1st time ler katakan menantu nak g klinik.hahaha..smpi masuk bilik rawatan pun mama teman siap gosok2 kan badan husben lagi suruh selawat byk2 tahan sakit..huhu..akhirnya husben kena jugak cucuk kat montot sbb dia sakit sesgt..tak lama pastu sampai rumah nasib dah lega. bg dia makan dinner pastu mkn ubat..naik tidur..katanya ubat tu buat kan dia mengantuk! kalo tak, maunya dia tido malam awal2..takdenye lah..

yang paling tak sangka..masa tgh malam tu tiba2 hana rasa cam husben usap2 perut hana. ingtkan dia nak usap2 baby ke ape kan? rupanya dia cakap gini.. "ayg, meh tido belah dalam..kang jatuh kang tido kat belah luar." hoho..lor..rupanya dia tgk perut hana dah terkeluar sikit dr katil..kuikuikui..ingat kan ape laa..tp rasa cam..aik, abg ni sakit2 pun ROMANTIK..hihi..

kadang perkara2 kecik camni buat hana senyum je sepanjang hari..kadang2 even malam2 waktu tidur dia selimutkan kita..uisshh..rasa bahagia betul! =)) perkara sekecil ini pun ada impaknya.. betul tak?

Wednesday, December 28, 2011

Happy Birthday Husband~

Hi Abang..Assalamualaikum..
(ala..tau abg tu stalk blog ayg! =p)

Happy Birthday to you..ok, kita dah sebaya balik! hahaha..

Hopefully, dengan menginjaknya usia abang ni..harapnya:
1. Abang dimurahkan rezeki oleh-Nya. (ayg leh tumpang sekaki)
2. Sihat2 selalu..nnt leh tolong jaga anak kan?
3. Jadi Daddy yg baik, penyayang..segalanya la..
4. hah..yg ni mmg tak leh blah..abg kalo nyanyi boleh tak jangan main hentam kromo je liriknya. sakit telinga ni nak dengar..kuikuikui..

Apa-apa pun..ayg sayang abg sgt2.. =)) mmmuuuaahhxx..


mula2 maintain pastu jadi hyper!! isk isk isk..

From,
ur lovely wife! eceyh..

Tuesday, December 27, 2011

Amazing moments with little cutie (3D 4D scan)

Assalamualaikum,

Seronoknya semalam and pagi ni. Tersenyum je bila tengok setiap snap shot 3D baby sendiri. Tengok keletahnya bukan main lagi. Macam-macam aksi yang dia tunjuk. Mommy dia ni pun dah rindu sangat2 nak jumpa. Akhirnya, dapat jugak jumpa setelah daddy nya ada ruang masa yang boleh dicuri2 sekejap semalam sbb dia kerja. Itu pun puas pujuk daddy dia. hoho..

Ok..hana buat scan 3D 4D ni dengan Jezzlyn dari FB 3D 4D Scan Malaysia. Hana buat kat klinik Fauziah dekat Ampang. Kalau korang nak buat 3D 4D scan, hana memang recommended sangat buat dengan Jezz ni. Bayaran pun tak mahal. Cuma RM100 sahaja dan anda akan dapat byk snap shot 3D dan video 4D dalam salinan CD. Jezzlyn ni ialah seorang sonographer. Kecil molek je orangnya. Mcm2 yang jezzlyn buat dan cuit2 supaya baby tunjukkan muka dia. Sbbnya anak mommy ni kaki dengan tangan2 semua dekat atas muka. hahaha..kata Jezzlyn, baby u ni ganas. kuikuikui..agaknya sbb mak pak dia ni suka benor tgk bola tu yang sampai kaki2 kat muka tu..hahaha..Baby, sila sopan2 sikit kat dalam perut mommy tu tau. Ni tgh duk type ni pun terasa kick dia. hahaha..

Nak tengok keletah dia? hehehe..



the MOST favourite pose.. Baby hana tengah senyum sambil buat thumbs up.. hihihi..nak tergelak tgk pic ni. pandai plak dia sambil tidur pose gini yea? hehehe..dalam pic ni nampak dah hidung dia ikut daddy dia!! hihihi..
Hana nak minta bantuan korang..weeeeee..Siapa2 yang sudi, meh la LIKE pic ni kat SINI. Tapi sebelum tu korang kena click LIKE kat FB page 3D 4D Scan Malaysia. Pastu baru click LIKE kat link INI. Hana suka2 masuk contest ni. Contest ni berakhir 31 Dec 2011 ni. Jadi, kalau sudi click2 yea. Thanks korang!! =)


hah..kan dah kata..nak beraksi lah tu..sampai kaki2 dah naik ke muka..hohoho..

Yg ni 4D video nya:

Baby hana ni tgh lapar. Semua jari dia nak cuba hisap..ngan jari2 kaki pun kalau boleh nak dimasukkannya kat dalam mulut.huhuhu..

Alhamdulillah..sekarang hana dah 26weeks. Berat baby pun dah 833gram. Tapi berat mak naik lebih2 smpi 8kg!! huhu..takpelah..asalkan baby mommy sihat kat dalam tu. yea? Hana berdoa agar anak mommy ni jadi muslimin/muslimat yang mempunyai akhlak yang baik, sihat sentiasa dan lahir ke dunia ini dengan selamat..amin....

p/s: buat 3D 4D mstlah dah tau gender kan? hahaha..tunggguuuuuuuu..

Tuesday, December 20, 2011

Ada apa dengan nama baby?

Salam,

Just nak share mengenai penamaan nama bagi anak2 kita. Semalam banyak lah juga post2 dari FB mengenai nama2 ni. Ada yang mengatakan nama2 itu nama2 anak jin. Wallahualam..Ada juga tindakbalas dari ustdz yang berbeza mengenai perkara ini mengatakan sebaliknya. Hana bukanlah arif mengenai nama dan maksudnya. Yang hana tahu, kalau kita bertanyakan pada ahli agama dan rujuk dengan sumber2 yang dipercayai mengenai maksud nama itu, insyaAllah ianya akan jadi satu nama yang baik kelak.

Meh hana share post2 di FB dua-tiga hari ni mengenai nama2 ni:


Dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9, Ustaz Sharhan Shafie pengamal perubatan Islam menyatakan nama² berikut merupakan antara nama² anak Jin.. walaupun maknanya bagus.. kerana nama² ini boleh mendatangkan penyakit misteri..

1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zakuan/Zaquan
5. Batrisya
6. Erisya

Jadi janganlah sesekali mengambil nama² diatas untuk nama anak² kita.

PERINGATAN dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka² yang bernama yang sedemikian TIDAK perlu untuk MENUKARKAN nama tetapi perlu menukar PANGGGILAN kepada yang lain.. sbgi contoh klu SITI NAJWA.. dari dipanggil Najwa ditukarkan kepada SITI..


Tindakanbalas dari penyataan di atas (Dr FB cousin hana):

Sejak dari semalam, ada di kalangan rakan2 saya di facebook yang share tentang nama-nama anak jin. Nama yang dimaksudkan adalah : 1. Balqis 2. Qistina/Kistina 3. Najwa 4. Zakuan/Zaquan 5. Batrisya 6. Erisya 7. Mazda, kononnya jika ibubapa beri nama itu pada anak mereka, akan ditimpa penyakit misteri. Yang menyebarkannya pula mendakwa ia adalah kata-kata dari Ustaz Sifulan bin Sifulan dari program Tanyalah Ustaz TV9.

Baik, ini jawapan Ustaz Zaharuddin.net :

Respon 1 : Tiada sbrg dalil yg sohih berkenaan nama2 tertentu adlh nama anak JIN, lalu dikatakan jika diguna & dipanggil kpd anak kita, lalu anak kita akan ditimpa penyakit misteri. Hal ini sama sekali TIDAK BOLEH DIPERCAYAI, malah bercanggah dgn firman Allah surah al-Naml ayat 65. Malah boleh termasuk dlm men'sial'kan nama tertentu, jika itu berlaku boleh jatuh syirik, Nabi bersabda :اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ ، اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ Ertinya : Sial menyial itu syirik, sial menyial itu syirik ( Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi). Berhati2lah.

Respon 2 : Saya baru sahaja menghubungi Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din berkenaan nama-nama yang dikatakan anak JIN, beliau MENOLAKNYA dan juga menggunakan ayat 65 surah an-Naml menolak pengalaman tertentu sesiapa jua yg mengatakan nama2 tertntu boleh membawa penyakit misteri. Cuma hanya ada nama JIN yg disebut di dalam hadis shj yag elok tidak digunakan spt Azazil, Wiswas, Khannas, Murrah, Harb, Soba & brbp yg lain disebut dlm hadis, Itupun tidak sohih jika guna maka akan kena sakit misteri. Ia bercanggah dgn Al-quran.

Pasal nama-nama ni, hana dgn husben kira mcm dah sepakat untuk namakan baby kami ni nanti dengan ...........hehe..rahsia lah kan?tapi itu baru senarai nama perempuan. nama lelaki tak ready lagi. Bak kata daddynya, ala susah2 kita namakan anak kita Siti Wasatiah atau Ahmad Wasatiah sudah. sederhana je semua..muahahaha..Mommynya terus memberontak tak nak! hahaha.. =p

Friday, December 16, 2011

pubic pain during pregnancy

Salam and Hi!

TGIF! jadi boleh la update sket2. ok, FYI, hana dari 1st trimester mengalami lower back pain and bila dlm 2nd trimester hana mengalami pulak pubic pain (Sacro-Illiac joint pain or pubic symphisis). huhu..sakitnya hanya Allah yg tahu. Tapi hana layankan aje. Maybe sebab dah hari-hari rasa jadi dah rasa terbiasa. Cuba bayangkan, nak alihkan posisi masa tidur rasa sakit kat pubic tu.huhu..menyucuk2..ouch! bila jalan pun kadang2 rasa sakit.huhu..

Last weekend pergi symposium women sports medicine kat hospital serdang. Dekat aje! Setakat cross bridge 5min je dari faculty. hehehe..Dalam byk2 topic ada 1 topic pasal exercise in pregnancy. Physiotherapist tu bagitau yg kalau kita buat pelvic floor exercise boleh lah minimizekan kita punya lower back pain and pubic pain. Dan ada banyak faedah lain which is memudahkan kita bersalin nanti serta kembali ke shape yang asal after deliver. =)


ini general exercise..

waahh..semangat lah sikit kan nak exercise! Tapi, korang jangan buat vigorously. Buat sekadar yang termampu seeloknya heart rate tak lebih 140beats or bila kita buat exercise tu kita tak semput and masih mampu bercakap dgn baik. Maknanya intensity exercise kita tu ditahap yg betul lah kiranya.

ada dua video untuk buat pelvic floor exercise (pelvic rock and pelvic tilt) tersebut. Watch the video here and here.

tips: awal2 pregnancy sgt recommended utk mempunyai postur berdiri, berjalan dan duduk dgn betul. sbb graviti org mengandung akan berubah bila belly kita makin membesar. ini juga salah satu sebab kita dapat lower back pain.