Blockbuster Deals!!

Monday, September 3, 2012

Raya Galore: ep.2


Assalamualaikum,

hihi..syawal masih berbaki lagi. Jadi dgn itu, hana nk sambung la cerita raya hana.. Slps 2hari beraya di K.Pilah,kami bertiga pun bertolak la ke Kota Bharu. Ya,inilah perjalanan kami yang pertama bertiga-tigaan yang paling jauh iaitu hampir 11 jam di atas jalan raya. Dari Kuala Pilah kitorg ikut Serting-Muadzam-Gambang-Jabor-K.Bharu. Nasib lah jalan tak jam dan baby AR tak meragam. Memang behave je. lagipun dia naik je kereta mmg tidur. Syok agaknya duk dalam aircond pastu rasa cam terbuai2. hahaha..


on the way. di pekan kuala pilah.

Biasalah kan kalau raya2 ni tak jumpa accident. Tapi alhamdulillah, tahun ni tak berselisih dgn accident2 yang ngeri..huhu..


Masa sampai Gambang hana drive sampai kat Setiu kot. Sbb husben dah ngantuk sangat2. Tu lah malam sebelumnya husben duk sibuk tgk game Man U sampai kol 3am. Mana nya tak ngantuk. Terpaksalah I jadi supermak jap jaga anak, susukan anak, pastu drive..phewww..


Bila sampai je Kota Bharu, jem tak hengat! Banyak gila kereta.. huhu..sampai je rumah atuk, phewww lega! Sebab dah malam sampai sana. Takut lah AR meragam ke apa kan sbb berjalan seharian dalam kereta.
Pemandangan Kampungku..Belakang rumah atuk ni ada sungai besar =)


Ketupat palas!! ada inti serunding..nyum nyum.. 

Pastu esoknya, berjalan sakan lah kitorang beraya. hehe..Ni first time baby AR jumpa org KB. So, excited lah semua org nak dukung2 dia. =)

ahhh..habis tangan baby AR kena ketip dek nyamuk..huhu..

harini kita pakai stripe2 ye anak? hahaha..

masa ni konvoi dgn ayah nak ke pasir puteh. kalo konvoi ngan ayah mesti pakai menda alah ni. Sera Bravo Mike roger!! hahaha.. Time ni nak pergi beraya ke rumah keluarga angkat hana.

Tahun ni raya aktiviti sana sini mesti BBQ. Kalini BBQ seafood, ayam n sosej.

Kitorg ni kalau raya mmg tak sah kalau tak pegi kedai chek (makcik hana). Sbb dia raya ke-2 mmg dah bukak kedai. Jadi kalo nak beraya dengan dia mmg kena pegi kedai dia je. huhu..

Kalau korg pergi kota bharu, singgahlah ke Hazel Batik dan Songket. Butiknya betul2 depan New Pacific Hotel Kota Bharu ni.
Setel beraya kat butik chek, singgah plak ke kedai sepupu hana Hazel Jewel (Kak Yin) di Hotel Renaissance, KB. 
Baby AR dgn taukey hazel jewel..



Itu ajelah sedikit sebanyak pengalaman kami ddan baby AR beraya di Kota Bharu. Alhamdulillah, baby AR dapat juga merasa beraya dgn Tok Ki dan Tok Wan (moyang baby AR) dia kat sana. Tapi, sayang tak sempat nak snap pic ngan nyang dia. InsyaAllah nanti kalau ada rezeki raya haji balik sini boleh lah ambil gmbr..

p/s: boleh ke bang balik kg ayg lg?? kahhhhh...

Published with Blogger-droid v2.0.3

3 comments:

cha said...

Jauhnya u 11 jam. So far i tak pnh lg roadtrip jauh cmtu huhu. Mesti byk dapat duit raya kan baby hehe

mommychaa said...

muka baby nak duit raya tu sangat comei okeh!

fana said...

seronok nyerrr