Blockbuster Deals!!

Tuesday, July 23, 2013

Tragedi sebelum raya 2013

Assalamualaikum,

Sampai sekarang rasa sedih, sesal dan macam-macam lagi perasaan. Walaupun sebenarnya takdelah besar mana tragedinya. Tapi....... bagi hana ianya tetap menyedihkan. Walaupun bukan hana yang punya.

Ceritanya begini.. Semalam, hana tengok kat group gojes diorg upload banyak gambar baju raya untuk anak2 mereka. Pastu, hana terdetik nak test la baju raya Aisy yang hana bawak dari Malaysia. Dalam entry yg lepas hana memang dah mention yang hana bawak baju raya Aisy siap2. Jadinya semalam buka luggage bag Aisy. Excited nak acu try test kat Aisy. Puaslah duk kirai-kirai sehelai-sehelai baju dalam beg tu. TAK JUMPA! Masa ni dah nak nangis dah.. Pastu tenangkan hati lagi.. Hana selongkar sume almari. Still TIADA.. Carik lagi dan lagi.. memang SAH. HILANG!

Baju tu hana last pegang dan belek2 masa hana duk rumah kat Regent St. Siap tak bukak lagi dalam plastic. Neny aisy ada sertakan 2 pasang socks matching dgn baju tu. Sepasang hana keluarkan sebab kebetulan aisy demam. Hana tutup balik plastic simpan balik dalam almari. Itu meyakinkan lagi hana memang baju tu sampai ke bumi Australia ni dgn selamatnya. Tapi apakan daya.. takde rezeki Aisy nak pakai baju comel berbunga jingga berdaun hijau. Ingat nak sedondon dengan mommy sebab baju oren hijau jugak. Nampaknya tak dapat lah merasa.

Kecoh kejap dgn adik dan neny aisy. Sedih2.. Neny aisy dengar je khabar ni terus pergi kedai malam semalam jugak cari baju raya Aisy. Walaupun baju tu mahal (baju cinonet pun nak RM100), neny Aisy belikan jugak. Terharu.. Nampaknya kena tukar plan. Kena tukar tema kaler hijau, biru, purple. Sebab haritu bawak baju batik cotton color tu.  Kira boleh lah tu ada biru2 purple kat baju aisy tu.
Tadi mama (neny aisy) call cakap dah on the way ke Pejabat pos. Beria-ia mama sertakan macam-macam dalam tu. Yg pasti baju kurung Aisy yg satu itu, biskut raya 4balang, telekung, sampin daddy aisy, tudung mommy dan jugak turban sikenit ni. Hihi.. Ntah macam mana lah rupa si kenit ni pakai turban. hahaha.. Mama cakap tadi mama carik tudung kecik ada jmp satu tapi terkoyak plak. Tinggal tu satu je. Pastu jumpa turban comel mama belikan. Beria kan nenek Aisy?

Adik sent pic baju kurung English cotton ni smlm.. Comel..

Anakandanya ni hanya mengadu nakkan baju raya aisy je. Tapi mama poskan macam2 plak. Terharu rasa. Harapnya sempat lah parcelnya sampai sebelum raya. Korang doakan ya?

11 comments:

hayati hashim said...

Alala
sian aisy.. mujur ada neny bole belikan smula.. semoga segala yg neny pos tu selamat n sempat sebelun raya ye aisy...

yUmiE AzuRa said...

ade hikmahnye baju raya aisy hilang hana.tgk nany post mcm2 ha tuk ank cucu die.hihi

CikNaa said...

chantek nye corak dia..

~ NANA ~ said...

alaaa knp i mcm sedih je ek baca entry ni? terbayang hidup kat perantauan...baiknya neny aisy sampai sanggup poskan macam2 *terharu*

eh i pulak yg over...haha

Mimy Hamid said...

akak baca starus fb..nasib tak terlewat lagi hana...ada rezeki aisy dari neny

Chekgu Azrine said...

inshaAllah..nanti Allah gantikan yg lebih baik..setiap satu pasti ada hikmah..

Mommy_Cha said...

comelnya baju butterfly dia tu :)

Linda Yusoff said...

tetibe i rs mcm bestnya sambut raya di perantauan. mcm belajar berdikari dibumi asing gitew. Takpe, takde rezki baju tu, ade baju lain. nnti update sambutan raya kat sana ya.

LisaLisut said...

cntiknyaaa baju raya aisy.cute! awww nenek so sweet...terharu..mst dia rindu aisy!:)

Ros Anis Rusli said...

cntiknya baju rama2 ni..

cha said...

ala kesiannya. harap2 sampaila baju tu. dh smpai belum hana?