Blockbuster Deals!!

Tuesday, August 20, 2013

Raya di perantauan (Toowoomba-2013)

Assalamualaikum,
 
 
Seronok tengok suasana hari raya bila blogwalking kat blog uolss. Kami kat sini, beraya secara sederhana sahaja. First time beraya kat perantauan yang jauh dari family, terasa lain sangat. Takde adegan salam-salaman dengan mama ayah dan adik beradik. Sobss.. Video call je lah yang jadi penghubung kami. Tahun ni jugak aisy tak dapat collect duit raya. hoho..
 
rindu dorg ni. From left: lil sis, mama, mak ampang, abah ampang, ayah, bro.
 

Beraya kat Toowoomba ni boleh dikatakan seronok jugak. Mungkin sebab ramai komuniti Malaysia. Tapi ada juga yang tak bestnya. Masa nak tentukan hari raya jatuh hari apa. MasyaAllah, mcm2 pendapat. Kat Malaysia raya hari Khamis kan? Kat Australia ni anak bulan kebetulan tak berapa nak nampak sebab terlalu muda. Jadi banyak perbalahan yang kata Nampak anak bulan, ada yang kata takde anak bulan. Jadi kitorg ni dah terpinga-pinga nak raya ke tak hari khamis. Mufti Australia kata raya khamis, tapi Queensland Islamic Association kata raya jumaat. Camno tu?? Disebabkan tak berapa yakin, jadi kami puasa lagi sehari dan beraya pada hari Jumaat. Nasib baik kat Aussie puasa sekejap je. hihi..
 
 
Raya pertama, kami berkumpul di salah sebuah rumah komuniti Malaysia. Dari hari rabu lagi kitorg buat persiapan masak-masak ni. Macam-macam yang diorg prepare. Nasi impit, kuah kacang, masak lodeh, sate, rendang antara juadahnya. Jom tgk mcm mana kami beraya kat Toowoomba ni.
 
Aisy di pagi raya. Elok je ikat rambut. Tapi bertahan sekejapan je.. Ni la baju yg neny pos. =)

Ini antara juadah. Masa ambil pic ni awal lagi. Tak susun semua lagi.



Mommy and aisy.. Tgk, rambut dah lepas dah..

Daddy dengan aisy..
 
My lil family..

Ini kawan2 aisy. Sibuk dorg ni nak jaga aisy.

Daddy as usual tukang bakar satay.
 
Ini sate yang baru lepas siap cucuk. (Source: Cik Mat)
 
Sate yg tengah dibakar.
 
Sedia untuk dingap!
 
lepas sume dah siap makan, sesi gambo reramai plak.. Ini geng mak bapak.
 
Ini geng anak2.. (Source: Fara)
 
antara photographer di hari kejadian.
 
 
aisy ngan boyfriend.
 
 Ini aktiviti belah malam. Main bunga api lah plak! Abaikan mommy dah comot.
 (Source: Cik Mat)
 
Coretan MALAYSIA dengan bunga api.. A yg kat tgh tu hasil tangan hubs. (Source: Fizi photographer)

 
 Itu antara agenda hari raya pertama. Hari Ahadnya pula, kami ada multicultural and language festival di CBD. Malaysian community bukak satu booth untuk perkenalkan budaya dan makanan. Jadi kitorg pakai lah baju tradisi dan sediakan makanan Malaysia yang antara diorg masak ialah nasi lemak dan nasi minyak. Laku betul sebab free kan? hahahaha.. Ada sorg makcik Korea ni makan nasi lemak bertambah2. Sedap sgt tgk gaya dia makan. Kat bawah ni antara pics masa festival.
 

 
 
Ibu ngan anak main belon.
 
 
makwe pakwe.. tgk pakwe siap berkerongsang lagi songkok!
 
tengah2 booth..
 
nak balik dah..
 

ini dah balik.. round2 pekan jap.
 
So, itu je lah sikit sebanyak cerita raya kami. Lepas pada tu takde lah open2 house mcm kat Malaysia. Rutin kembali seperti biasa. Pergi lab, kerja dan sebagainya. huhu..

 

 

Nah penutup! Karya adik Fara combinekan pic tiga org ni buat mcm komik!. hahahaha
 

Pelakon: Faris, Aisy and Kimi. Baju kurung ni plak mak Faris jahitkan. Comel sgt. Pastu tak nak ambil upah plak tu. Segan mommy Aisy.


 

 


 

11 comments:

Farah Shahidah said...

haii...nice belog....
waaa macam happening je beraya kat oversea...sangat jeles...anyway tenks for sharing experience kay...
ade rezki nak rasa jugak..huuuu

Nanie said...

ome day teringin nak g aussie. nak bawa diri jauh2. :(

~ NANA ~ said...

nampak meriah walaupon kat negara orang! mak jemah sgt vogue ok!!

si aisy tu lama2 dah nampak mcm muka anak org korea...haha...comelll sgt!

LisaLisut said...

glamor baju Hana.

lepas rmbut la ayu mama.berikat nmpk comel.hehe

Unknown said...

even jauh tp tetap meriah hana.so xdela terasa sgt kn beraya jauh dr family??
aisy comel betul le.pipi nmpk labuh je sejak duk sne.hihi

Chekgu Azrine said...

still nampak meriah jugak..selamat hari raya!!

Fara Atiqah said...

hi hana, i was blog hopping and found your blog.

salam aidilfitri from malaysia.. :)

DYatie ABakar said...

syukur Alhamdulillah ada ramai jugak orang2 kita kat sana leh nak celebrate kan.. selamat hari raya hana!

hana yoriee said...

Fasha: Thanks for dropping by. =) InsyaAllah kalau ada rezeki boleh la rasa.

nani: Meh la dtg sini.Kat sini aman je suasananya.

Nana: Baru lah nama mak jemah kan?? hahaha.. tp xleh celen org akai Emily..hihi.. haha.. korea/jepun sume ada kat aisy ni.

lisa: auwww..malu! Beli collection ezuwan ismail 2012 punya je. Org pakai design latest2 kita pakai yg lama2 jadilah.huhu.. Oh..lepas rambut lg ayu yea..ok2, lps ni lepas je lah rambut aisy ni. hahaha

Yumie: Alhamdulillah duk sini nmpk cam serasi ngan aisy. =) tu nmpk lah berisi sikit. hihi

Azrine: Salam aidilfitri utk u juga..

Fara: Hi! Thank you so much for dropping by. Happy Eidulfitr from us in Toowoomba. Hope to see u more after this =)

Yatie: ha ah.. nasib ramai muslim terutama melayu kat sini. syukur sgt at least dptlah rasa beraya. hihi


cha said...

you comelnya aisy. memang pipi dia merah eh kat sane haha. nak buat menantula klau dpt baby boy haha comel giler. dhla baju rerama

bestnya raya tempat org. hrp one day dapatla i pg sane hee

hana yoriee said...

cha: ha ah..time winter sbb sejuk pastu kulit kering tu merah2 tu. haha..jom kita berbesan cha! Baby cha n kazaa mesti lagi comelsss... =)