fuhhhh.. rindu ngan ruangan disini. Banyak perkara sepanjang tempoh tidak berblogging. Tapi takpe, insyaAllah sementara free ni boleh la update selalu.
Pejam celik pejam celik, 3 tahun dah berlalu saat manis diijab kabulkan dengan suami tercinta. Rasa macam, eyh.. baru semalam je tgk cik abg salam tok kadi.. tup tup dah 3 tahun. hahaha.. tahu tahu, bunyik mcm cliche kan? Tapi itulah yg dirasai. Dalam perkahwinan dan perhubungan suami isteri memang banyak manis dan masamnya. Rasanya semua pun macam tu kan? hihi..Tapi itu lah, hari-hari kita belajar mengenai pasangan kita, perkahwinan kita. Kadang ada hari suram, nak kena tahu macam mana nak warnainya balik agar ia ceria kembali. hurmmm..
Semalam, 9 Disember 2013 genap 3 tahun. Si isteri konon nak buat surprise untuk hari istimewa ni. Alhamdulillah menjadik walaupun masanya singkat untuk prepare apa yg patut tambahan lagi dengan si kecik yang nakkan perhatian utk bermain bersama. Nasib baiklah dah train Aisy ni tidur awal. Daddy pergi kerja lepas maghrib terus bagi Aisy makan dan susu. Bila dia dah kenyang, terus mommy ke dapur on project! hehehe..
Tung tang tung tang hana masak di dapur. Sebenarnya blank takde idea nak masak apa untuk jangkamasa singkat. Tengok periuk nasi ada nasi lebihan lunch terus tinggg!! idea, nasi goreng pun sedap ni. Potong bawang, defrost udang, potong sayur pastu goreng. Siap nasi goreng. Tengok dalam freezer, ada hashbrown ngan salad, apalagi, deep fry hash brown and then terus gaul salad ngan sos coleslaw. Buat air, Siap! oh oh lupa.. mini rainbow cake tu dah sesiap bakar petangnya sbb hubs kerja petang tu. Malamnya slice kan ikut layer and panaskan choc ganache pastu sapu antara layer. alang2, amek writing icing, deco sikit atas pinggan..hihi..jadilah kek comel yg dihias tu. =) Simple je kan? Taraaa..inilah dia.
with lights on..
romantik sikit kalo padam lampu kan?
Hias cecantek atas meja (tumpang meja Aisy) ala2 candle light dinner kat hotel. Actually, nak buat kat deck belakang rumah. Tapi angin kuat plak terasa sejuk. Tak larat nak tunggu malam2 sejuk2 kat luar. Tu yang tumpang meja Aisy tu. Lap2 meja, susun cecantek, tulis kat kad sikit madah2 cinta tu kan? kahhhh.. Pastu wangi2 sikit, sapu2 la pape yg patut bedak ke apa.. Pastu tunggu cinta hati balik. hihi.. Pastu sendiri paham je lah ek? kikiki..
throwback all the wonderful days from 2010 to 2013
Happy 3rd Anniversary to us =)
Ok lah, jumpa lagi dalam entry akan datang. maybe akan update outdoor bbq and fishing with family and friends last weekend. Tungguuuuu..
5 comments:
done follow sini no 468 :)
untung nyeeee... suke tengok tau!
sweetnya... good idea darl...
awwwwwwwwww so sweet :) may both of u happy live forever
Wow...bestnya sambut anniversary camni..romantik tau..hehe
Post a Comment