Blockbuster Deals!!

Friday, April 18, 2014

Brown's Lab Retreat: Ballandean, Queensland

G'day mate!

Last 3 days, kami sekeluarga pergi ke Ballandean untuk lab retreat (a.k.a Research Strategy Meeting) dengan semua geng lab dan supervisors. Retreat ni bukan lah retreat yang macam ala-ala vacation gitu tau. Huhu..Tapi retreat ni bangun pagi je semua cerita ilmiah. Lepas breakfast terus duduk kat couch, bukak laptop sambung writing manuscript. Setiap orang masa retreat ni ada aim masing2 apa yang akan dicapai. Ingatkan boring habis lah! Tapi oklah, at least lari dari suasana opis dan pergi ke tempat yang suasana nya nyaman dan buat kerja dalam keadaan yang lebih santai di dalam rumah dengan boss. Terasa kelakar bila pagi2 nampak sv bangun dengan pyjama duduk dalam satu rumah yang sama dengan kitorg. Hahahaha..

Sebelum pergi ke Ballandean, kami singgah di Warwick dulu untuk jenguk mak Lindsay.



Dalam pukul 2 pm mcm tu sampai lah kami di James Farmhouse and Cottage. Jom tgk rumah yang kami nginap untuk 3hari 2 malam tu. Rumah ni mmg rumah klasik aussie.

Ini pandangan sisi rumah.

Ini pic source dari website farmhouse sendiri.

Dining hall

Kami dapat master bedroom. Bilik paling besar dalam rumah ni. hihi.. Sume kaler purple.

ada 1 queen bed and 1 single bed

ini plak living room. Tgk fireplace dia. Mmg klasik.


Taraaa... rumah ni masih kekalkan wood stove. Hihi.. Tapi kami tak sempat nak try pun. Pakai je dapur gas biasa tu.


Ini ruang belakang rumah, ada tempat bbq sume.


View dari hadapan rumah.Ladang anggur. Tapi tak sempat pun nak ambil gambar anggur sbb rupanya dah harvest. So, yang ni sume belum musim lagi.

ini one of our lunch menu. Semua masak sendiri.

aisy dan signboard.

vintage kan almari ni?

2nd night dinner.

Salmon with caviar ni member sebelah yang makan $39.


Ini yang hana pilih. Baramundi, prawn and potato $39.

Dessert plak hana pilih cardamom creme brulee and turkish delight $12. 

Selesai retreat, ada banyak lagi kerja yang perlu disiapkan untuk mencapai misi masing-masing bagi tahun 2014. Semua mainly tertumpu pada publication. Harap2 semuanya dipermudahkan. And lupa plak, Khamis depan hana kena present untuk PhD confirmation. Wish me luck guys!

2 comments:

Umie Aisya said...

bestnya hana. klasik gila almari tu. good luck on your presentation.all the best! :)

Unknown said...

Good luck Hana!