Blockbuster Deals!!

Thursday, August 21, 2014

Road trip to Sydney: Part 4

Howdy!

Feeling so good that it almost weekend. Yessss, really can't wait for this Sunday to come! Okay, let's start with Sydney. heeeee

Previous entry (Part 3): click here

Alright, after having so much fun at Mt Buller we drove straight to Sydney again. This time we coincidentally found the Big Merino when we filling up the fuel at Shell. Hahaha.. At last jumpa jugak because the first time when we went to Canberra we really wanted to see this Big merino but too bad, we are running out of time to re-route and search for it again and again. Alhamdulillah, this time tak payah nak pasang gps carik. Rezeki jumpa terus! hihi.. Tapi jumpa pun dah malam. Husband ada snap pic tapi pic dia dgn member lah plak. So , this picture I googled and found it. Rezeki jugak Aisy dapat toys big merino ni as souvenier from Iqbal. Thanks Iqbal!  

source: http://goughlui.com/?p=4660

This time around, we reached Sydney at 2.30 am. Selalu benar late check-in. Nasiblah semua owner/manager for all our accommodation sangat memahami. We stayed at Manly beach house and the owner was so friendly. Sampai buat Aisy ni macam cucu dia sendiri lah.

our room for the night. 1 queen and 2 singles. Padahal 3 beranak duk satu katil je. hahaha. Ada sky window blh tgk bulan bintang.


the common living room and kitchen


kira macam lobby lodge ni lah. Aud110/night.

Pagi at 9.30 am, we already check-out because we already planned many activities around Sydney on day 8. Owh, before that Manly beach ni sangat cantik persekitaran dia. Kalau berpeluang round2, sila jangan lepaskan peluang. Tanpa berlengah lagi, kami terus menuju ke check point pertama iaitu Paddy Market. I thought that this market macam jual barang2 local made lah gitu. Tapi tak pun. Penuh dengan orang Korea, China, Indonesia yang menjual souvenier and baju2. Most of it memang Made in China. Tapi memang murah lah semua souvenier kat situ. Fridge magnet you can get 1pc for $2 macam tu and you can get 3 shirts for $18. 

In front of Paddy Market

Dah puas borong, kami beredar untuk aktiviti seterusnya. Here comes the drama! Actually, to prevent the difficulties to search for parking around Sydney we already booked a parking in advanced before we started this trip. It's a $22 for 1 day parking with Wilson at Harbor side. Malangnya, van yang kami naiki tak muat masuk parking! Haihhhh... the max height is only 2.0m! Adoi..semua pening mana nak parking. At last, we just parked our van nearby Paddy Market where all the tourist bus and van parked their vehicles. Dan yang paling bestnya, parking kat situ PERCUMA! hahahaha.. Sabo je lah. Tapi terpaksalah jalan sikit dalam 20 minit untuk ke Darling Harbour. Tak kisahlah, janji dapat jalan2 around Sydney. Masa jalan2, tetiba nampak train ni berlegar2, apa lagi terus tahan dan naik sebab train ni memang akan round satu Darling Harbour. It was $7 for adults kalau tak silap. Tak ingat dah..

Iqbal and family on the train.

Yeay, sampai terus click2. Aisy and mommy at Darling harbour.

with a background view of Maritime Museum.

In Darling harbour, there are so many things you can do. But, we chose only to go to Madamme Tussauds. Entrance fee to Madamme Tussauds is $32 if you buy online. Next to Madamme Tussauds, they got Sea Life and Wild Life. Disebabkan kat Gold Coast pun banyak Sea life sea world and wild life etc jadi memang pergi Madamme Tussauds je. In Sea Life ada restoran yang jual seafoods. So we grab our lunch there. Ok jomlah layan pic dalam muzium patung lilin ni. Kat bawah ni adalah antara berpuluh-puluh gambar yang di snap dalam tu. hahaha

At Madamme Tussauds entrance. Can you see the Koala? A real one tau. Hana pun ingat mula2 patung je. Sekali dia gerak. hihi..

us with the majesty. Tapi aisy ni sengaja spoil gambar mommy!

me and madamme

Do you want to join us?

ni lah hero cerita petang2 kami.. Home and Away.. hahaha

ahhh..ini memang hero idaman! kuikuikui

abg, tak yah nak ngendeng sangat. Kang marah Brad Pitt tu!

Dah habis round2 dalam Madamme Tussauds, kami pun lepak2 jap sebelum naik ferry ke Sydney Opera House. This ferry to Opera house cost only $6/person one way. 

while waiting for the ferry. OOTD: Shawl by Sincerelybyusshawls, tops from Target, pants from Bardot and boots from UGGaustralia.


our sunset view in front of Sydney Harbour Bridge.


me and the Opera House! We snapped this picture on on the ferry.

Berakhirlah sudah episod di Bandar Sydney! Kami bertolak dari city at around 8 pm untuk berjumpa dengan family Prof Wan sebab Iqbal dah janji nak jumpa dia. So, terus kami ke alamat yang diberi dan alhmadulillah, rezeki lagi. Kami dibelanja oleh Prof Wan untuk dinner malam tu. Kenyang dan makanannya super sedap! Kalau korang ke Sydney (kami makan di branch Campbelltown), cari Rashay's, they served Halal food here.

kaki dessert macam ni lah! Mars cheese cake.

Nutella frappe.

Steak and chips. Patut mintak Medium untuk steak tu. hoho..

That was it our trip in Sydney! Really had so much fun there. InsyaAllah kalau ada rezeki untuk ke Sydney, kami nak try ke Blue Mountain plak. hihi..

Bersambung lagi untuk Part seterusnya =p ... daaaa...















Monday, August 18, 2014

Road trip to Mt Buller, our first experience with SNOW : Part 3

Hello!

Melbourne trip, Part 2: Click here

So far, my monday is so productive! Lunch hour now, so let's update my trip to Mount Buller. Yeay!! We check-out from Redan Apartment at around 9.30am to Mansfield, Vic on our day 6 of the trip. From Melbourne to Mansfield took about 3 hours (Whoever going from Melbourne, you can also check for the packages available for day trip at melbourne Visitor Center). But, ding dong ding dong we reached Mansfield at 1.00pm. First thing we did as soon as we arrived there were surveying for the shop that offer snow gears such as jackets, boots, toboggan and etc. When we arrived Mansfield that day, it was so cloudy and it was drizzling so it was quite cold. But still, unbeatable as compared to Toowoomba when the wind howling like crazy! hahaha..

 Mendung je. This time we check the forecast at Mt Buller the temp showed -5c. Brrr...

We stopped by at SCM (to see full price list: click here) to rent some gear. Hana masa offer haritu dah beli snow pants and boots plak beli from my friends yang dah balik Malaysia. So, dah jimat! Actually, kalau beli masa offer memang tersangat jimat. haritu snow gloves Aldi sell for only $3 per pair (tapi tak terbeli, ciss)! So, kitorang sewa a boot and a jacket for my hubs, a jacket for me and a toboggan for Aisy. Jacket tak banyak pilihan. Either kaler merah or biru! Blergghhhh.. dua2 kaler yang tak digemari. huhu.. We bought 3 pairs of gloves at $17.95/pair, mahal! Glove mmg takde sewa. Tapi, hana tak guna pun glove yang dibeli dan pulangkan balik ke kedai. One thing that is good in Aussie is if you don't like anything/ you're not using the thing that you purchased you can just simply return the goods back. Tapi mestilah in good condition. So, dapatlah duit balik. hihi.. Total damage here is: $118.95 (minus the refund lebih kurang ~$100). Meanwhile, for snow chain the SA said that we'll see the weather tomorrow if you need the snow chain. Snow chain ni diperlukan untuk naik Mount kalau snow banyak untuk dipasang kat tayar kereta.

Settle everything there, we head to High Country Holiday Park for check-in. This time around we got a spa cottage. Antara banyak2 penginapan, yang ni paling mahal untuk semalam which is $265/night. Oklah, puas hati dengan servis dan cottagenya.

View from our cottage

Kitchen

Dining area

bathroom with spa tub

our room

living area


Memandangkan hari pun dah petang, jadi kami rehat2 di rumah sahaja. The next morning baru pergi snowy mountain. Tak sabar!! From Mansfield to Mt Buller took about an hour drive. Sepanjang perjalanan nyaman je pemandangan. Byk lah kambing, lembu semua. Bila dah separuh perjalanan, tetiba nampak gunung yang ada snow cap, gumbira tak terkata! hihi.. Oh..lupa, kami pakai siap2 semua jaket dari Mansfield sebab kang kat atas sejuk terketar2 plak nak get ready! hahaha.. Entrance fee to Mount Buller is $40/car. But, for us because we went there with a bus (toyota commuter) so they count per head! hehh.. So, total: $72. Ok, jomlah kita layan view yang memang sejuk mata memandang. hihi..

Subhanallah. Ini belum sampai lagi, tapi dah cantik sangat dah viewnya. Mount Buller from far.

As soon as we reached there, terus recharge Aisy, kang ngamuk susah plak. Hahaha.. Ini kat tempat parking. From the parking lot, there will be shuttles that will take us to the village.

Yeay dah sampai village! (tak suka jaket biru ni! Kat dalam jaket pki thermal dengan sweater, tu nampak menggelembung je. kahhhh =p)

Aisy sibuk dengan susu, so bagi dia nak naik toboggan!

Our first real snow experience. =D

Snowsuit Aisy member bagi, boots bought from Aldi for ~$13 and gloves bought at SCM for $17.95.

putihhhhhhhhh salju! Jom luncur ngan toboggan, weeeeeeeeeeeeeee...

yeay, we met Olaf!

carrot ada family mat salleh ni bagi haritu. hahaha

chair lift for skier

Bila dapat main snow lagi? huhu


Rasanya, kami dekat Mt Buller dari pukul 9 am sampai 2.00pm. Alhamdulillah, haritu tak sejuk sangat min was -1c dan masa kami datang takde snow fall, sobbbsss. Pemandangannya plak mendung-mendung aje. Tu yang gambar gelap2 je suasana. Kami tak sewa snow board or ski sebab dalam itinerary memang tak lama atas mountain. Jadi nya round-round sekitar Mt Buller, main luncur dengan toboggan, makan donut depan kedai souvenier pastu grab lah fridge magnet 2 ketul dan siap2 pulang.

lama tak jumpa jeram2 ni. Bersih je. haa, inilah sweater yang dipakai dalam jaket biru tadi. 

On the way back to Mansfield, we stop by to see this beautiful creek. Teruskan perjalanan turun Mansfield balik untuk cari makan. Kat Mansfield ada kedai kebab halal. Alhamdulillah. Boleh lah isi perut. Kenyang perut, solat dan siap2 untuk teruskan lagi perjalanan kembara kami yang seterusnya.

From nature to big city is next!







Thursday, August 14, 2014

Road Trip to Melbourne: Part 2 (Fitzroy Garden, Cook's cottage, Queen Victoria Market and Brighton Beach)

Sambungan dari Part 1 : klik sini

Sementara semuanya masih segar dalam ingatan, mari kita teruskan berkarya. ewahhh!

Untuk hari kedua berjalan-jalan sekitar Melbourne, kami gerak awal sikit dari Apartment. Seperti hari sebelumnya, kami ke Windsor train station berdekatan apartment kami untuk ke Brighton Beach. Jarak dalam lebih kurang tak sampai 30 minit naik train. Brighton beach is famous with their colorful bathing boxes. Memang port orang ambil gambar lah kat sini. Cute-cute je bathing box nya. Semangat dan excited lah pagi tu nak pergi, sekali HAMPA!! Kecundang ditengah jalan. Kemain jauh nak berjalan dari station ke bathing box nya. Sedih mak!

This is the view after you have walked at least 20 mins from the train station. Nampak tak yang kat sudut kanan tu yang warna-warni tu? Itu lah dia..

Tambah sedih, separuh dari jalan tengah construction. So, jalan dia mati kat situ seperti yang boleh nampak dalam gambar diatas. Tak boleh nak jalan lagi dah. Ku keciwa!! Adakah akhirnya Hana dapat bertemu dengan bathing boxes ni secara dekat? Nantikan di episod akan datang. Muahahaha..

So, dah kecewa kami pun terus lah melangkah kembali ke stesen keretapi tadi. Penat oii jalan! Next destination is Fitzroy Garden. For the 2nd day tour, this is the main highlight. Sebab dapat menikmati garden yang cantik sangat. I like! Meh kita tengok picture.

Taman dia sangat bersih dan cantik. Tambah lagi time winter, daun kering dan pokok sume tak berdaun. Classic!

my baby girl!

Dalam Fitzroy garden ni ada Captain Cook's cottage. Cottage ni cottage lama yang dibina pada tahun 1755 dan sebenarnya cottage ni dibina di Yorkshire, England tapi kemudiannya shipped to Australia pada 1934. Boleh google untuk sejarah yang lebih detail. Untuk masuk cottage ni ada entrance fee, adult $6 children under 5 FOC. hihi.. Murah je, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk melawat cottage ni kalau datang ke Melbourne!

 Cottage ni kecik sangat. Ini antara gambar yang diambil didalam cottage.
 Di ruang makan.

Us in the middle of Cook's herbs garden =)

Nah..inilah Captain Cook nya! hihi

Settle jalan-jalan sekitar Fitzroy garden, plannya nak pergi Puffing Billy. Yang ini pun nampaknya takde rezeki. Sobssss... Kalau bawak budak2 naik keretapi steam ni mesti best. Takpe nak, next time aisy dah besar sikit kalo ada rezeki kita datang naik ni ya? Hahahaha (sedapkan hati!)


Source : Here

Jam pun dah menunjukkan pukul 2pm mcm tu. Makanya, masa untuk makan tengahari! Jalan-jalan sikit sekitar Melbourne Central terjumpa ada Restoran Nelayan (indonesia) ni yang halal. Jadi terus lah terjah. Alhamdulillah, kenyang.. Oklah not bad makanannya. Lama dah tak dapat makan bakso, dpt pulak pekena bakso lepas lah jugak rindu tu.

bakmi ayam bakso

aisy dengan apam balik kacang choc nya.

Dah lepas makan, kami pun jalan2 sekitar jalan dpn RMIT dan lalu depan State library of Victoria. Library ni pun half on construction. Apelah nasib!

Ramai sangat orang depan library ni.

Lepas lepak2 jap kat library ni kitorg beransur balik ke apartment dan lepas tu naik van untuk jalan2 cari makan. This time kitorg pekena Nasi Ayam Penyet Ria yang direkemen ramai kawan2 kat Melbourne ni. So, haruslah carik! Ayam Penyet Ria ni kat South Melbourne, ya Allah rasa dia memang sedap dan setanding Wong Solo lah. hihi..

 mabeles!

lepas makan ayam penyet, cari dessert plak kat Max Brenner. nyummm!! hahaha.. Nasib kedai dekat2 je.

Winter2 ni cpt je gelap! Sighhh.. Disebabkan hari kedua di Melbourne ni hari Rabu, makanya kami berpeluang ke Night Market (Queen Victoria Market). Nasib yang ni dah survey dulu. Ada hari2 dia siang tak bukak tau! Nak tahu bila dia bukak sila klik sini. Kalau pergi siang mesti lagi best dan lagi heaven untuk beli souvenier. 


Dalam ni ada live band, jualan makanan (kami beli air tebu je) dan barang2 souvenier.

So, itulah dia pengembaraan hari kedua di bandar Melbourne. Hurm, berbalik pada cerita di bathing boxes tadi. Kikiki.. kita sambung je lah part ni! hahaha.. Dengan tekad dan azam terus pujuk rayu en suami! Kali ni tak nak naik train. Mintak dia bawak van pergi ke Brighton Beach. So, keesokan harinya which is the 3rd day in Melbourne pagi-pagi lagi dalam 8.30am kami dah gerak ke Brighton Beach. Alhamdulillah, tak sampai setengah jam pun drive dari St Kilda. Lepas tu yang paling gembiranya, dari tempat parking (berbayar) kereta jalan 2-3 langkah dah sampai depan bathing box tu terus!!! Syukur dapat jugak sampai walaupun pagi tu cuaca tak berapa elok. Hujan..huhu.. (Pengajarannya kat sini, kalo nak datang Brighton beach tgk bathing box ni naik je lah kereta)

gigih tak gigih lah sampai basah jaket kena hujan!

inilah bathing boxes nya.

harga satu bathing box ni cecah ratus2 ribu dollar you!

Sekian dulu untuk Part 2. Next episode ala-ala frozen lah plak! hahaha