Blockbuster Deals!!

Thursday, August 14, 2014

Road Trip to Melbourne: Part 2 (Fitzroy Garden, Cook's cottage, Queen Victoria Market and Brighton Beach)

Sambungan dari Part 1 : klik sini

Sementara semuanya masih segar dalam ingatan, mari kita teruskan berkarya. ewahhh!

Untuk hari kedua berjalan-jalan sekitar Melbourne, kami gerak awal sikit dari Apartment. Seperti hari sebelumnya, kami ke Windsor train station berdekatan apartment kami untuk ke Brighton Beach. Jarak dalam lebih kurang tak sampai 30 minit naik train. Brighton beach is famous with their colorful bathing boxes. Memang port orang ambil gambar lah kat sini. Cute-cute je bathing box nya. Semangat dan excited lah pagi tu nak pergi, sekali HAMPA!! Kecundang ditengah jalan. Kemain jauh nak berjalan dari station ke bathing box nya. Sedih mak!

This is the view after you have walked at least 20 mins from the train station. Nampak tak yang kat sudut kanan tu yang warna-warni tu? Itu lah dia..

Tambah sedih, separuh dari jalan tengah construction. So, jalan dia mati kat situ seperti yang boleh nampak dalam gambar diatas. Tak boleh nak jalan lagi dah. Ku keciwa!! Adakah akhirnya Hana dapat bertemu dengan bathing boxes ni secara dekat? Nantikan di episod akan datang. Muahahaha..

So, dah kecewa kami pun terus lah melangkah kembali ke stesen keretapi tadi. Penat oii jalan! Next destination is Fitzroy Garden. For the 2nd day tour, this is the main highlight. Sebab dapat menikmati garden yang cantik sangat. I like! Meh kita tengok picture.

Taman dia sangat bersih dan cantik. Tambah lagi time winter, daun kering dan pokok sume tak berdaun. Classic!

my baby girl!

Dalam Fitzroy garden ni ada Captain Cook's cottage. Cottage ni cottage lama yang dibina pada tahun 1755 dan sebenarnya cottage ni dibina di Yorkshire, England tapi kemudiannya shipped to Australia pada 1934. Boleh google untuk sejarah yang lebih detail. Untuk masuk cottage ni ada entrance fee, adult $6 children under 5 FOC. hihi.. Murah je, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk melawat cottage ni kalau datang ke Melbourne!

 Cottage ni kecik sangat. Ini antara gambar yang diambil didalam cottage.
 Di ruang makan.

Us in the middle of Cook's herbs garden =)

Nah..inilah Captain Cook nya! hihi

Settle jalan-jalan sekitar Fitzroy garden, plannya nak pergi Puffing Billy. Yang ini pun nampaknya takde rezeki. Sobssss... Kalau bawak budak2 naik keretapi steam ni mesti best. Takpe nak, next time aisy dah besar sikit kalo ada rezeki kita datang naik ni ya? Hahahaha (sedapkan hati!)


Source : Here

Jam pun dah menunjukkan pukul 2pm mcm tu. Makanya, masa untuk makan tengahari! Jalan-jalan sikit sekitar Melbourne Central terjumpa ada Restoran Nelayan (indonesia) ni yang halal. Jadi terus lah terjah. Alhamdulillah, kenyang.. Oklah not bad makanannya. Lama dah tak dapat makan bakso, dpt pulak pekena bakso lepas lah jugak rindu tu.

bakmi ayam bakso

aisy dengan apam balik kacang choc nya.

Dah lepas makan, kami pun jalan2 sekitar jalan dpn RMIT dan lalu depan State library of Victoria. Library ni pun half on construction. Apelah nasib!

Ramai sangat orang depan library ni.

Lepas lepak2 jap kat library ni kitorg beransur balik ke apartment dan lepas tu naik van untuk jalan2 cari makan. This time kitorg pekena Nasi Ayam Penyet Ria yang direkemen ramai kawan2 kat Melbourne ni. So, haruslah carik! Ayam Penyet Ria ni kat South Melbourne, ya Allah rasa dia memang sedap dan setanding Wong Solo lah. hihi..

 mabeles!

lepas makan ayam penyet, cari dessert plak kat Max Brenner. nyummm!! hahaha.. Nasib kedai dekat2 je.

Winter2 ni cpt je gelap! Sighhh.. Disebabkan hari kedua di Melbourne ni hari Rabu, makanya kami berpeluang ke Night Market (Queen Victoria Market). Nasib yang ni dah survey dulu. Ada hari2 dia siang tak bukak tau! Nak tahu bila dia bukak sila klik sini. Kalau pergi siang mesti lagi best dan lagi heaven untuk beli souvenier. 


Dalam ni ada live band, jualan makanan (kami beli air tebu je) dan barang2 souvenier.

So, itulah dia pengembaraan hari kedua di bandar Melbourne. Hurm, berbalik pada cerita di bathing boxes tadi. Kikiki.. kita sambung je lah part ni! hahaha.. Dengan tekad dan azam terus pujuk rayu en suami! Kali ni tak nak naik train. Mintak dia bawak van pergi ke Brighton Beach. So, keesokan harinya which is the 3rd day in Melbourne pagi-pagi lagi dalam 8.30am kami dah gerak ke Brighton Beach. Alhamdulillah, tak sampai setengah jam pun drive dari St Kilda. Lepas tu yang paling gembiranya, dari tempat parking (berbayar) kereta jalan 2-3 langkah dah sampai depan bathing box tu terus!!! Syukur dapat jugak sampai walaupun pagi tu cuaca tak berapa elok. Hujan..huhu.. (Pengajarannya kat sini, kalo nak datang Brighton beach tgk bathing box ni naik je lah kereta)

gigih tak gigih lah sampai basah jaket kena hujan!

inilah bathing boxes nya.

harga satu bathing box ni cecah ratus2 ribu dollar you!

Sekian dulu untuk Part 2. Next episode ala-ala frozen lah plak! hahaha




3 comments:

MOMMYLIN said...

rumah color2 tu sangat mengujakan... huuhu

Chekgu Azrine said...

rumah kaler2 tu ada jd background drama kusinero cinta..hiks

hana yoriee said...

allene: kalau tak silap, rumah kaler2 mcm ni kat cameron pun dah ada tau!

chekgu: wahaha..bila org sibuk sebut kusinero cinta, baru hana nak follow tgk kak. kalo tak, tak tau pun dorg buat pengambaran kat sini.huhu