Blockbuster Deals!!

Wednesday, May 22, 2013

Introducing my new crib

Assalamualaikum,

Sementara ada masa sikit tengah2 buat lab ni, baik cepat2 update blog pasal rumah. At least, release sikit stress dan penat buat kerja. hihi..

Sepanjang hana di Oz, hana dah duduk 2 rumah. Rumah pertama is actually a house. Sewanya AUD295/week. This is cheaper compared to other places such as Melbourne or Sydney. And u got a house (bungalow). Not a unit or apartment. hihi.. Rumah ni ada Living room, kitchen, 1 bathroom with bath tub, 1 toilet, 3 bedrooms and a garage. Dia punya laman sgt besar.. Meh cuci mata.

Ini rumah yg pertama kat Regent St, Darling Heights. Besar kan? Laman pun luas gila. Pastu kena mesin rumput sekeliling rumah. Penat.. Nasib Husben yang buat. hihi..

Ini bilik air dia. Luas jugak la. Aisy suka mandi kat bath tub tu.

Ini kitchen dia. Ada oven, griller, electric stove.

Hana duduk kat rumah 1st lebih kurang 7minggu. Sebab contract 'member' tu nak habis. Jadi, hana kena cari rumah lain untuk duduk. Untuk cari rumah sewa kat sini payah jugak. Kita kena sediakan 100 points (Passport, bank card, insurance card, Mobile registration, Car registration, Driving license, Student ID, FINANCIAL AFFIDAVIT and any photo id). Fuhhh.. Mmg berpuluh jugak lah apply. Tapi takde rezeki lagi kot masa tu. Alhamdulillah, lepas byk kali apply sangkut jugak kat satu rumah ni. Memang masa inspect rumah ni dalam hati, aaaa.. bestnya kalo dapat rumah ni. Dah lah cantik. Rasa nyaman je bila tgk. Masa tu ckp dlm hati je. Sebab takut kecewa kan bila tak dapat. hoho..

Satu hari tu, tgh busy2 tetiba tepon bunyi. Agen tu pun ckp, Hi, I'm Sarah from bla bla bla.. I've went through ur form and its look alright. But, can u pls give us your employment prrof back in Malaysia? Dalam hati, dah dup dap dup dap.. ada chance ke ni? Masa tu dah lah hari Sabtu. Pastu dia call plak masa on the way pergi Direct Factory outlet kat Brisbane. fuhhh..camne la nak hantar suratnya. Pastu dia ckp, its ok. U can submit it on Monday. Waahh, dah berbunga riang sebab rumah idaman tu. Even sewa je pun.. hahaha.. Hari Isnin, pepagi kol 9 a.m terus g submit income tax leaver yg ada bukti sume ngan surat. Balik dari ofis real estate tu tak sampai 10minit dia call. Ok, congrats. We are happy with your application and you've got it! Yeayyy!! Happynya sambil jerit2 dekat husben. hahaha..


Alhamdulillah. Rumah skrg ni ialah unit (lebih kurang semi-d) dan sewanya lebih murah. AUD250/week tapi lebih moden dan cantik rumahnya. hihi..Meh tgk rumah yg kami duduk sekarang.

Ini living room. Siap ada fireplace. Jakun jap. Sekarang ni kitorg bakar kayu api je la untuk panaskan rumah.

Nak pakai letrik heater slalu mahal la plak bil api nya. Terpaksa pakai kayu api atau gas.

Ini plak deck belakang rumah. Meja makan letak je kat sini. Sebab takde lah sempit sgt dalam rumah. Boleh la lepak2 walaupun sekarang sejukkkk.. hahaha

Ini la bilik tido kami. Comey lote je. Ada almari buit-in. Aisy pepagi panjat lompat duk atas mommy dia pastu tampor2 muka mommy kalo tak bangun2. kekeke..




Taraaaaa.. Ini part paling best dalam rumah ni. Kitchen diaaaaa! Berkilat mcm baru kan? Ada oven, dapur ngan dishwasher yo! kekeke.. Mals basuh pinggan masuk je dalam dishwasher. Oppss, bukan malas. Tapi air sejuk kebas tangan. Kahhhh..

 
Ini tempat hari-hari masak. Eceyh..


Bilik air rumah Maplewood. Takde bath tub besar. Tapi selesa. =)

Comey kan?

Ini lah experience berada di tempat org dan rasa mcm2 pesen rumah kat Oz ni. Kalau kat Malaysia tak dapat kot nak rasa melainkan kalau kita design rumah tu camni kan? Hopefully, ada rezeki nanti nak simpan duit boleh lah beli rumah yg selesa kat Malaysia. Amin..





14 comments:

cha said...

Best giler hana. I pulak excited tgk. I mmg suka stulr rumah cmni. Simple je tp mmg dream house la tak pyh nk brg mahal2 ke apa. Suka sangatttt paling suka meja kat deck belakang tu. sukaaaaa aaaa haha sorry i excited lebih

.ieLah. said...

Nanges tgk dapor dia hana..lawa nyaaaaa

Cik Puan Mimi said...

Jelesnye jemahhhh. Iolls mampu tgk je. Huwaaa

Umie Aisya said...

please update more!haha.i suka gila ok kitchen cmtu.bathroom pon idaman.xde bathtub pn dh puas hati cmtu.aaaa jeles! :D

Unknown said...

memang cantik n moden lah 2nd house nie..suka tengok..betul tu..kat malaysia mmg susah nak dapat rumah design cenggitu..hehehe

Mimy Hamid said...

rasa macam tak nak keluar rumah la hana...cantik melampau

Ros Anis Rusli said...

hana....cntik gila umah..besnya..dpt rezeki dok negara org...bekas rempah sgtla cntik okey!

LisaLisut said...

terliur i tgk kitchen!bole tiru idea hahaha. bestnye hana.rs nk pindah luar malaysia*ttbe* haha

Nadt said...

cantekkk sangatttt..bertuahnya dapat dok rumah macam ni.

~ NANA ~ said...

nak jalan2 pegi rumah hana la nanti...hahaha

Shakina Farhan said...

oh!!! bestnye!!! both rumah kina suke..

hana yoriee said...

Cha: deck yg blkg tu mmg special. Sbb dia transparent, jadi kita boleh nikmati keindahan sambil2 lepak kat situ. hihi..

ielah: hihi..kena jaga elok2 dapur ni. sbb cantik sgt!

mimi: toksah lah jeles. Kalau hana beli rumah ni takpe jugak. Nanti kita beli rmh buat gini k?

umie: best la dah boleh start deco2 n design utk rmh baru!

Rozax Aniey said...

k.ana, best!! nnt sy p towomba, tompang rmh k.ana je la...hehe. walaupun mahal (berbanding rmh sy kt sini, tp, berbaloi2..)

Hafizah said...

salam kenal..bestnyer duduk oz... nk jugak..huhu..=)