Blockbuster Deals!!

Wednesday, December 28, 2011

Happy Birthday Husband~

Hi Abang..Assalamualaikum..
(ala..tau abg tu stalk blog ayg! =p)

Happy Birthday to you..ok, kita dah sebaya balik! hahaha..

Hopefully, dengan menginjaknya usia abang ni..harapnya:
1. Abang dimurahkan rezeki oleh-Nya. (ayg leh tumpang sekaki)
2. Sihat2 selalu..nnt leh tolong jaga anak kan?
3. Jadi Daddy yg baik, penyayang..segalanya la..
4. hah..yg ni mmg tak leh blah..abg kalo nyanyi boleh tak jangan main hentam kromo je liriknya. sakit telinga ni nak dengar..kuikuikui..

Apa-apa pun..ayg sayang abg sgt2.. =)) mmmuuuaahhxx..


mula2 maintain pastu jadi hyper!! isk isk isk..

From,
ur lovely wife! eceyh..

Tuesday, December 27, 2011

Amazing moments with little cutie (3D 4D scan)

Assalamualaikum,

Seronoknya semalam and pagi ni. Tersenyum je bila tengok setiap snap shot 3D baby sendiri. Tengok keletahnya bukan main lagi. Macam-macam aksi yang dia tunjuk. Mommy dia ni pun dah rindu sangat2 nak jumpa. Akhirnya, dapat jugak jumpa setelah daddy nya ada ruang masa yang boleh dicuri2 sekejap semalam sbb dia kerja. Itu pun puas pujuk daddy dia. hoho..

Ok..hana buat scan 3D 4D ni dengan Jezzlyn dari FB 3D 4D Scan Malaysia. Hana buat kat klinik Fauziah dekat Ampang. Kalau korang nak buat 3D 4D scan, hana memang recommended sangat buat dengan Jezz ni. Bayaran pun tak mahal. Cuma RM100 sahaja dan anda akan dapat byk snap shot 3D dan video 4D dalam salinan CD. Jezzlyn ni ialah seorang sonographer. Kecil molek je orangnya. Mcm2 yang jezzlyn buat dan cuit2 supaya baby tunjukkan muka dia. Sbbnya anak mommy ni kaki dengan tangan2 semua dekat atas muka. hahaha..kata Jezzlyn, baby u ni ganas. kuikuikui..agaknya sbb mak pak dia ni suka benor tgk bola tu yang sampai kaki2 kat muka tu..hahaha..Baby, sila sopan2 sikit kat dalam perut mommy tu tau. Ni tgh duk type ni pun terasa kick dia. hahaha..

Nak tengok keletah dia? hehehe..



the MOST favourite pose.. Baby hana tengah senyum sambil buat thumbs up.. hihihi..nak tergelak tgk pic ni. pandai plak dia sambil tidur pose gini yea? hehehe..dalam pic ni nampak dah hidung dia ikut daddy dia!! hihihi..
Hana nak minta bantuan korang..weeeeee..Siapa2 yang sudi, meh la LIKE pic ni kat SINI. Tapi sebelum tu korang kena click LIKE kat FB page 3D 4D Scan Malaysia. Pastu baru click LIKE kat link INI. Hana suka2 masuk contest ni. Contest ni berakhir 31 Dec 2011 ni. Jadi, kalau sudi click2 yea. Thanks korang!! =)


hah..kan dah kata..nak beraksi lah tu..sampai kaki2 dah naik ke muka..hohoho..

Yg ni 4D video nya:
video
Baby hana ni tgh lapar. Semua jari dia nak cuba hisap..ngan jari2 kaki pun kalau boleh nak dimasukkannya kat dalam mulut.huhuhu..

Alhamdulillah..sekarang hana dah 26weeks. Berat baby pun dah 833gram. Tapi berat mak naik lebih2 smpi 8kg!! huhu..takpelah..asalkan baby mommy sihat kat dalam tu. yea? Hana berdoa agar anak mommy ni jadi muslimin/muslimat yang mempunyai akhlak yang baik, sihat sentiasa dan lahir ke dunia ini dengan selamat..amin....

p/s: buat 3D 4D mstlah dah tau gender kan? hahaha..tunggguuuuuuuu..

Tuesday, December 20, 2011

Ada apa dengan nama baby?

Salam,

Just nak share mengenai penamaan nama bagi anak2 kita. Semalam banyak lah juga post2 dari FB mengenai nama2 ni. Ada yang mengatakan nama2 itu nama2 anak jin. Wallahualam..Ada juga tindakbalas dari ustdz yang berbeza mengenai perkara ini mengatakan sebaliknya. Hana bukanlah arif mengenai nama dan maksudnya. Yang hana tahu, kalau kita bertanyakan pada ahli agama dan rujuk dengan sumber2 yang dipercayai mengenai maksud nama itu, insyaAllah ianya akan jadi satu nama yang baik kelak.

Meh hana share post2 di FB dua-tiga hari ni mengenai nama2 ni:


Dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9, Ustaz Sharhan Shafie pengamal perubatan Islam menyatakan nama² berikut merupakan antara nama² anak Jin.. walaupun maknanya bagus.. kerana nama² ini boleh mendatangkan penyakit misteri..

1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zakuan/Zaquan
5. Batrisya
6. Erisya

Jadi janganlah sesekali mengambil nama² diatas untuk nama anak² kita.

PERINGATAN dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka² yang bernama yang sedemikian TIDAK perlu untuk MENUKARKAN nama tetapi perlu menukar PANGGGILAN kepada yang lain.. sbgi contoh klu SITI NAJWA.. dari dipanggil Najwa ditukarkan kepada SITI..


Tindakanbalas dari penyataan di atas (Dr FB cousin hana):

Sejak dari semalam, ada di kalangan rakan2 saya di facebook yang share tentang nama-nama anak jin. Nama yang dimaksudkan adalah : 1. Balqis 2. Qistina/Kistina 3. Najwa 4. Zakuan/Zaquan 5. Batrisya 6. Erisya 7. Mazda, kononnya jika ibubapa beri nama itu pada anak mereka, akan ditimpa penyakit misteri. Yang menyebarkannya pula mendakwa ia adalah kata-kata dari Ustaz Sifulan bin Sifulan dari program Tanyalah Ustaz TV9.

Baik, ini jawapan Ustaz Zaharuddin.net :

Respon 1 : Tiada sbrg dalil yg sohih berkenaan nama2 tertentu adlh nama anak JIN, lalu dikatakan jika diguna & dipanggil kpd anak kita, lalu anak kita akan ditimpa penyakit misteri. Hal ini sama sekali TIDAK BOLEH DIPERCAYAI, malah bercanggah dgn firman Allah surah al-Naml ayat 65. Malah boleh termasuk dlm men'sial'kan nama tertentu, jika itu berlaku boleh jatuh syirik, Nabi bersabda :اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ ، اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ Ertinya : Sial menyial itu syirik, sial menyial itu syirik ( Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi). Berhati2lah.

Respon 2 : Saya baru sahaja menghubungi Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din berkenaan nama-nama yang dikatakan anak JIN, beliau MENOLAKNYA dan juga menggunakan ayat 65 surah an-Naml menolak pengalaman tertentu sesiapa jua yg mengatakan nama2 tertntu boleh membawa penyakit misteri. Cuma hanya ada nama JIN yg disebut di dalam hadis shj yag elok tidak digunakan spt Azazil, Wiswas, Khannas, Murrah, Harb, Soba & brbp yg lain disebut dlm hadis, Itupun tidak sohih jika guna maka akan kena sakit misteri. Ia bercanggah dgn Al-quran.

Pasal nama-nama ni, hana dgn husben kira mcm dah sepakat untuk namakan baby kami ni nanti dengan ...........hehe..rahsia lah kan?tapi itu baru senarai nama perempuan. nama lelaki tak ready lagi. Bak kata daddynya, ala susah2 kita namakan anak kita Siti Wasatiah atau Ahmad Wasatiah sudah. sederhana je semua..muahahaha..Mommynya terus memberontak tak nak! hahaha.. =p

Friday, December 16, 2011

pubic pain during pregnancy

Salam and Hi!

TGIF! jadi boleh la update sket2. ok, FYI, hana dari 1st trimester mengalami lower back pain and bila dlm 2nd trimester hana mengalami pulak pubic pain (Sacro-Illiac joint pain or pubic symphisis). huhu..sakitnya hanya Allah yg tahu. Tapi hana layankan aje. Maybe sebab dah hari-hari rasa jadi dah rasa terbiasa. Cuba bayangkan, nak alihkan posisi masa tidur rasa sakit kat pubic tu.huhu..menyucuk2..ouch! bila jalan pun kadang2 rasa sakit.huhu..

Last weekend pergi symposium women sports medicine kat hospital serdang. Dekat aje! Setakat cross bridge 5min je dari faculty. hehehe..Dalam byk2 topic ada 1 topic pasal exercise in pregnancy. Physiotherapist tu bagitau yg kalau kita buat pelvic floor exercise boleh lah minimizekan kita punya lower back pain and pubic pain. Dan ada banyak faedah lain which is memudahkan kita bersalin nanti serta kembali ke shape yang asal after deliver. =)


ini general exercise..

waahh..semangat lah sikit kan nak exercise! Tapi, korang jangan buat vigorously. Buat sekadar yang termampu seeloknya heart rate tak lebih 140beats or bila kita buat exercise tu kita tak semput and masih mampu bercakap dgn baik. Maknanya intensity exercise kita tu ditahap yg betul lah kiranya.

ada dua video untuk buat pelvic floor exercise (pelvic rock and pelvic tilt) tersebut. Watch the video here and here.

tips: awal2 pregnancy sgt recommended utk mempunyai postur berdiri, berjalan dan duduk dgn betul. sbb graviti org mengandung akan berubah bila belly kita makin membesar. ini juga salah satu sebab kita dapat lower back pain.

Friday, December 9, 2011

1st Year Anniversary

9th December 2010 - 9th December 2011



It has been a year since the AKAD, when you kissed my forehead. Along the journey we shared the loves.



Another year to create precious memories together, to discover new things to enjoy about each other. To strengthen a marriage that defines forever.
Happy Anniversary dear husben! I love you more and more.

Nanti next2 year kita celebrate dengan si tecit yea? hihi.. =)

So, apa plan utk celebrate? hoho..dia kerja malam lah hari ni!! aiseyh..huhu..so, maybe any plan akan ditunda hingga kedua-duanya bercuti.

Thursday, December 8, 2011

Menu mak buyong

Salam,

sebenarnya ada class waktu tulis post ni. tp rasa cm malas nak pegi dgr presentation student. biarlah Dr aje yg pegi..hoho..ngelat leh? ada setimbun lab report nak kena tanda ni. 60++ buku lab. Ada 2-3lab report nak tanda..aduiyaaiii..nak siapkan thesis lg ni!

ok..cukup mengomel pasal keje. Kita ngomel pasal makan plak. Bukan apa, kebelakangan ni hana asyik duk makan aje. Buat kerja mesti nak mengunyah something. haisshh..choc la, biskut la, kismis laa. macam2..mentang2 dah ada selera makan. gini lah jadinya. Dulu nak pandang iklan fast food kat TV tu pun boleh nak termuntah! sekarang kemain lagi.

Basically, recommended energy requirement for pregnant mother is 2500kcal/day on average. Hana tiba2 rasa cam lama dah tak calculate calorie intake makanan hana, jadi nak la kira2. Adakah hana ni makan byk sgt? sebab tu naik max weight gain je 2bulan kebelakangan ni kan. huhu..so, mari kita tgk!


Ini menu hana yea..sila jgn tiru..hoho


Menu Mak Buyong
Breakfast
Susu Hi-goat (1/2 cup) 80 calories
Mee goreng (1 plate) 281 calories
Morning Tea
Donut (2pcs) 536 calories
Lunch
Nasi Dagang (1 plate) 500 calories
Afternoon Snack
Pau BBQ Ayam (2pcs) 304 calories
Dinner
Nasi Putih (1 plate) 150 calories
Ayam Masak Merah (1pc) 81.6 calories
Ladyfingers in Curry (1 serving) 180 calories
Total (approximate) 2112.6 calories

Yes!! tak exceed pun..tp nape naik?? hehehe..ngelat tak masukkan data choc, biskut ngan kismis..haha =p tp still tak exceed punyalah! kenapa naik mendadak?? huhu..takpelah. kena terima kenyataan. skrg ni byk duduk dari berjalan. input byk tapi output kurang mmg lah naik banyak. hoho..nak exercise lebih2 mcm tak mampu. iyelah, bercakap telefon sambil berjalan pun skrg dah semput. camno? aiseyh..but, hopefully hana tak naik byk sgt la sepanjang lg 3bulan lebih ni. huhu..


yea..sy suka kaler purple..semua mknn nk kaler purple..haha..brg baby pun kalo boleh kena ada kaler purple..hikss..

ok, ini menu utk reference korang. Ini menu yang lebih sihat la. hana tak jumpa plak Malaysian menu. Ada kat buku tapi malas nak taip balik.

SAMPLE-MEAL PLAN FOR PREGNANT WOMEN
Approximate calories 2200-2400
Breakfast
2 slices of whole wheat bread with margarine or 1 cup of cereal
1 egg
8 oz. of low fat milk
Mid-Morning Snack
4-5 crackers
1 oz. cheese or Tb. peanut butter
Lunch
1 cup of rice or noodles
3 oz. meat (beef)
1 cup of vegetables (broccoli)
1 cup soup
1 fresh fruit (orange)
Mid-Afternoon Snack
8 oz. of low fat milk or yogurt
1 fresh fruit (apple)
Dinner
1 cup of rice
3 oz. of fish or tofu
1 cup of vegetables (bok choy)
1 cup soup
1 fresh fruit (pear)
Evening Snack
½ cup cereal
8 oz. of low fat milk

Main info dia adalah: A sample diet for normal pregnancy is based on the food pyramid and should include 6-11 servings of grains (nasi/mee/roti); 3-5 servings of vegetables; 2-4 servings of fruit; 3-4 servings of dairy; 2-3 servings of meats, beans, or nuts; and 1 serving of sweets.

Jadi makan lah secara sihat yea..hehe..

p/s: tips - Boleh letakkan biskut atau apa-apa snek kecil dalam tas tangan anda. Mudah apabila anda tiba2 rasa lapar =)

Monday, December 5, 2011

Glucose Tolerance Test in Pregnancy

Salam,

Last week on 30th November (30/11/11), hana pergi ke KK untuk buat MGTT/OGTT test ni. Ok, kepada yang tidak tahu, glucose tolerance test ini adalah untuk detect sama ada kita menghidapi gestational diabetes atau tidak. Org yg perlu buat test ini selalunya adalah org yg berisiko tinggi dimana ibu atau bapa kepada ibu mengandung tersebut ada sejarah penyakit kencing manis. Maka, mereka perlulah jalani test ini.

Ramai yang gerun nak buat test ni sebenarnya. Ialah, siapa lah larat nak telan air gula se mug kan? hehehe..kalau muntah balik air gula tu makanya kita kena repeat balik minum air gula tu. Tak ke sia-sia? huhu..alhamdulillah, hana berjaya habiskan se mug air gula tu dalam beberapa teguk. Nasib airnya suam2, kalau sejuk mesti tak berapa lalu nak minum dah. =) tapi yg syoknya, org sebelah hana siap bawak mineral water sejuk tu di sulamkan minum dgn air gula tu. ewaaaahh..kita kat sebelah ni bertarung nyawa (over kau!) minum air gula. Dia sedap teguk air gula pastu sulam ngan air mineral. Mana aci kan?? hahahaha..jd, hana dgn baik hati tegur akak tu.. "akak, takleh minum air lain kak.." dia cakap, "lah, ye ke? akak tak tau pun.." Akak tu buat muka tak bersalah..hahahaha..ada2 aje tau akak ni. =p Dah minum tu, hana mintak permission ngan nurse nak balik rumah sebab lepas 2jam baru diorg akan ambil darah balik. Nasib nurse bagi. kalau tak, duduk lah tertonggok dekat klinik tu. huhu..


ini gambarannya..tp mug nye taklah sebesar ini. 250ml nye mug je.

haa..lupe lak nak share. kalau buat kat klinik swasta MGTT ni, anda berkemungkinan akan minum air gula yang berperisa oren/anggur. eceyh..konon2 syok lah ada perisa2 tu..hehe..jadi, before buat test tu leh la survey klinik uolls ada offer air gula berperisa ke tak? haha..hana saja tanak buat kat az-zahrah sbb hana wat check up kat kk jugak. so, buat aje kat kk ni. save banyak buat kat kk ni. kat az-zahrah sekali prick kat vein utk blood test dah rm100++!! huhu..


hah..hambek kau! kiri kanan kena cucuk. nasib sebelah aje lebam teruk gini..
(p/s: gmbr ini baru diambil td iaitu pada 5/12/11 pada 10.50am.. kiralah dah berapa hari tapi lebam kena cucuk tak hilang2..huhu)