Blockbuster Deals!!

Friday, March 16, 2012

Ragam nak menyambut 'org baru'

Assalamualaikum,

Hari ni dah Jumaat. Next Friday, insyaAllah dah ada 'org baru' dalam kehidupan kami sekeluarga. Banyak ragam bila dah tunggu hari ni. Antaranya:

Suami: Tiba2 pening2, loya2, tak sedap badan. Semua gara2 bila hana bgtau yg hana dah nak bersalin haritu. hahaha.. hana tahu yg dia ni penakut darah sbb penah dia pengsan sbb tgk darah! kuikuikui..ape daaa abg ni. Dulu hana selalu ckp kalau bersalin normal, x kira abg kena masuk jugak LR tu. Paksa jgk! Dia ckp "ok..abg tgk muka ayg je..tanak tgk bhgn bwh tu". muaahaha..ape2 je la. Ni bila bgtau kena czer, dia pulak yg lemah lutut. Maybe sbb dia bayangkan perut tu dibelah, pastu darah percik2 agaknya..hahaha..mcm2 kerenah. Smlm balik kerja sepanjang malam sblm tidur duk membebel apa ntah merepek2. Perut hana dah la asyik mengeras je kblkgn ni..tak larat nak dgr celoteh dia. hihi

Mak Mertua: Smlm MIL call. waahh, semangat dia bercakap! Dia tanya ada kat mana. Hana ckp lah tgh kerja. "Laa..esok nak bersalin kerja lg ke?" kata MIL. haha..hana pun bgtau la, tak jadi jumaat ni tapi jumaat depan. MIL siap bgtau yg dia dah balik kampung (kat kg ada kolam ikan sendiri =)) n cari ikan haruan utk standby nak masak utk hana lepas bersalin nnt. Punya la semangat! Nasib baik tak masak lagi katanya..hoho..

Ayah Mertua: MIL bgtau yg FIL hana siap dah bgtau semua org yg dia jumpa yang menantu dia nak bersalin dah. kuikuikui..katanya, tak sabar nak dpt cucu sulung. InsyaAllah, baby hana ni nnt jd cucu sulung utk kedua-dua keluarga.

Mama: Dah bising2 tanya "Ni bila nak pasang katil ngan kelambu baby ni??" hoho..daddy nye la ni asyik lengah2 sejak beli haritu..

Ayah: Paling cool..haha..xnak tunjuk dia panik.

Adik laki: haritu tgk kakak dia ni duk terhencut2 naik tangga..dia pun tegur.."tak payah la naik tangga tidur kat atas..tidur je kat bilik bawah ni." dgn nada kesian..hahaha..pas bersalin mmg kena tukar bilik tidur bilik bawah tu pun. barang bby byk dah letak kat bawah =)

Adik perempuan: Masa buat ecv tu dia tak tahu hana pergi dewan bersalin. Dia siap sms.."hah..ko dah nak bersalin ke?" dgn nada cuak..hahaha..sabar je la.

macam2 la kerenah..mommy nye ni nak kena siapkan kerja bg kat sv ni..kang dlm pantang nak kena bg corrected version plak. huehuehue..chaiyok2!

9 comments:

cha said...

Ragam tulah jd kenangan manis kan. Semoga selamat semuanya u :)

Baiduri said...

hehe...smua org excited tnggu 'org baru'....sonok tgk glagat fmily sndiri kan =)...nway, smoga smuanye slamat =)

Alia said...

chaiyok hana! dah nak viva dh soon. bestnyeeeeeeee!! nnt konvo baby bleh naik skali. hehehe.

hana yoriee said...

Cha: betul! ragam2 ni la yg merapatkan kami sekeluarga =) thanks cha!

Baiduri: itulah..excited! insyaAllah dgn berkat doa semua..amin..

Alia: ngeeee..dah berjanggut nak siapkan tesis ni. hopefully sempat la kejar senate utk convo thn ni. hoho..

fati said...

wuuuuuuuuuu~~~ sume pon seksaited ni hana! :P :P

Gud luck dear!

Aty Fared said...

heheh..semua tengah teruje..:)

hana yoriee said...

Fati: family fati pun mesti sume sekasited jugak kan? hehehe.. u too dear..gud luck!

aty: itu laa..teruja nak sambut org baru..insyaAllah =)

e.t.t.y said...

semua syg!! tak sabar nk tengok muka baby hana....kita doakan yg terbaik utk hana.

sHi Ma said...

wah tahniah.. seronoknya...