Blockbuster Deals!!

Wednesday, May 22, 2013

Introducing my new crib

Assalamualaikum,

Sementara ada masa sikit tengah2 buat lab ni, baik cepat2 update blog pasal rumah. At least, release sikit stress dan penat buat kerja. hihi..

Sepanjang hana di Oz, hana dah duduk 2 rumah. Rumah pertama is actually a house. Sewanya AUD295/week. This is cheaper compared to other places such as Melbourne or Sydney. And u got a house (bungalow). Not a unit or apartment. hihi.. Rumah ni ada Living room, kitchen, 1 bathroom with bath tub, 1 toilet, 3 bedrooms and a garage. Dia punya laman sgt besar.. Meh cuci mata.

Ini rumah yg pertama kat Regent St, Darling Heights. Besar kan? Laman pun luas gila. Pastu kena mesin rumput sekeliling rumah. Penat.. Nasib Husben yang buat. hihi..

Ini bilik air dia. Luas jugak la. Aisy suka mandi kat bath tub tu.

Ini kitchen dia. Ada oven, griller, electric stove.

Hana duduk kat rumah 1st lebih kurang 7minggu. Sebab contract 'member' tu nak habis. Jadi, hana kena cari rumah lain untuk duduk. Untuk cari rumah sewa kat sini payah jugak. Kita kena sediakan 100 points (Passport, bank card, insurance card, Mobile registration, Car registration, Driving license, Student ID, FINANCIAL AFFIDAVIT and any photo id). Fuhhh.. Mmg berpuluh jugak lah apply. Tapi takde rezeki lagi kot masa tu. Alhamdulillah, lepas byk kali apply sangkut jugak kat satu rumah ni. Memang masa inspect rumah ni dalam hati, aaaa.. bestnya kalo dapat rumah ni. Dah lah cantik. Rasa nyaman je bila tgk. Masa tu ckp dlm hati je. Sebab takut kecewa kan bila tak dapat. hoho..

Satu hari tu, tgh busy2 tetiba tepon bunyi. Agen tu pun ckp, Hi, I'm Sarah from bla bla bla.. I've went through ur form and its look alright. But, can u pls give us your employment prrof back in Malaysia? Dalam hati, dah dup dap dup dap.. ada chance ke ni? Masa tu dah lah hari Sabtu. Pastu dia call plak masa on the way pergi Direct Factory outlet kat Brisbane. fuhhh..camne la nak hantar suratnya. Pastu dia ckp, its ok. U can submit it on Monday. Waahh, dah berbunga riang sebab rumah idaman tu. Even sewa je pun.. hahaha.. Hari Isnin, pepagi kol 9 a.m terus g submit income tax leaver yg ada bukti sume ngan surat. Balik dari ofis real estate tu tak sampai 10minit dia call. Ok, congrats. We are happy with your application and you've got it! Yeayyy!! Happynya sambil jerit2 dekat husben. hahaha..


Alhamdulillah. Rumah skrg ni ialah unit (lebih kurang semi-d) dan sewanya lebih murah. AUD250/week tapi lebih moden dan cantik rumahnya. hihi..Meh tgk rumah yg kami duduk sekarang.

Ini living room. Siap ada fireplace. Jakun jap. Sekarang ni kitorg bakar kayu api je la untuk panaskan rumah.

Nak pakai letrik heater slalu mahal la plak bil api nya. Terpaksa pakai kayu api atau gas.

Ini plak deck belakang rumah. Meja makan letak je kat sini. Sebab takde lah sempit sgt dalam rumah. Boleh la lepak2 walaupun sekarang sejukkkk.. hahaha

Ini la bilik tido kami. Comey lote je. Ada almari buit-in. Aisy pepagi panjat lompat duk atas mommy dia pastu tampor2 muka mommy kalo tak bangun2. kekeke..




Taraaaaa.. Ini part paling best dalam rumah ni. Kitchen diaaaaa! Berkilat mcm baru kan? Ada oven, dapur ngan dishwasher yo! kekeke.. Mals basuh pinggan masuk je dalam dishwasher. Oppss, bukan malas. Tapi air sejuk kebas tangan. Kahhhh..

 
Ini tempat hari-hari masak. Eceyh..


Bilik air rumah Maplewood. Takde bath tub besar. Tapi selesa. =)

Comey kan?

Ini lah experience berada di tempat org dan rasa mcm2 pesen rumah kat Oz ni. Kalau kat Malaysia tak dapat kot nak rasa melainkan kalau kita design rumah tu camni kan? Hopefully, ada rezeki nanti nak simpan duit boleh lah beli rumah yg selesa kat Malaysia. Amin..





Wednesday, May 15, 2013

Happy Wednesday

Assalamualaikum, 

It has been few weeks here, in Toowoomba. The weather getting colder as the winter is just around the corner. I need to buy more winter clothes, coz I only got few jackets. Pity Aisy too, coz she's only got few of them. 

I can't wait to move to our new house this Friday!! After all the problems that I faced to deal with 'people' about the house. Naahh.. Nevermind. The problem has been solved yesterday.  I'll update more about my house in the next entry.

This is what we usually have on Wednesday in USQ. Recreational activities..
          My labmates (the 3 guys).

{Hana}

Wednesday, May 8, 2013

i'm back!

Assalamualaikum..

Hopefully lps ni dapatla update selalu. Susah betul nk update sbb dekat uni xblh bkk plk blogger sbb ada acc gmail utk student. Blerghhh.. Xpe rasanya lps ni blh dh meluah perasaan dgn lbh kerap. Hahaha..

Sampai sini dulu utk kali ni. Nnt kita story pjg lebar ye!


Wednesday, March 13, 2013

Thursday, February 28, 2013

Aisy Rania demam buat pertama kali

Assalamualaikum,

Lama nye tak update. Rasanya takde la bz sgt. hihi.. Actually nk cerita yg last week Aisy Rania dpt high fever yg temp about 40'c. Mula2 mmg Aisy relax je. Main mcm biasa. Siap joget2 lagi. Pakai kan dia cool fever pastu lapkan badan dia bagi turun panas badan dia.


Sehari sebelum kejadian demam, Aisy dibuli oleh daddy dia dgn menda alah kaler ungu tu. Neny bising sbb takut2kan aisy. pastu esoknya demam. Lagila neny bebel..huhu

Tapi masuk hari kedua panas badan dia tak kebah2 dan dia dah mula kurang aktif. Rengek2.. Aisy ni dia jarang nak rengek2 pastu dia bukan jenis suka sgt org pegang dia. Tapi bila dia jadi gini maknanya mesti dia dh mula rasa tak selesa. Mungkin dia pening ke apa ke kan. hurmm..  Pergi KPMC, register mcm biasa. Pastu ckp kat kaunter Aisy demam. Dia bg nombor. Pastu nurse tu dtg dgn termometer cek temp Aisy. 39'4c. Terus kena bebel ngan nurse sebab tak bgtau yg panas baby lebih 39'c. huhu.. Terus kena bawak pegi ER. Dia bagi air sejuk sebesen dgn towel. Dia suruh lapkan badan Aisy sampai sejuk. Dalam setengah jam lebih kot dia cek temp dah turun sikit. So, bawak masuk jumpa Dr. Dr ckp kat tekak dada sume ok. Cuma mmg demam. So, Dr suspect viral fever. Dr bagi PCM dgn suppository (ubat montot) dan nasihat tgk lagi sehari dua kalau tak elok bawak dtg klinik lagi.


masa ni boleh main2 lagi

Malam tu mommy mmg tak cukup tido la. Sebab Aisy panas badan dia. Lapkan je badan dia dgn air asam jawa. Berbesen dah air asam jawa. Lap je badan dia kering. Sebab panas sgt. Setiap sejam amek temp. Tak jugak turun2.. huhu.. So, esoknya mommy terus EL. Nak tgk takut makin panas. Budak kecik kan bahaya kalau demam2 ni. Jadi mommy duk rumah jaga aisy. Mencabar jugak bila aisy asyik nak melekat je. Dah mcm kangaroo dah rasa sebab tido pon dia nak tido atas badan. Kalo letak dia nangis. Sampai mlm tak kebah2. Neny dia dah bising2 sbb Aisy dah menggigil2. Temp dah 40'c. Masukkan supp lepas tu terus shoot pegi hosp serdang. Ckp kat kaunter temp dia sekian2 terus bawak masuk jmp MA pastu tunggu giliran jumpa Dr. Dr tanya ada pegi klinik tak? Dah berapa hari demam? Soalan yg selalu ditanya. Sebenarnya dah mintak consultation dgn member (Dr. Huda). Dia suruh tggu 3hari lps amek meds kalau tak kebah baru g hosp. Tapi dah neny dia suh jugak pegi lagi.. haaa..jawablah ngan Dr kat hosp serdang tu. Dr tu siap ckp, kalau mkn ubat baru sehari mmg tak terus baik ye Puan. Hahahaha..amek kau! Tapi kita kan jenis waspada,iyealah better cari penawar awal2 sebelum terlambat kan? Dr pesan yg sama jugak mcm kat KPMC. Tapi ni dia bg antibiotik sbb kat tekak aisy dah mula ada infection.


lps mkn kiwi kita mkn ubat ye...

Nak bagi ubat punyalah seksa. Pastu Aisy siap muntah plak lepas mkn ubat. 3x muntah. Kol Dr Huda dia suh rasa ubat tu. Mesti tak sedap, sbb tu dia muntah. huhu.. So Huda suruh stop je tak payah kasi. bagi PCM dan mandikan Aisy kerap2. Alhamdulillah esoknya tu dah turun ke 37'C. Dia dah mula main mcm biasa. So, mommy boleh la pegi kerja. Habislah episod demam..

yeay..dah sihat..dah boleh main2 dah..

Selang sehari demam tiba2 badan aisy penuh ruam. Aikk.. dalam hati dah terditk. Ahh..sudah..jgn campak je dah la.. Aku nak buat medical checkup tak lama lagi ni. Kang tak pasal2 tangguh pulak flight (Cerita next episod). Terus kol huda and whatsapp pic ruam. Pastu Dr huda pun ckp.. ini bukan campak. aaaa LEGA... hahaha.. Dia bgtau ini post viral fever. Viral exanthem (Roseala). Lps high fever mmg akan jadi mcm ni.
Common katanya. Pheww...Ada hikmahnya ada pengalaman jaga anak sakit ni sebelum fly. nanti bila dah kat negara org takdelah cuak sgt KOT...hahahaha


inilah ruamnya.huhu

Sekian pengalaman mommy Aisy..till next episode..daaa..

Published with Blogger-droid v2.0.3

Tuesday, January 8, 2013

new year priceless gift

Takde apa yg lebih mengujakan kpd seorang ibu daripada dapat melihat sendiri semua momen terpenting anak membesar. Aisy Rania pada 1.1.2013 haritu dah dapat merangkak dgn steady. Sblm2 ni mcm goyang2 sikit bontot dia sbb lutut tak kuat lagi. Tapi tahun baru ni slhamdulillah dh blh dh. So umur Aisy 9bln 11hari dia dh blh merangakak.

Tapi sekarang pesyen merangkak dia lain mcm sikit sbb sblh kaki guna lutut,sblh kaki guna tapak kaki untuk merangkak. Aduillaaa.. Tak tahu kenapa dia blh buat cmtu.huhu.. Neny dia ckp dia lorat tak sabar nak berdiri. Mmg pun sbb dia dh blh berdiri sendiri tp dgn pegang benda cth mcm sofa pastu baru dpt stand. Tapi risaula jgk dia x merangkak dgn proper. Tanya dgn occupational therapist, dia syorkan utk exercise sikit kaki aisy ni utk bagi kuatkan otot kaki dia. Hurrmm..kena flexkan kaki dia kiri kanan. Ok nnt nk exercise kan kaki aisy.

Cuba tgk kat video ni cmne aisy merangkak..



Tak payah la lorat sgt anak oii..buat satu2 k? huhu..

Published with Blogger-droid v2.0.3

Wednesday, December 19, 2012

si halus yang tak reti duduk diam

Assalamualaikum,

Aisy dah nak masuk 9 bulan 21/12/12 ni. Macam-macam lah ragam nye sekarang. Memang dah macam ulat sebab tak reti duduk diam. Dah lah badan halus pastu tunggang terbalik ikut suka hati dia. Sekarang ni Aisy Rania dah pandai duduk. Mula-mula dia nak belajar duduk memang payah lah tengok dia terkial-kial. Siap angkat bontot tinggi-tinggi sebab nak lipat kaki dia. Mommy memang tengok je lah kan and tak tolong pun. hoho.. Sampailah 2 minggu lepas dia dah dapat duduk sendiri. Kemain ligat sekarang.

Pastu bila dah boring duduk, ikut suka hati dia rebahkan kepala dan badan dia kat lantai. Nasib lah lapik tilam. Kalau tak lapik, berdentum la kepala tu ke lantai. Adoi laa.. seriau mommy! Mommy nak rakam aksi dia duduk and terlentang pun tak sempat nak rakam detail. Takpelah, yang mana ada je untuk rekod mommy. hihi..



Selalu, before pergi kerja neny or atuk Aisy akan dukung Aisy and ajar Aisy lambai bye-bye ke mommy and daddy dia. Selama ni buat dunno je bila mommy daddy lambai. Tapi sekarang tangan dia asyik melambai je plak tak kira siang malam. Dah mula la pelajaran baru dia tu. Orang pergi toilet pun nak bye-bye. Comel je..hahaha.. Pagi tadi dh mula pandai dah nangis2 nk ikut mommy kerja. Siap jengket2 kaki bila atuk pegang nak ikut. Puaslah mommy dia nk pujuk before pergi kerja lepas ni. huhu

Lagi satu skrg, dia dah pandai dah tarik2 tape pelekat  pampers dia tu. Kemain susah dah nak pakai kan pampers. Orang lekat pampers dia cabut. Sampai mommy dia jerit la "Kang Aisy poo poo pegi cangkung kat toilet ye???!!, Pandai sangat cabut2 pampers." huhu..