Blockbuster Deals!!

Monday, November 8, 2010

Dalam kenangan (Allahyarhamah Hjh Soyiah bt Hj Mohd Noh)

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Hana di sini sudah selamat sampai ke rumah setelah 3 hari pulang ke kampung (Rantau, N. Sembilan) utk tahlil dan uruskan perkara2 lain. Mungkin ramai yang sudah tahu berita ini. tapi ini utk catitan bg dr hana sendiri juga..

Pemergian nenda tercinta sgt dirasai. Arwah nenda mmg sgt baik. walaupun arwah nenda bukanlah nenda kandung tetapi hana hanya kenal arwah sahajalah sbg nenda hana kerana wan sebelah ayah telahpun pulang ke rahmatullah sedari keci lagi dan nenek kandung sebelah mama mmg hana tidak pernah bersua-muka. tadi baru pulang dr menjenguk kubur nenda dan nenek kandung (sebelah ibu). mereka ditempatkan di tanah perkuburan yg sama. alhamdulillah, mudah kami sekeluarga utk pulang menziarah.

Arwah Nenda pernah tggl bersama dgn kami semasa kami menetap di seremban. masa tu kalau tak silap hana dlm umur 10-15tahun. hari2 nenek hana akan minta hana utk sapukan minyak rambut dan sikat rambutnya. lepas tu jalinkan tocang utk arwah. kadang2 hana ni degil jugak..malas..huhu..tapi nenda dia paham..budak2 lagi..nenda hana dah lama sakit. dia mengalami strok separuh badan. jadi kalau nak pergi mana2, mmg hana akan pimpin dia. kebilik air, utk ambil wudhuk, makan dan kadang bawak nenda duduk depan rumah utk ambil angin. ermmm..itulah kenangan terindah hana bersama dgn nenek. Selepas pada itu, hana pindah ke Ampang dan Arwah Moyang meninggal pada 2002. Nenda bertekad utk pulang ke kampung dan tinggal di kampung. Sejak dari itu, mmg hana akui jarang2 sekali pulang ke kampung sbb hana belajar di arau, perlis dan selepas itu baru di serdang. sesekali balik ke kampung, nenek akan tunggu di katil di biliknya bersama bibik. ya, nenek hana hanya tinggal berdua dgn bibik. kami akan pulang sebulan sekali utk jenguk nenda. ayah yg plg kerap pulang jenguk nenda. sampaikan atok chik (adik arwah nenda) menyebut "Pie dah buat mak mertua mcm mak sendiri.." betapa ayah ambil berat ttg nenda.

Sekarang, bila melalui jalan pulang ke kampung..hati terdetik..tiada lagi senyuman nenda menyambut kedatangan kami..tiada lagi nada suara nenek yg boleh kami dgr walaupun kami diluar rumah..hati merasa sgt sayu ='(

Sehingga ke akhir hayat, arwah nenda tidak pernah berkata buruk ttg anak2 nya. Arwah nenda mmg ibu yg terbaik dalam dunia. sebab setiap kali, anak lelaki@anak perempuannya jarang pulang ke kampung, pasti arwah nenda akan berkata "tak apalah..diorg sibuk tu..nanti balik lah.." dgn deraian air mata arwah nenda berkata-kata sbb rindukan anak2nya..betapa sayangnya arwah nenda pada anak2nya..tidak pernah sebutir pun kata2 tidak elok dikeluarkan dari mulutnya. *pengajaran pd yg hidup*

Detik terakhir hana bertemu dgn nenda adalah pada hari jumaat jam 7pm-7.30pm. sampai sahaja di hospital, hana duduk disebelah nenda dan usap2 tgn nenda.arwah seolah tahu yg kami ramai2 dtg menjenguknya walaupun arwah tidak boleh berkata apa-apa. mmg setiap minit masa itu, hana laju mengalirkan air mata. dalam hati mmg berat sgt..habis waktu melawat jam 7.30pm..semua kucup pipi dan dahi nenda..hana rasa mcm tak mahu lepaskan nenda..cium pipi nenda dan beritahu hana pulang dulu..dalam hati esok jumpa nenda lagi..bergenang air mata nenda saat kami semua kucup arwah. seolah2 arwah tahu yg dia tidak akan dapat berjumpa kami semua lg..sampai saat ini hana masih terbayang air mata nenda..sedih sgt2..dgn berat hati kami pulang..

tepat jam 10.10pm malam (jumaat), adik hana (shasha) mendapat pgglan dr Dr dan bibik di hospital. innalillah.. Luruh jantung kami semua..mama adalah insan yg plg sedih atas pemergian nenda. inilah kenangan pertama kali hana dapat menguruskan sendiri, daripada sambut arwah nenda dr van jenazah, sediakan tempat nenda, mandikan dan kapankan arwah nenda..hana tak pernah seumur hidup buat semua ini atau lihat semua ini di depan mata. alhamdulillah semua dilakukan dgn sempurna. kucupan kali terakhir sblm kain menutup muka nenda akan diingati sampai bila2. terbayang wajah nenda yg berrseri2 dan atas cerita bibik, arwah nenda dipermudahkan pemerigiannya dan sempat tersenyum pada bibik sebelum pergi buat selamanya..

Kesedihan amat terasa kerana beberapa hari lagi, majlis hana akan berlangsung..tapi tiada apa yg boleh menghalang daripada kerja Tuhan. sudah sampai waktunya arwah nenda pergi dahulu..hana pasti, arwah nenda pasti mendoakan kami dr jauh...='(

"Nenek, maafkan ana ats salah silap ana ya nek.."
"Sama-samalah naa yea" kata nenek..
Ana sayang sangat dekat nenek..
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas nenda tercinta dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..amin...Al-Fatihah.

-Jumaat, 5.10.10 pada jam 10.10pm-

8 comments:

Darling Aween said...

Al-Fatihah. Semoga dia tempatkan dikalangan orang-orang yg beriman =)

PurPLe LaDy AiFA said...

sedihnye baca post neh. takziah hana. insya allah nenda kamu memang ditempatkan di kalangan orang2 yg baik di sisi-Nya. tabah ek.. innalillah.

Unknown said...

takziah. Al Fatihah . Moga rohNya ditempatkan di kalangan orang beriman

iedayah said...

salam takziah tuk kamu hana..sabar ea dear..moga rohnya ditempatkan dikalangan org2 beriman..amin

hana yoriee said...

Aween, Aifa, Nora: terima kasih semua..

hana yoriee said...

thanks iedayah..*hugs*

sk said...

hana.. sedih nyaaaa... huhuhuhu

alfatihah.. semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.. huhu

hana yoriee said...

huhu..mmg sedih..tp kena redha..thanks sk..