Blockbuster Deals!!

Wednesday, December 19, 2012

si halus yang tak reti duduk diam

Assalamualaikum,

Aisy dah nak masuk 9 bulan 21/12/12 ni. Macam-macam lah ragam nye sekarang. Memang dah macam ulat sebab tak reti duduk diam. Dah lah badan halus pastu tunggang terbalik ikut suka hati dia. Sekarang ni Aisy Rania dah pandai duduk. Mula-mula dia nak belajar duduk memang payah lah tengok dia terkial-kial. Siap angkat bontot tinggi-tinggi sebab nak lipat kaki dia. Mommy memang tengok je lah kan and tak tolong pun. hoho.. Sampailah 2 minggu lepas dia dah dapat duduk sendiri. Kemain ligat sekarang.

Pastu bila dah boring duduk, ikut suka hati dia rebahkan kepala dan badan dia kat lantai. Nasib lah lapik tilam. Kalau tak lapik, berdentum la kepala tu ke lantai. Adoi laa.. seriau mommy! Mommy nak rakam aksi dia duduk and terlentang pun tak sempat nak rakam detail. Takpelah, yang mana ada je untuk rekod mommy. hihi..



Selalu, before pergi kerja neny or atuk Aisy akan dukung Aisy and ajar Aisy lambai bye-bye ke mommy and daddy dia. Selama ni buat dunno je bila mommy daddy lambai. Tapi sekarang tangan dia asyik melambai je plak tak kira siang malam. Dah mula la pelajaran baru dia tu. Orang pergi toilet pun nak bye-bye. Comel je..hahaha.. Pagi tadi dh mula pandai dah nangis2 nk ikut mommy kerja. Siap jengket2 kaki bila atuk pegang nak ikut. Puaslah mommy dia nk pujuk before pergi kerja lepas ni. huhu

Lagi satu skrg, dia dah pandai dah tarik2 tape pelekat  pampers dia tu. Kemain susah dah nak pakai kan pampers. Orang lekat pampers dia cabut. Sampai mommy dia jerit la "Kang Aisy poo poo pegi cangkung kat toilet ye???!!, Pandai sangat cabut2 pampers." huhu..

Wednesday, December 12, 2012

Majlis Aqiqah Aisy Rania

Assalamualaikum,

It's 12.12.12 yo!!!

Ok. Baik stop cerita pasal tarikh keramat ni..hihi.. Mari bercerita pasal majlis aqiqah Aisy. Sebenarnya, dari lps Aisy Rania lahir mommy dia dah sibuk nak buatkan aqiqah dan berendoi utk dia. Konon nak buat mini pelamin bagai untuk pengantin kenit ni. Tapi apakan daya..hasrat tak berapa tercapai.. huhu..

Takpe yang penting adalah aqiqah tu sendiri. Dah setel tu dah lega mommy. 8.12.12 daddy aisy balik pilah untuk sembelih kambing. Sesudah sembelih,daddy bawak daging kambing ke seremban sbb atuk aisy mmg pakar masak kari kambing. :-) Hana n family di Kajang plk busy siapkan semua benda utk favor and makanan atas dessert buffet. Wawawaaa..tak tidur malam ko siapkan deco sume. Nak jahit reben atas jar tu pun dh sampai nk timbul muscle lengan. 100jars pastu reben nk berdouble konon nk kaler kontra bagai. haaa..hambek ko 3hari 3mlm x tido siapkan reben aje..huhu.. Nasib amek cuti 3hari direct before event. Dpt la buat apa yg patut. Tu pun neny dia dah bebel2 sbb byk benda nk disiapkan. Dgn order dari client SSB lagi. Maklumlah cuti skolah maknanya rezeki SSB bertambahla sikit sebanyak..Alhamdulillah..

Penat buat reben je.. belum kira penat nak masak kek lagi..hukhukhuk 

Pagi kol 4am 9.12.12, mommy bangun lps tido 2jam sambung buat bunga dr crepe paper. Ya ampun..nk buat sekuntum pun berejam. payah jgk sbnrnya..huahuahua..i ingat crumple2 je dh siap.. cehh.. seksa jgk sbb sume nk buat last minit. Dptla brp kuntum je. Konon nk buat penuh la kat backdrop. Tapi nan hado..nasib ada props lain yg blh ditambah bg backdrop x kosong..hihi.. Lps subuh baru nk siap pasang backdrop. Pkl 10am org marhaban nk smpi. Aisy dgn blm mandi n mkn.. Sume org kelam kabut. Neny sibuk kt dapur,daddy n uncle psg kerusi meja bwh khemah.. auntie lesap ke kl print gambo.  Nasiblah sempat siap mandi sume sblm org marhaban dtg. Tu pun masa diorg berzanji i sibuk duk letakkan kuih kat atas meja dessert n tgk lauk2 yg makcik and FIL masakkan.

Ni group Nur Mawaddah dari Semenyih I import. hihi..Nasib ada cousin yg dalam group ni. Last minute deal and ustazah nya available. Lega! Pakej berbaloi.. RM300 sahaja ada bacaan Yassin, 9 lagu marhabban berzanji, doa semua.

Dah selesai berzanji tibalah giliran I kena dukung Aisy kat tgh2 org marhaban tu. I dh blur nk buat apa sbb takde experience. Rupanya kena jalan keliling dgn baby sbyk 3x. Motif I tak tahu..huhu.. Lps tu dah jln keliling assisstant I, kak siti(jiran) tlg pegangkan dulang kaca berisi air kelapa,air beras dan gunting. Time untuk cukur jambul Aisy. Sbnrnya tak plan pun utk cukur jambul sbb aisy dah dicukur botak masa 7hari lps dia lahir. Tp dh disebabkn pakej dr kumpulan marhaban,alang2 buat terus. Nasib rambut aisy panjang.. so x jejas sgt even dh digunting. hihi.. Masa gunting rambut ni la org akn letak sedekah kpd baby dlm dulang kaca tu. Tak tau pun adat sebenar. Tahu org sebut je cukur jambul. hihi..


Taraaa..ni la pengantin kenitnya. Nasib la mood dia ok sgt! and dia tak meragam tgk org ramai2 nyanyi2..hihi

ini masa turn daddy potong.. tgk pengantin dah selebet! hahaha.. Ini je gambar lengkap family yg ada ye..huhu..

Us with the marhabban group.

Untuk dessert buffet mmg kelam kabut sikit. Sbnrnya ada choc fountain tp dh xsempat nk keluarkan sbb org dtg dh serbu mknn kt situ. Fruit skewers dh nk hbs even takde choc pun. hahaha.. Brownies letak bbrp minit dh lesap. Pastu letak strawberry with custard tart pn hbs. Last skali baru letak heart shape caramel choc brownies cake ni. Owh lupa... actually 9.12.12 ni wedding anniversary hana n husband yg ke-2. :-) Syukur dipanjangkan jodoh dan dilimpahkan rezeki. So, mommy daddy tumpang skali la nk celebrate anniversary kt majlis Aisy ni..hahaha.. Masa potong kek ni Aisy dh cranky2 nk tido. Tak dpt nk bergambar bertiga.huhu..

masa ni brownies dah lesap..

masa ni plak kek ngan tart belum bawak keluar..

kalo bawak kek ni awal2 confirm tak sempat feeling2 berdua-duaan potong kek..hahaha

pengantin lama mengidam sgt nk feeling2 mcm pengantin baru kahwin =p

Alhamdulillah.. even majlis x seberapa tp tetamu sume puji makanan dan dessert sedap! Kari kambing ayh mertua masak mmg kaww.. Ramai yg menambah2 mkn. Kat dessert buffet lagi la plk. Tak sempat pun nk snap full picture penuh makanan. Hoho.. org dh dtg mkn sblm tokey siap isi mknn.. Takpe.. yg penting sume suka.. Syukur dah..

Lepas dah hajat mommy nk buat majlis untuk pengantin kenit ni. Nanti buat birthday party plk ye?? hahaha.. Thanks untuk semua tetamu yg hadir dan sponsors2 utk majlis aqiqah Aisy Rania..

Baju pengantin kenit: Butik Rona-rona, BBB Seksyen 7
Baju daddy mommy pengantin: Recycle raya =p
Cenderamata tetamu: Sedapsedapbelaka
Dessert buffet, cake and deco: Sedapsedapbelaka
Easel stand: Ihsan dari SK.. Thanks dear!
Foods: Anam catering (0193406817)

Published with Blogger-droid v2.0.3

Tuesday, December 4, 2012

Si halus..

Assalamualaikum,


Di petang yang hening bening

Tersimpan rasa terkunci kata

Anak yang dikandung kini seiring

Dengan masa dan perkembangannya


Lapan bulan membelai lembut

Tiada lagi ingin dipeluk

Sungguh cepat masa merebut

Ibunya rindu mengasuh elok


Ta ta pa pa terungkap nada

Si halus kini petah berbicara

Tatkala ibunya bermain bersama

Menunggu saat dipanggil 'ma ma'


Indah sungguh ciptaanNya

Diperlihatkan satu persatu keletahnya

Kasih ibu hingga ke syurga

Mohon si anak tidak melupakannya


Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, November 9, 2012

Trip: Office Family day at Glory beach resort,PD

Assalamualaikum and hi..

Actually dh draft trip ni dgn trip uss. Tapi apakan daya draftnya tiba2 blank. Tension jgk sbb x blh retrieve. Takpela..juz flashback and type it again and again.hihi..

Last weekend, my department was having a family day. Family day ni dibuat sempena kejayaan2 yg department dh capai dlm memenuhi kpi dan juga pencapaian yg sgt membanggakan sbb byk menang acara dlm fac medic and health sciences. Sbb dh menang duit byk2 and disuruhnya guna b4 hjg thn makanya jadila family day ni. So, for us ini rezeki la nk holiday2 for free.hehe..
the view from my room

Daddy aisy,aisy, my sister and i went for that family day at glory beach resort pd. Kan best kalo dibuat sblh glory beach resort tu!! Lexis tu..dpt tgk je la weekend tu. Tp dh bersyukur amat pegi glory at least dpt la tgk dunia luar skjp lps bz hari2 kan.

Masa family day ni ada dinner. So,this marked as first dinner yg aisy rania attended. Hihi..pki gaun lelawo tp xsmpi stgh jam dia poo poo plk. So, daddy dia yg sibuk nk tgk bola (mu vs arsenal) ambil la kesempatan bwk ank blk naik apartment konon nk tukar diapers. Heh.. Takdenya turun balik. Mommy plak kena jd emcee for that dinner mlm tu. Jd kenalah stay. Nsb ada sha2.

Aisy Rania ready for dinner

Aisy happy wearing her first swimming suit =)

The second day ada activity sukaneka. Mommy byk giler msk games.. But somehow not lucky enough. Tak menang pun.huhu.. Tapi aisy rania masuk 1 game terus menang uollss..haha.. Pertandingan baby merangkak plk tu. Pdhal aisy xpandai merangkak pn lg. Nk tahu mcm mana dia menang???

Haha..sebab ada 3 je baby masa tu. 2 lg baby boy yg dh bsr mmg dh pandai merangkak. Aisy je bby girl br 7bln. Letak je dia duduk situ terus menang. hahaha..dptla no 3. jadi la kan?? Kekeke
Before the games started.
Aisy with her daddy..

Aisy sibuk belek hadiah sukaneka yg dia menang..hahaha

Hbs sukaneka kami bertiga terus lompat dlm pool. So,this was the first time aisy msk pool. And gladly she loves water. Mmg menurun mommy daddy la. Kaki pun paddling bila msk air. Konon mcm dh terror swim la dia nya pun..hihi..comey je!

Tgk betapa dia sonok main air..hihi

Nnt next time nk bwk aisy pegi swim lg. Nk ajar dia smpi pandai.hihi..

Happy weekend uoollss..

Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday, November 8, 2012

Sedapsedapbelaka Giveaways!!

Come and join our special giveaways!! If you are lucky you enough,you are going to get either


1.Candy buffet 50-100pax complete with deco.

2. 10 cake in jars with deco suitable for your vip guests.


What you can do are:

1. Like fb Sedapsedapbelaka page

2. Like the contest status

3. Explain why you want to win this giveaways (just write in the comment box under the contest status).


Hurry only one day left!! Hihi.. I will announce the winner tomorrow,insyaAllah.


Terms and conditions apply:

1. Candy buffet only available for klang valley

2. This giveaways only redeemable for end of year 2012 until january 2013.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Wednesday, November 7, 2012

Trip: Bukit tinggi, pahang




Assalamualaikun,


Trip ke Bukit Tinggi ni sbnrnya 1-2bln lps lg pegi. Tak sempat jgk nk update. This was actually an unplanned trip. Mama la tny hana xnk pegi mana2 ke? Tiba2 dlm kepala terlintas nk ke colmar tropicale. zasss terus pecut ke destinasi yg terlintas. hehe..

Tapi trip ni daddy xdpt cuti. So kami pergi berempat iaitu Mama,syasya,aisy n hana. Jalan2 di sekitar colmar sambil menghirup udara segar. So,aisy kena marked Bukit Tinggi sbg tempat yg pernah dilawati dah.hehe.. Bertuah budak zmn skrg. Dulu hana nk pegi tmn permainan pn susah..huhu..

Aisy seronok je jln2.Dpt tgk swan..pokok2. Nanti ingt nk bwk aisy ke zoo la bila dia dh start kenal animal. Best kn??

Kt sini xde apa sgt. Cuma blh bergambar je la dgn pemandangan yg cantik.

:-)

Published with Blogger-droid v2.0.3

Wednesday, October 10, 2012

Pre-erder open for 3rd batch: Nutritionist's choice cookbook

Assalamualaikum,

Kepada semua mommies yang bertanyakan mengenai buku ini, Hana dah buka pre-order untuk buku ini. Sesiapa yang berminat boleh lah email hana ke:

raihanahshafie@yahoo.com


Harga buku termasuk postage ialah RM25 sahaja. Cepat sebelum buku out of stock =p

Di sini hana nak iklankan juga Klinik Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (UPM). Kepada sesiapa yang ada masalah berat badan atau masalah penyakit2 kronik dan perlukan konsultasi pakar untuk cara2 mengatasinya boleh la datang ke klinik ini. Ianya PERCUMA dan klinik beroperasi pada stp hari Selasa dan Khamis. Boleh la hubungi di talian 03-89472675.


Thursday, September 27, 2012

Triple bundle of Joys

Assalamualaikum,

Ada 3 cerita yg berlaku pada jumaat lepas..meh baca meh...

1. Cerita ni dah agak basi. hihi..but, it was one of my achievements in life! Jadi nak catat jugak dlm blog picisan ni. Hewhewhew.. Actually, 1 month ago.. Hana received one phone call from graduate school. Dup dap dup dap jgk sbb dah tahu ni mesti panggilan utk Viva!! And yes, betul sangkaanku! Mereka tetapkan pada 21 September 2012 tarikh keramat utk bentangkan research and defense my research.

2minggu tu mmg la study bagai nak rak. Jadi zombi berjaga malam. Oh my!! Rupanya dah jadi mak kpd seorg anak, at the same time bekerja dari 8-5pm and kena jadi student post-grad adalah sangat..... EXHAUSTED! Pagi 21/9/2012 tepat jam 9pg, org pertama yg sampai adalah my beloved co-sv. Dia ada class pkl 10am tapi dtg jgk sbb nak bg moral support kat student dia yg sorg ni..hihi.. Lepas tu tak lama dtg la sume examiners (2org dtg, external examiner x datang) and chairman. Ohoii..masa ni cauk giller.. Tapi before that dah baca lah selawat ayat2 pelembut hati sume.. =) Tepat pukul 10am, viva pn start.. Present 20mins (almost 40slides), pastu Q&A dalam 40mins. Semuanya lancar pada pagi jumaat tu.


kiri- suasana bilik viva 5, kanan- a glass and sachets of my product for clinical trial 

Alhamdulillah..lega dan sukses! Akhirnya tamat la perjuangan ku sebagai seorang student (MSc, Research and courseworks  in Nutritional Sciences). InsyaAllah, moga Allah permudahkan perjuanganku sebagai seorang pelajar PhD mulai tahun hadapan.

2. Aisy Rania genap 6 bulan pada 21/9/2012. hihi..Aisy dah mula solid foods and the first solid food yang Aisy makan adalah mashed banana with milk. 3 hari pertama ok je dia makan. Masuk hari ke-empat dah mula sembur2..huhu.. Agaknya dia dah bosan makan pisang.. Pastu start bg makan blended porridge with carrots and fruit puree. Berat 6 bulan AR hanyalah 5.3kg.. sobssss.. Perkembangan 6bulan, dia dah pandai angkat2 bontot. Macam nak merangkak je..hihi..

pic AR makan for 1st time

mucuk masyam mommy..hahaha

3. Tepat pukul 2pm 21/9/2012.. Dapat call dari husben. Suara mcm excited gelisah.. Rupanya, SIL dah dalam OT sbb dah nak bersalinkan si kembar. Dalam pukul 4pm dapat perkhabaran yg baby boys dah selamat dilahirkan. Twin 1; 1.6kg (Izz Harraz Aklan) and Twin 2; 2kg (Izz Harith Aryan). Baby ni lahir pre-mature. So, skrg tgh tahan dekat NICU. Lagipun Twin 2 tu terbelit tali pusat. Tu yang emergency czer sbb heart rate kat ctg tiba2 tak stable. Tapi, alhamdulillah semuanya selamat =)). Mommy long, daddy long and kakak aisy tak sabar nak tengok upin ipin ni.. hahahaha.. Korg doakan diorg sihat cepat ye?

Published with Blogger-droid v2.0.3

Tuesday, September 25, 2012

Pakej choc fountain buffet

Salam,

Hari ni nak update sikit pasal Sedapsedapbelaka. Weekend lepas SSB dpt job utk setup choc fountain buffet di majlis perkahwinan Siti Nur Alfatihah di Impian Golf Resort. Di bwh ni ada beberapa pics setup di majlis tersebut:

Kalau ada sesiapa yg berminat boleh la pm ke page fb: Sedapsedapbelaka. Harga sgt la affordable dan reasonable.

Setup sblm choc mencurah2.. hihi..choc tgh heat.

pandangan sisi meja.. yeay! choc fountain dh mula beroperasi..


the marshmallow and the deco..


the jars and the flower..


the fruits: grapes, apples, strawberry and rock melon.

ok x?

Thanks cikkin for recommending us to the bride! Cantik Cikkin hari tu =)

Pakej utk 100pax..

Pakej ni merangkumi:

1. Choc fountain 3-tier
2. Chocolate for dipping
3. Fruits skewers
4. Marshmallows
5. Biscuit fingers
6. Candy
7. Deco, table cloth and fresh flowers

Pakej ini sesuai utk Majlis Perkahwinan, Birthday Party atau apa2 majlis keraian =)


Published with Blogger-droid v2.0.3

Monday, September 3, 2012

Raya Galore: ep.2


Assalamualaikum,

hihi..syawal masih berbaki lagi. Jadi dgn itu, hana nk sambung la cerita raya hana.. Slps 2hari beraya di K.Pilah,kami bertiga pun bertolak la ke Kota Bharu. Ya,inilah perjalanan kami yang pertama bertiga-tigaan yang paling jauh iaitu hampir 11 jam di atas jalan raya. Dari Kuala Pilah kitorg ikut Serting-Muadzam-Gambang-Jabor-K.Bharu. Nasib lah jalan tak jam dan baby AR tak meragam. Memang behave je. lagipun dia naik je kereta mmg tidur. Syok agaknya duk dalam aircond pastu rasa cam terbuai2. hahaha..


on the way. di pekan kuala pilah.

Biasalah kan kalau raya2 ni tak jumpa accident. Tapi alhamdulillah, tahun ni tak berselisih dgn accident2 yang ngeri..huhu..


Masa sampai Gambang hana drive sampai kat Setiu kot. Sbb husben dah ngantuk sangat2. Tu lah malam sebelumnya husben duk sibuk tgk game Man U sampai kol 3am. Mana nya tak ngantuk. Terpaksalah I jadi supermak jap jaga anak, susukan anak, pastu drive..phewww..


Bila sampai je Kota Bharu, jem tak hengat! Banyak gila kereta.. huhu..sampai je rumah atuk, phewww lega! Sebab dah malam sampai sana. Takut lah AR meragam ke apa kan sbb berjalan seharian dalam kereta.
Pemandangan Kampungku..Belakang rumah atuk ni ada sungai besar =)


Ketupat palas!! ada inti serunding..nyum nyum.. 

Pastu esoknya, berjalan sakan lah kitorang beraya. hehe..Ni first time baby AR jumpa org KB. So, excited lah semua org nak dukung2 dia. =)

ahhh..habis tangan baby AR kena ketip dek nyamuk..huhu..

harini kita pakai stripe2 ye anak? hahaha..

masa ni konvoi dgn ayah nak ke pasir puteh. kalo konvoi ngan ayah mesti pakai menda alah ni. Sera Bravo Mike roger!! hahaha.. Time ni nak pergi beraya ke rumah keluarga angkat hana.

Tahun ni raya aktiviti sana sini mesti BBQ. Kalini BBQ seafood, ayam n sosej.

Kitorg ni kalau raya mmg tak sah kalau tak pegi kedai chek (makcik hana). Sbb dia raya ke-2 mmg dah bukak kedai. Jadi kalo nak beraya dengan dia mmg kena pegi kedai dia je. huhu..

Kalau korg pergi kota bharu, singgahlah ke Hazel Batik dan Songket. Butiknya betul2 depan New Pacific Hotel Kota Bharu ni.
Setel beraya kat butik chek, singgah plak ke kedai sepupu hana Hazel Jewel (Kak Yin) di Hotel Renaissance, KB. 
Baby AR dgn taukey hazel jewel..



Itu ajelah sedikit sebanyak pengalaman kami ddan baby AR beraya di Kota Bharu. Alhamdulillah, baby AR dapat juga merasa beraya dgn Tok Ki dan Tok Wan (moyang baby AR) dia kat sana. Tapi, sayang tak sempat nak snap pic ngan nyang dia. InsyaAllah nanti kalau ada rezeki raya haji balik sini boleh lah ambil gmbr..

p/s: boleh ke bang balik kg ayg lg?? kahhhhh...

Published with Blogger-droid v2.0.3

Monday, August 27, 2012

Raya galore ep:1

Assalamualaikum,

Hi semua! Amacam raya tahun ni? Bagi hana, raya tahun ni berbeza sgt dgn tahun lepas. Nak tahu kenapa?? Mari kita tgk...

1. Raya 2011

- Raya kat rumah sendiri.. ini mmglah best kan? kahhh..

-Berat badan 50kg sbb hyperem. owh, how i wish i can get this figure back!!

-Takde baju raya. Chopp! mama sempat belikan baju lelong sepasang kat Jln TAR. huhu..sodeyh..

-Raya mcm tak raya sbb asyik muntahh je..melepet!

-Raya berdua mmg lebih baik. Tapi kalau dah asyik muntah aje, raya pun jadi tak best..huhu

2.Raya 2012

- Raya kat kampung husben. Best jugak!! Nasib tak terasa sgt kesedihan beraya kat kg org..ecewahh..Seriously, rasa bersyukur dpt in laws yg memahami, sporting..sumelah! hopefully sampai bila2 lah gini kan?

Suasana nyaman di pagi hari..

Berdentam-dentum pula di malam hari..hahaha..seronok mak budak ni join!!


-Berat badan 60kg+ kot!!

Ini lah rupa kalo berat dh 60kg+!! huhu..Nasib baik baju kurung muat saiz L.. =p

- Sempat lah bawak balik buah tangan untuk keluarga mertua. Selain biskut raya. Buat lah 2 biji moist choc cake ni. Tu pun x sempat nak deco2..


-Baju raya ada 4. Itupun nasib wan kelantan sudi jahitkan 3pasang. Sayang wan!!

-Raya sakan sbb mommy excited dpt kumpul duit raya anak..byk hoi! Dulu mommy pun xpernah dpt sebanyak itu kot..hahahaa.. Tahun ni berkesempatan tukar duit raya baru..

1st time tukar..budget konon2 cukuplah kan..

 Sekali mcm tak cukup je.. Nasib Husben nak toppup lain..hehe..

-Raya bertiga best wooo.. alhamdulillah anak tak meragam travel jejauh dari kajang-kuala pilah-kota  bharu-rantau, n9-kajang. Mmg seminggu ni travel non stop! Bertuahlah dpt anak yg mmg suka berjalan.hihi..

First time raya bertiga, haruslah ada pose wajib gini ye tak? hikhikhik.. abaikan paci AR kat tgn daddy dia tu.huhu..

Makan tak payah ckp lah kan? Segala macam benda kalau blh nak makan. Kat kuala pilah (kg husben) raya nye sgt2 meriah. Semua benda di masak sendiri. Dari lemang,dodol,rendang,kuah kacang,nasi himpit,lontong..semualah..burppp..kenyang weh!!

Lemang di bakar pada petang sebelum raya..

Dodol a.k.a penganan in the making! Ni geng veteran yg buat..


Ni geng junior2 yg bikin. Kambing golek tak jadi.. Jadi BBQ kambing and ayam pun jadilah! hihi.. 


Naik weighing scale blh pengsan tgk angka dia ni..hoho..

Next episode kita cerita beraya di kota bharu plak ye.:-) Daaa..

Published with Blogger-droid v2.0.3