saat menulis entry ni adalah ketika dah boring buat keje..maafkan saya..saya nak freshen up kejap je yea boss..haha.. =p
ok ok..saya nak tanye 1 soklan cepuk emas (cepuk kalo tak tau)..hehe..adakah anda semua faham dengan erti perkahwinan yang sebenarnye??actually masa baca source utk entry ni pun saya baru ler tau dengan lebih mendalam..hehe..takpe..this is actually a learning process.belajar itu adalah satu ibadah juge..kan?
alright..mari kite baca sama2 petikan dibawah..
SEBELUM sesuatu pasangan hendak diijabkabulkan, Penolong Pendaftar Nikah (juru nikah) akan bertanya kepada pengantin sesuatu yang asas tentang Islam dan perkahwinan. Antara soalan yang penting ialah, apa yang wajib bagi suami setelah diijabkabulkan?
Kebanyakan bakal suami memberi jawapan yang agak betul, iaitu memberi nafkah zahir dan batin. Apabila ditanya apakah yang dimaksudkan dengan nafkah zahir, dia menjawab, beri makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Jawapan yang cukup cemerlang.
Tetapi apabila ditanya apa pula yang dimaksudkan dengan nafkah batin, dia terdiam tidak dapat menjawab. Biasanya kalau tidak menjawab adalah kerana tidak tahu atau malu nak jawab. Ya, dalam soalan ini ternyata dia malu hendak menjawab.
Kenapa dia malu? Dia malu kerana jawapan yang dimaksudkan ialah seks. Itulah sebabnya dia tersipu-sipu nak jawab. Tetapi benarkah jawapan itu? Di sinilah kesilapan umat Islam yang jawapan itu telah lama diwarisi entah sejak bila.
Sebenarnya, jawapan itu salah kerana nafkah yang sebenarnya hanya satu itu nafkah zahir. Tetapi boleh juga disebut nafkah batin dengan merujuk kepada memberi didikan ilmu agama kepada isteri. Batin atau jiwa isteri perlu dididik ke arah kebaikan dan ketakwaan serta keimanan.
Nafkah inilah yang sering diabaikan oleh suami. Dan atas sebab itulah mengapa berlaku masalah rumah tangga yang sukar diselesaikan.
Menyentuh soal seks, suka dijelaskan di sini bahawa ia satu keperluan yang Allah sediakan kepada makhluknya. Allah bekalkan keinginan seks kepada manusia sama seperti yang diperlukan binatang. Tetapi keperluan itu dibezakan dengan perkahwinan yang sah untuk menambahkan keharmonian rumah tangga.
Allah sebutkan dalam al-Quran, “kamu pakaian bagi mereka dan mereka juga pakaian bagi kamu,” (al-Baqarah) adalah hendak menunjukkan betapa lelaki dan perempuan itu saling memerlukan. Maka seks itu adalah pengikat kasih sayang selain anak yang dilahirkan hasil hubungan intim antara pasangan itu.
p-o-s-t-i-t-s-h-o-r-t: So..para2 bakal suami mahupun isteri..jangan ler anda menjawab jawapan2 yg klise begitu lagi yea.hehe..
3 comments:
elehhhh..tunggu tgk apa yg bakal hubby anna akan jawab nanti..cakap senang laaa!!!waaahahaha..
rukun iman rukun islam pun dia tanya gak laaa..pastu baca taklik!hehe
huahuahua..iyelah sepul!!ana tau ler epul dah penah kena interview..xpe..tunang ana interview kat KAGAT..dia dh hapal jawapan kot..kihkihkih..
tq for the information :)
Post a Comment