Assalamualaikum,
Amboi..title memang tak mengancam langsung. haha.. Hari ni hana nak share pengalaman mendengar petua mak nenek yang setengahnya ada yang hana amalkan. hoho.. Petua mengenai apa? Basically, petua dalam pantang ni la. Hai..mcm2 lah petua nya.
Antaranya ialah:
1. Air Kunyit
Ini mama hana buat masa dalam pantang ni. Tapi make sure baby tak menghidapi jaundice baru boleh minum ok? Mama hana rebuskan kunyit (sikit aje) dan dapat pati air kunyit ni dalam 1-2 sudu besar. Khasiatnya bagus untuk dalaman wanita. Boleh kecutkan rahim. Dan haritu hana ada kena 'rengat' sekejap. Jadi mama terus buat air kunyit ni bagi hana minum. Alhamdulillah, terus beransur pulih. Sakit tak hengat kalo org diserang 'rengat' ni..huhu..nasib kena sehari je! Ada jg yg hana dgr kena berhari2 rengat ni..huhu..
source: google (lbh kurang byk ni la hana minum)
2. Air Inai
Haaa..ini diajar oleh mak angkat hana yg kat ampang =) (hi shena! =p). Kata beliau, air inai ni boleh menyegarkan ibu dan boleh membuatkan muka ibu yg baru melahirkan yg pucat lesi tu kembali kemerah-merahan dan berseri-seri.. ewahh..sebut je pasal seri2 ni terus laju je cari daun inai. hahaha.. Kata mak lagi, buat 3 hari berturut-turut. Rebus daun inai dan dpt air nya dalam 1/2-1cawan mcm tu dan minum. Haa..1 lagi, org kata minum air inai ni boleh kurangkan kuning anak jugak. Maksud hana, mak minum, pastu bf baby nye laa.. Khasiat dr ibu tu akan ke baby juga =).
3.. Air Manjakani
Even hana ni bukanlah bersalin normal, hana tetap minum benda alah ni. Dah mak ampang sedekah manjakani seplastik! haaa..ape lagi. Guna lah kan.. Ok, seperti yang sedia maklum, manjakani ni kan bagus utk kaum wanita.. Apa yg tak rapat boleh dirapatkan, yg longgar boleh diketatkan.. kah kah kah.. Tapi, bila minum jgn complaint2.. PAHIT tak ingat kot! bluweekk.. tapi demi keharmonian rumah tangga, minum je la.. hahaha..
4. Air teh
owhh..ini bukan utk ibu pas bersalin minum! Hehe.. Air teh ni makcik hana yg kat kelantan suggest utk mandikan baby dengan air teh. Khasiat petua ni katanya, kulit baby akan kurang sensitif dan nyamuk pun takdelah nak gigit ke apa.. Sbb teh ni kan kelat.. haa..jgn la plak bancuh air mandi teh ni sekali ngan gula yea? hehe.. Hana ada baca juga air inai pun bagus buat mandi baby..nanti kulit anak jadi cantik!
Setakat ni..ini ajelah yg hana amalkan.