Amboi..title memang tak mengancam langsung. haha.. Hari ni hana nak share pengalaman mendengar petua mak nenek yang setengahnya ada yang hana amalkan. hoho.. Petua mengenai apa? Basically, petua dalam pantang ni la. Hai..mcm2 lah petua nya.
Antaranya ialah:
1. Air Kunyit
Ini mama hana buat masa dalam pantang ni. Tapi make sure baby tak menghidapi jaundice baru boleh minum ok? Mama hana rebuskan kunyit (sikit aje) dan dapat pati air kunyit ni dalam 1-2 sudu besar. Khasiatnya bagus untuk dalaman wanita. Boleh kecutkan rahim. Dan haritu hana ada kena 'rengat' sekejap. Jadi mama terus buat air kunyit ni bagi hana minum. Alhamdulillah, terus beransur pulih. Sakit tak hengat kalo org diserang 'rengat' ni..huhu..nasib kena sehari je! Ada jg yg hana dgr kena berhari2 rengat ni..huhu..
source: google (lbh kurang byk ni la hana minum)
2. Air InaiHaaa..ini diajar oleh mak angkat hana yg kat ampang =) (hi shena! =p). Kata beliau, air inai ni boleh menyegarkan ibu dan boleh membuatkan muka ibu yg baru melahirkan yg pucat lesi tu kembali kemerah-merahan dan berseri-seri.. ewahh..sebut je pasal seri2 ni terus laju je cari daun inai. hahaha.. Kata mak lagi, buat 3 hari berturut-turut. Rebus daun inai dan dpt air nya dalam 1/2-1cawan mcm tu dan minum. Haa..1 lagi, org kata minum air inai ni boleh kurangkan kuning anak jugak. Maksud hana, mak minum, pastu bf baby nye laa.. Khasiat dr ibu tu akan ke baby juga =).
3.. Air Manjakani
Even hana ni bukanlah bersalin normal, hana tetap minum benda alah ni. Dah mak ampang sedekah manjakani seplastik! haaa..ape lagi. Guna lah kan.. Ok, seperti yang sedia maklum, manjakani ni kan bagus utk kaum wanita.. Apa yg tak rapat boleh dirapatkan, yg longgar boleh diketatkan.. kah kah kah.. Tapi, bila minum jgn complaint2.. PAHIT tak ingat kot! bluweekk.. tapi demi keharmonian rumah tangga, minum je la.. hahaha..
4. Air teh
owhh..ini bukan utk ibu pas bersalin minum! Hehe.. Air teh ni makcik hana yg kat kelantan suggest utk mandikan baby dengan air teh. Khasiat petua ni katanya, kulit baby akan kurang sensitif dan nyamuk pun takdelah nak gigit ke apa.. Sbb teh ni kan kelat.. haa..jgn la plak bancuh air mandi teh ni sekali ngan gula yea? hehe.. Hana ada baca juga air inai pun bagus buat mandi baby..nanti kulit anak jadi cantik!
Setakat ni..ini ajelah yg hana amalkan.
9 comments:
rengat tu ape..??hihi..tk pernah dgr plak...tetbe nak wat air inai kot2 ley berseri2 muke cam baru kawen dlu..hiks~!
thanks hana! i mmg tengah mencari petua2 camni (berangan nk berpantang secara tradisional) hihi
rengat tu apa yang..tak tau ..i beli sepeket manjakani tp tak start buat air lg..czer leh minum yer
byk jugak jenis airnye ye..tq 4 sharing hana!
Hehehe..a'ah banyak jugak jenis air ni..tp nak tau la rengat tu macamana?? sakit belah mana??
I tau manjakani tu mmg bagus tuk merapat-rapatkan..hehehe..
I beli capsule ja..tak tau la mujarab ke tak..org kata minum direct lg mujarab
ANTARA 4 tu myb i akan buat yg no.4 je kot.hahah air kunyit bagai tu penah dgr tp utk melakukannye mcm malasssssss.hahaha nk telan air halia pn rasa euw inikan pula kunyit. erkk.good la Hana u nailed it.hehe
to all yg tanya psl rengat, nantikan entry akan dtg hana ceritakan in details psl rengat ni yea..
ewwww i minum air kunyit tu macam nak muntah. air asam keping pun i penah minum. tak sedap jugak!
tq hana!! mmg sgt2 berinfo neh(:
nnt pas bersalin leh amalkan..
^___^
Post a Comment