Blockbuster Deals!!

Friday, April 20, 2012

Diserang RENGAT selepas bersalin

Assalamualaikum,

Rentetan entry yg lalu..(ececece)
Ramai yang bertanyakan mengenai sakit RENGAT.

So, hari ini hana nak share la experience hana yang pernah diserang rengat. Hana awal2 dulu pun tak tahu. Mati2 ingat angin puting beliung dalam perut melanda. haha.. Ok..mari kita serius! Sebenarnya sakit rengat ni hana kena hari ke-4 selepas bersalin. Mula2 sakit dia mild-mild aje kat bahagian ari-ari tu. Secara spesifiknya dekat peranakan/rahim kita. Ok fine! Ingat sakit perut biasa je. Pastu hana mula la berkeringat, berguling2 atas katil. Macam kena senggugut tu. Senggugut tu boleh tahan lagi. Tapi ni mcm 100x ganda dari sakit senggugut. Diamkan lagi tapi makin lama makin menjadi-jadi. Petang tu mmg dah tak boleh buat apa dah. Nak breast feed anak pun dah tak boleh.. huhu..

Tibalah saatnya, sakit yg tak tertahan lagi. Hana dah menitik air mata. Menangis ni.. ni 1st time nangis tak tahan sakit ni. Haritu sakit lepas czer air mata menitik jgk. Tapi tak menangis.. Ni mmg nangis laa.. Tapi tak la sampai meraung2. huhu.. Masa ni mama hana tgk hana lain mcm. Dia dah tahu hana kena rengat. Tapi dia diam tak bagitahu lagi. Sebab dia tau, hana ni kalau bagitau mcm2 la yg hana dok pikir. hahaha..

Lepas tak lama tu baru dia bgtau. Ko ni kena rengat la ni.. Dia cerita lagi..kadang2 baiklah sakit bersalin (contraction) dari kena sakit rengat ni! Disebabkan hana tak lalui sakit contraction, makanya hana tak tahu mcm mana rasa sakitnya. Dah kena rengat ni baru la TAHU!! huhu..punyalah sakit. sekejap dia datang..time dia dtg tu perut cramp pastu sakiiiiiiiiiiiiiiittt nye..fuhhhhhhhhhh..kalo korg yg rasa contractionn tu tahu la kot cmne sakitnya. taubat! nasib kena sehari je. Bila pikir2 balik, kalo hana bersalin normal rasa sakit cmni cmne la agaknya..huhu..

Itu yg terus mama buat air kunyit tu. Bagi minum..Sbb kan hana sakit kepala jugak, hana telan panadol 2biji. Esoknya nurse dtg kat rumah. Cerita la kat dia kena rengat. Pastu dia kata normal lah tu. Sbb kita breastfeed baby dan rahim tu tengah nak mengecut. Tambah lagi awak czer dan tak leh bertungku. Mmg akan rasa sakit rengat ni.. Kalo org boleh bertungku, ia boleh elakkan dari diserang rengat. Hana pun pernah baca.. Kalo kena rengat utk anak pertama kena sehari, ke-2 dua hari begitula seterusnya. hohohoiii..habislah! Ada jugak hana baca kat forum rasanya. Ada ibu tu kena rengat ni sampai terlepas anak dia dari gendongan tangan dia. Bayangkan betapa sakitnya dia punya rengat! huhu..

Itu lah pengalaman hana. Kalau ada yang pernah kena boleh la share juga kat komen..hehe.. =)

p/s: Nana..hana ada jmp link petua2 tradisional kalo nana betul2 nak ikut cara berpantang tradisional la. hehe.. kat sini.. http://fhidaminfo.blogspot.com/2011/01/merawat-diri-selepas-bersalin.html


8 comments:

iza said...

iza anak pertama dan kedua, 2-2 pun mmg rs sakit rengat...tp sakit lg contraction ms bsalin anak ptama..sampai xbole nak nangis da..anak kedua czer...rs ms czer ni sakit rengatnye lebih plak dari rengat bsalin yg normal tu..proses rahim kita mengecut, bila anak bf lagi rs kan? huhu

nizabeba said...

ni br 1st time niza dgr pasal rengat.. die mcm sakit contraction kot eh..tp mase BF kdg2 terasa rahim mengecut. adakah itu rengat? semoga hana cpt baik =)

diary_ciknaa said...

mak ciknaa pesan, kalau kene serang rengat ni, bancuh kopi panas.. insyaallah, berlambak keluar darah beku tu nanti..

Nadya Zahid said...

aduhhhhhhhh..takutnye...
hopefully hana dah fully recover...dah la sakit czer tu..kene rengat plak..adoiiiiiii!

Lyena Vee said...

ouch! sakitnya baca. harap2 hana dah tak kena serang sakit rengat tu dah

Aty Fared said...

aty aritu hampir gak kene rengat..sakit mencucuk2...kepale sakit macam nak pecah..tapi sebab mase tu aty masih kat spital..jadi masih terkawal..alhamdulillah...sekarang dah ok..:)

hana yoriee said...

Alhamdulillah.hana kena sehari je iaitu masa hari ke-4 lps bersalin. Tp sehari tu pun dh serik. Btl ciknaa..petua minum kopi panas tu blh dipraktikkan.pd m2b blh la readykn kopi lepas bersalin utk elak rengat :-)

Unknown said...

alhamdulillah, tak pernah kene rengat..tapi sharing drpd kawan2 yang kene rengat ni memang dahsat betul..

ada masa free, mai la blog kita pulak..

www.sihatnatural.blogspot.com