Blockbuster Deals!!

Friday, April 27, 2012

Fun Friday

Assalamualaikum,

Yeay..TGIF!! hehehe.. Esok boleh berjimba bersama husben dan si kenit. Husben ambil cuti 3 hari semata nak balik rumah mak nye yg tersayang. Dah rindu nak jmp mak katanya. Rindu nak makan masakan mak la ape la.. semua rindu laa.. hehe..Hana pun rindu air tangan MIL. sekalian boleh nengok dunia luar lepas sebulan lebih dok terperap dalam rumah. dah naik kematu punggung ni haa!! tak sabarnya nak tunggu esok.. hehe..

Semalam dah pi amek Mykid Aisy.. alahai..anak mommy dah ada i/c. hihi..comel je!

Kena lah censored certain part..heh..

p/s: Nak buka acc bank utk si kecik ni la.. Takut mommynye terguna plak duit dia ni.. Duit si kecik lg byk dari duit mommy ni, kang x pepasal mommy g shopping plak. hahaha

Monday, April 23, 2012

Aisy Rania 1mo jab..

Assalamualaikum..


Hari ni baby ke KK utk suntikan pertama cukup sebulan. Supposedly, pegi last week. Tapi nanny nye busy buat kek tempahan org. So, pegi harini..


Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar. Aisy nangis skjp je bila nurse tu cucuk dekat peha dia. Mommy dia yg seriau tgk jarum tu. Cian Aisy..


Skrg berat Aisy dah 3.4kg. Slim lg..haha..tp nurse kata semua ok. :-) Alhamdulillah. Baby naik 600g. Mommy nye turun bpe kilo plak? Muahaha.. Adalah dlm 12kg turunnya. Ada lg berkilo nk kena turunkan ni :-P. Nk start pki bengkungla..hoho..


Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, April 20, 2012

Diserang RENGAT selepas bersalin

Assalamualaikum,

Rentetan entry yg lalu..(ececece)
Ramai yang bertanyakan mengenai sakit RENGAT.

So, hari ini hana nak share la experience hana yang pernah diserang rengat. Hana awal2 dulu pun tak tahu. Mati2 ingat angin puting beliung dalam perut melanda. haha.. Ok..mari kita serius! Sebenarnya sakit rengat ni hana kena hari ke-4 selepas bersalin. Mula2 sakit dia mild-mild aje kat bahagian ari-ari tu. Secara spesifiknya dekat peranakan/rahim kita. Ok fine! Ingat sakit perut biasa je. Pastu hana mula la berkeringat, berguling2 atas katil. Macam kena senggugut tu. Senggugut tu boleh tahan lagi. Tapi ni mcm 100x ganda dari sakit senggugut. Diamkan lagi tapi makin lama makin menjadi-jadi. Petang tu mmg dah tak boleh buat apa dah. Nak breast feed anak pun dah tak boleh.. huhu..

Tibalah saatnya, sakit yg tak tertahan lagi. Hana dah menitik air mata. Menangis ni.. ni 1st time nangis tak tahan sakit ni. Haritu sakit lepas czer air mata menitik jgk. Tapi tak menangis.. Ni mmg nangis laa.. Tapi tak la sampai meraung2. huhu.. Masa ni mama hana tgk hana lain mcm. Dia dah tahu hana kena rengat. Tapi dia diam tak bagitahu lagi. Sebab dia tau, hana ni kalau bagitau mcm2 la yg hana dok pikir. hahaha..

Lepas tak lama tu baru dia bgtau. Ko ni kena rengat la ni.. Dia cerita lagi..kadang2 baiklah sakit bersalin (contraction) dari kena sakit rengat ni! Disebabkan hana tak lalui sakit contraction, makanya hana tak tahu mcm mana rasa sakitnya. Dah kena rengat ni baru la TAHU!! huhu..punyalah sakit. sekejap dia datang..time dia dtg tu perut cramp pastu sakiiiiiiiiiiiiiiittt nye..fuhhhhhhhhhh..kalo korg yg rasa contractionn tu tahu la kot cmne sakitnya. taubat! nasib kena sehari je. Bila pikir2 balik, kalo hana bersalin normal rasa sakit cmni cmne la agaknya..huhu..

Itu yg terus mama buat air kunyit tu. Bagi minum..Sbb kan hana sakit kepala jugak, hana telan panadol 2biji. Esoknya nurse dtg kat rumah. Cerita la kat dia kena rengat. Pastu dia kata normal lah tu. Sbb kita breastfeed baby dan rahim tu tengah nak mengecut. Tambah lagi awak czer dan tak leh bertungku. Mmg akan rasa sakit rengat ni.. Kalo org boleh bertungku, ia boleh elakkan dari diserang rengat. Hana pun pernah baca.. Kalo kena rengat utk anak pertama kena sehari, ke-2 dua hari begitula seterusnya. hohohoiii..habislah! Ada jugak hana baca kat forum rasanya. Ada ibu tu kena rengat ni sampai terlepas anak dia dari gendongan tangan dia. Bayangkan betapa sakitnya dia punya rengat! huhu..

Itu lah pengalaman hana. Kalau ada yang pernah kena boleh la share juga kat komen..hehe.. =)

p/s: Nana..hana ada jmp link petua2 tradisional kalo nana betul2 nak ikut cara berpantang tradisional la. hehe.. kat sini.. http://fhidaminfo.blogspot.com/2011/01/merawat-diri-selepas-bersalin.html


Thursday, April 19, 2012

Petua Mak Nenek

Assalamualaikum,

Amboi..title memang tak mengancam langsung. haha.. Hari ni hana nak share pengalaman mendengar petua mak nenek yang setengahnya ada yang hana amalkan. hoho.. Petua mengenai apa? Basically, petua dalam pantang ni la. Hai..mcm2 lah petua nya.

Antaranya ialah:

1. Air Kunyit
Ini mama hana buat masa dalam pantang ni. Tapi make sure baby tak menghidapi jaundice baru boleh minum ok? Mama hana rebuskan kunyit (sikit aje) dan dapat pati air kunyit ni dalam 1-2 sudu besar. Khasiatnya bagus untuk dalaman wanita. Boleh kecutkan rahim. Dan haritu hana ada kena 'rengat' sekejap. Jadi mama terus buat air kunyit ni bagi hana minum. Alhamdulillah, terus beransur pulih. Sakit tak hengat kalo org diserang 'rengat' ni..huhu..nasib kena sehari je! Ada jg yg hana dgr kena berhari2 rengat ni..huhu..

source: google (lbh kurang byk ni la hana minum)
2. Air Inai
Haaa..ini diajar oleh mak angkat hana yg kat ampang =) (hi shena! =p). Kata beliau, air inai ni boleh menyegarkan ibu dan boleh membuatkan muka ibu yg baru melahirkan yg pucat lesi tu kembali kemerah-merahan dan berseri-seri.. ewahh..sebut je pasal seri2 ni terus laju je cari daun inai. hahaha.. Kata mak lagi, buat 3 hari berturut-turut. Rebus daun inai dan dpt air nya dalam 1/2-1cawan mcm tu dan minum. Haa..1 lagi, org kata minum air inai ni boleh kurangkan kuning anak jugak. Maksud hana, mak minum, pastu bf baby nye laa.. Khasiat dr ibu tu akan ke baby juga =).

3.. Air Manjakani
Even hana ni bukanlah bersalin normal, hana tetap minum benda alah ni. Dah mak ampang sedekah manjakani seplastik! haaa..ape lagi. Guna lah kan.. Ok, seperti yang sedia maklum, manjakani ni kan bagus utk kaum wanita.. Apa yg tak rapat boleh dirapatkan, yg longgar boleh diketatkan.. kah kah kah.. Tapi, bila minum jgn complaint2.. PAHIT tak ingat kot! bluweekk.. tapi demi keharmonian rumah tangga, minum je la.. hahaha..

4. Air teh
owhh..ini bukan utk ibu pas bersalin minum! Hehe.. Air teh ni makcik hana yg kat kelantan suggest utk mandikan baby dengan air teh. Khasiat petua ni katanya, kulit baby akan kurang sensitif dan nyamuk pun takdelah nak gigit ke apa.. Sbb teh ni kan kelat.. haa..jgn la plak bancuh air mandi teh ni sekali ngan gula yea? hehe.. Hana ada baca juga air inai pun bagus buat mandi baby..nanti kulit anak jadi cantik!

Setakat ni..ini ajelah yg hana amalkan.


Wednesday, April 18, 2012

Aisy dah pandai apa?

Assalamualaikum,

hehe..soalan lazim yg Hana terima skrg. Baby dah pandai apa skrg? ngehehe.. Dalam usia 29hari agak2 pandai apa dah? pandai nangis mintak susu je laa..hahaha..

Kalau ikut kronologi perkembangan Aisy:

1. Subuh hari ke-5 klip pusat Aisy dh jatuh. Org ckp cepat juga pusat nya jatuh.. Mcm2 la diorg bg bak kata org2 dolu. Kalo pusat cpt jatuh maksudnya baby tak kedekut la n etc etc.. Anggukkan aje..hehe

2. Hari ke-7 rambut Aisy dah botak licin. Tapi selang bbrp hari dah nampak rambut Aisy tumbuh. Skrg dah hitam dah n boleh la nampak dlm 0.5-1cm cmtu rambut dia. Sekali lg..org ckp.."waahh cepatnya rambut Aisy dah tumbuh lps cukur licin. Anak saya nak tunggu rambut tumbuh lama jugak tau. Hehe.."  Hana pun senyum smbil smbut dengan ucapan Alhamdulillah.. =)

3. Lps tu makin lama perasan, bila tetamu dtg lawat Aisy mesti dia jadi baik aje.. Tak meragam pun.. Nanny dia kata "depan org, juruh dia ni..nnt org balik mula la uwaa uwaa.." =p

4. Awal2 dulu bila malam lepas kol 9pm cmtu hmpir sejam sekali nangis minta susu/tukar diapers dia. Skrg dah mulai kurang.. Jadual mlm dia kol 9pm, 12am, 3am, 5am. heh..penat juga ni..

5. Dah pandai tido nak diulit2..hamboii...atuk dia la ni ngajor..hadeyh..

tu je la kot..esok dah boleh g KK nak cucuk Baby Aisy sebulan =) Meh kita tgk budak kecit ni pny pic latest..hehe..

brp la berat Aisy skrg??hopefully bertambah la..hoho

Friday, April 13, 2012

ragam berpantang

Assalamualaikum..

phewww..Day 24 of my confinement. eceyh..dulu masa ngandung siap berlagak lagi ckp "alaaaaa, hana ni dah berbulan2 (refer to 1st-2nd trimester) tak makan sedap2, jadi kalo pantang yg setakat 44 hari tu tak dpt makan  sedap2 NO HAL laa! konon..

skrg hambek kau! hari2 duk makan:
breakfast: susu anmum lacta/ milo + crackers/roti + supplements
lunch: bubur (sampai hari ke20) / nasi (skrg dh mkn nasi) + lauk ikan haruan/selar/tenggiri (masak singgang/steam/bakar/sup) + sup sayur lobak putih/sawi
evening tea: -sama cam breakfast. kalau nasib baik dpt bubur manis or cekodok tepung semata..hahaha
dinner: sama cam lunch

blergghh..bohsan kau! jgn disamakan selera masa whole day sickness dgn selera masa berpantang. skrg ni duk teringin nak makan ais kacang la..ais krim la.. sume benda yg sejuk2 la..hahaha..tapi tak dapek la dooo..tggu la ekau lepas hari ke-44.. ='( wuwuwuwu..


source: google

ok..sekian..

Thursday, April 5, 2012

Thanks a million..

Assalamualaikum..


Baby aisy rania nk ucapkan berbanyak2 terima kasih yang tak terhingga kpd yg sudi bg hadiah yg best2 utk aisy dan yg bg angpow $$$ utk aisy. Hehe..


Dan xlupe juga pada semua yg wish congrats dan doakan aisy selamat dilahirkan. And.... Mommy aisy rasa bertuah harini sbb dpt parcel dari rakan blogger yg jauh di nun kemaman sana. Thanks auntie Nana bg aisy 3 baju,mitten,booties yg cantik2.. Nanti aisy pakai yea.. :-)


Published with Blogger-droid v2.0.3