Assalamualaikum,
Di hari jumaat ni, meh hana nak share tips2 yg hana baca setelah di google. haha..ada macam2 petua. Jadi, boleh lah kite ikhtiar dan berusaha dan mana tau membuahkan hasil. InsyaAllah.. Ini secara ringkasnya.
Doa-doa:
1. Doa sebelum 'bersama'
Bismillahi Allhuma jannibnas syaithoona wa jannibis syaithoona maa rozaqn tanaa
Maksudnya: Dengan nama Allah , Ya Allah ! jauhkanlah kami daripada syaitan dan juahkanlah syaitan daripada apa yang Engkau kurniakan kepada kami (anak)
2. Doa Nabi Zakaria
Robbi laa tazar dan wantakhoirul waaa rithiin
Maksudnya: Tuhanku, janganlah engkau tinggalkan daku seorang diri padahal engkau Tuhan yang paling baik dari segala orang yang mewarisi
3. Doa Nabi Ibrahim
Allhumainnaka ta'lamusirniiwa'alaa niyati faqbul ma zrotii wa ta'lamu haajatiifa a'thinii su'lii wa ta'lamu maa fii nafsii faghfir lii zanbii
Maksudnya: YaAllah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku.
Petua mengira waktu subur:
KITARAN HAID WANITA
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 adakitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapisecara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
1. Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung.Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
2. Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula,telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
3. Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku.Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang.Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
4. Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
( In other words, 14 days from the 1st day of your NEXT period[/b] - NOT your previous period)
Kalau nak senang macam ni. Katalah kitaran haid 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Atau, Katalah kitaran haid 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Kalau malas nak kira n nak lagi sonang..hah..pergi sini . dia dah siap2 bagi kite nye ovulation calender. bila time somewhat fertile, most fertile and tarikh utk pregnancy test lagi!!hehehe..dah ada calender leh la plan. =)
haaa..ni contoh dia..sonang jo!
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satudarjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. (owhh..dah tahu nape housemate kite dolu2 beli thermometer) hehehehe..
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur,atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur ituberjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Petua Amalan Pemakanan:
1. Madu lebah (untuk tenaga dalaman)
2. Minum Susu dan badam
3. Minum sup ayam dan makanan berempah
4. Minum minuman berhalia (bagus untuk suami)
So, mari lah mari..kite mencuba..usaha tangga kejayaan.. hahaha..haa..sape yg ada petua lain leh lah share jugak..=)
10 comments:
thank for sharing, leh shima suh angah shima baca.. insyaALLAH semua rezeki dariNYA...
sHi Ma: yup..semua rezeki dariNya..kite hny perlu berusaha =)
gud info tq.. :) mmg ngah mencari2 info camni
rini: ur welcome.. n jgn lupe makan folic acid tau =)
tq atas ilmu ni...sama2 lah kita usaha mendapatkan zuriat :)
gud info! tq hana.. :D
hana: n lg 1, pas da "bersama" tue...kalu boleh 20-30mnt jgn buang air kechik, kaki jgn luruskan..klu boleh kaki kanan&kiri dlm keadaan bengkok huruf (A)atau iring kan badan kanan@kiri,n bengkok n naikkan lutut 2 hampir2 ke dagu buat cam 2 dlm setgh jam..then br g mandi ke, bersihkan badan ke...su praktikkan bnda ni...alhmdllah..2mggu pas kawen..tros lekat..pape pon!!berserah pada takdir, kita hnya usaha... gud luck HANA!!!
tq hana..i pun mkn folic acid skrg..kalau ada rezeki adela..
Ana: sama =) chaiyok chaiyok..
nyomel: =) ur most welcome dear..
Su: patut la..hahaha..hana slalu buang air kecik terus..hahaha.okeyh2..pasni nak duk dendiam 30min.. =) thanks su..
intan: yea betul..ada rezeki tu insyaAllah =D
good tips..saya pun ngah berusaha lagi..baru 2 minggu lbh je kawen..minta2 cpt2 lekat..amin
Post a Comment