Blockbuster Deals!!

Wednesday, April 21, 2010

Gempar!

hehe..tajuk tak boleh blah..ekeke..

iyea..hana ada terbaca 1 artikel mengenai perlu ke majlis pertunangan seperti majlis perkahwinan? hihi..baca punya baca..artikel ni boleh dijadikan sebagai panduan kepada adik-adik di luar sana yang berkeinginan untuk bertunang..i repeat bertunang ye..jom kite baca artikel ni citer pasal ape yg GEMPAR sangat tuh.. =p

Di suatu hari ..

Kak M: Salam Encik. Jemput ke kenduri majlis pertunangan anak saya encik pada 1 Februari ni. Ni kad jemputan nya. Kami buat sampai malam dan ada karaoke sekali.

Encik H: Huishh .. bertunang pun ada kad jemputan jugak. Macam nak jemput kenduri kahwin pulak.

Kak M: Ikut kehendak anak-anak encik. Diorang yang nak sangat buat macam ni.

Encik H: Mesti banyak habis belanja. Bakal menantunya kerja apa?

Kak M: Kerani bank aja … pandai-pandailah diorang nanti nak kumpul duit nanti.

Macam dah jadi suatu trend pula yang majlis bertunang buat secara besar-besaran walaupun bukan dari kalangan artis, VIP ataupun anak orang kenamaan. Jika artis or VIP buat mungkin ada sponsor dari pelbagai pihak yang nak lari dari cukai, orang biasa sekarang pun tak nak mengalah juga! Semua nak buat majlis tersebut secara “grand” dan hebat! Biar jiran-jiran berkata .. “Wah .. hebatnya majlis pertunangan anak kamu ni”

Tapi adakah mereka terfikir yang membuat majlis pertunangan tu mungkin akan menyempitkan hidup mereka kelak? Ya lah .. duit nak buat majlis pertunangan secara besar-besaran tu kena di adakan juga. Kalau dah jemputan sampai 300 orang belum kira lagi dengan barang-barang hantaran dan persiapan lain, mahu juga cecah sampai RM4-5 ribu belanjanya!

Kesian kepada si lelaki (dan juga perempuannya!) untuk menghimpun duit sebegitu banyak semata-mata nak buat majlis yang gah. Mungkin ada yang terpaksa meminjam dan berhutang untuk majlis pertunangan ini. Itu belum lagi untuk majlis perkahwinan kelak. Mungkin hutang majlis pertunangan belum habis dah kena tambah pula dengan hutang majlis perkahwinan! Nanti anak dah 2-3 orang pun hutang belum langsai lagi.

Apa yang terbaik?

Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Memadai untuk sanak saudara dan juga jiran terdekat sahaja. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.

Jika benar-benar nak mengikut seperti kehendak Islam – Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin’ boleh membawa fitnah dengan mudah. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

ok..itu sahaja artikelnye..pada hana ia bergantung kepada seseorang. kalau kes kat atas ni, actually dia tak mampu tapi nak buat secara grand dan meletop sampai menyusahkan diri. itu baru tunang, belom kawen lagi..lepas kawen plak mcm mana?takkan makan pasir..(peringatan kepada diri-sendiri jugak). Skrg hana tengah praktikkan cara Yanie simpan duet utk payung hari lepas kawen..hihi..seronok tau sebenarnye dpt tabung duet sikit2 ni..terasa kepuasannya walaupun amountnye takdelah banyak mana..tp simpan sikit-sikit lama2 jadi banglo..tak gitu? ekekeke..So, renung-renungkanlah wahai pembaca sekalian.. =)

p/s: post ini takde kena-mengena dengan sesiapa di alam realiti atau maya. Ianya sekadar panduan.Harap maklum..

21 comments:

Iryani Azlan said...

Hana ni selalu je kredit nama Yanie dalam blog dia... Hoho.. Thanks Hana. Tapi betullah Hana, Yanie setuju, sebenarnya tunang tak perlu dihebahkan, kan? Tapi skrg trend orang dah lain. Masa Yanie dulu, 2 org je kawan Yanie datang Hana. Itupun budak rumah. Tapi belah tunang Yanie sajala. Sebab mereka dr Sarawak kan.. Mungkin kawan baik dia... :)

Xora said...

kalau hajat majlis ni utk mengumpul sanak saudara, takpe. tapi kalau niat nak menunjuk2, itu yg bahana. tapi nawaitu seseorang tu cuma Allah dan empunya diri aje yg tau kan? Tapi serius la, mmg kena hebahkan kita dah tunang, walau tanpa majlis. Majlis bukan nya syarat nak hebahkan kita dah bertunang. Kalau kita tukar status kat FB, kata engaged, kiranya dah hebahkan juga kan?

BTW, nice topic Hana. Keep it up!

hana yoriee said...

haha..sebab mmg betul2 berguna..ckp byk kali pun takpe.. =)

hana yoriee said...

xora: yea..hana setuju sgt ckp cik xora tu..tukar status kat fb pun dah kira hebahan.. antara org sedar atau tak je kite tukar status..
cume takutnye ada perkara2 yg tak elok jadi b4 sempat kite di ijab kabulkan je..doa2 lah sumenya berjalan dengan baik..aminn..

Ilyani said...

sgt setuju...my e-day very simple...no need to pakai kanopi, catering...sume sendiri..baju pn baju biase...xnk membazir kt situ...

lg satu, hantaran ktorg tros bg sume time tunang...time kawin dh xde... :)

hana yoriee said...

Mrs. Engineer: bagusnya awak..tak membazir utk tunang..saya salute..hehe..sy pon penah tgk member saya bg semua masa tunang hantaran, masa nikah bawak mas kahwin n brg kemas utk batal air semayang je.tak payah susah2 nak bwk byk2 brg jauh2 kan?hurmm..hana pun ingat tak bg hantaran byk2 dah masa kawen..tp nnt kalo ada sedara2 nak sponsor..kite terima je lah..hihi..

NoRr said...

ishh...ish..ishhhh! mmg betul hana, i rasa skang ni skang org excited telebeh nak bertunang. membazir duit sana sini..heboh sekampung or dua kampung...tanggung hutang kiri kanann...mintak dijauhkan budaya ni..apa lah yg nak dimegahkan sgt kan..baru bertunang ja pun.kita yg tgk ni kadang2 terdetik nafsu nak tiru tp jika akan dijadikan panduan, insyaAlalh selamat~ =)

hana yoriee said...

NoRr: betul..kadang mmg lah kite sebagai manusia tak terlepas dr hawa nafsu nak tiru ape yg org lain buat..nak grand mcm org lain lah kirenya..tp kalo dah tak mampu, kite buat secara sederhana cukplah kan?

cik fiza said...

suka post ana ni..
mmg btul..
majlis yg ringkas tak semestinya tak bermakna kn...lepas kawen lebih penting... :)
tapi skrg org mcm grand2 sebab nk blumba2 tak mahu kalah dgn org lain kn....
bak kata org ' biar papa asal bergaya ' huhuhu renung2kan...

hana yoriee said...

fizzie:hihi..tu ler pasal..biar papa asal bergaya..adeyhlah..nnt hutang keliling pinggang hidup tak aman, rumah tangga goyah..huhu..mintak dijauhkan sume ini..

Rynz Azha said...

salam tuan tanah

selalu baca ni tergerak nak komen ;)

basically apa yang hana kata tu byk betulnya. kekadang kalau kita terlalu fikirkan apa org lain akan kata mmg tulah jadinya. Saya ari tu tak tunang pun cuma bulan 1 family hubby datang merisik and bagi cincin then tetapkan tarikh.

sbb pelengkap adat, sebelum nikah tu buatlah tunang tukar cincin semua then proceed nikah. mmg lah makcik2 saya bising tp sy cakap kat mak saya, biasalah mulut org kita leh tutup dgr jelah.

selepas kahwin mmg betul byk duit nak pakai, kebetulan bln 6 ni rumah kami siap nak guna duit semuakan. nak renovate bagaikan.

sebolehnya janganlah sbb nak kenduri meriah kita berhutang sana sini, hati kena kuat jiwa kena tabah.

hana yoriee said...

weee..saya tak sangka plak ada org lain yg sudi baca..sila lah selalu baca blog saya..jgn segan2 komen..saya alu-alukan komen anda.. =)

huhu..tu ler..nak mulakan hidup berdua n berkeluarga perlukan perancangan kewangan yg mantap kan?kena bersedia dr skrg..en tunang pun slalu ingatkan tak payah bazir2 masa kenduri, ingat kite nak guna duit byk lg selepas kawen..huhu..

PUAN THALHA : said...

huish.. assumption je tuh - duit yang di gunakan untuk e-day dari anak- anak. mana tahu emak bapak dalam cite tu yang keluarkan duit ? kan. so, tak pela kalau ada kelebihan..
kalau macam daku, buat ikut kemampuan je. huhuk.

hana yoriee said...

Thalhazli: hehe..iyealah..bergantung pada perception org nak faham kot mana dialog tu..hihi..maksud yg org paham berbeza-beza..
yea betul..buat yg termampu aja.. =)

Elya Roza said...

btol2...sebb tu elya tak berani nk announce tarikh e-day elya..sebb takot sedara mara..kawan2 dapat tau...kang tak dijemput kecik ati pulak..nk dijemput kang dh mcm kenduri kawen plak kan..semua pakat datang..hu3. So, biarlah bersederhana je kan.janji kawan2 repat dan sedara mara terdekat kiter jemput.

Pya said...

Bagusnya info Hana ni. Mmg betul pun. Tunang tu patutnya tak payah buat besar2. Pya tunang dulu igt nak jemput sikit je. Sekali kawan2 5 kete dtg. Huuu~ naseb makan cukup. Kalo tak haru~

hana yoriee said...

elya: tu lah..dulu hana pun ingt nak jmpt kawan2 rapat je..tak der niat pun tanak jemput yg lain..tp nak wat cmne..baru tunang jer pun kan?adalah jgk beberapa org yg kecik ati..huhu..

Opiya: hihi..sama lah..hana pun ingat pihak laki nak dtg sikit2 jer..tp dtg skali byk daa..naseb makan cukup2..hihi..

rose said...

sangat menyokong entry hana nie..sebab tu rose tak merancang untuk bertunang..tapi terus plan nak kawen je..hehe..mujur la parents 2,2 blah ok..

tp insya-allah..ade rezeki buat la yg simple2 je sebab teringin jugak nk merasa panggil bakal roomate en.tunang..hehe.. =P

hana yoriee said...

insyaAllah..ada rezeki dapatlah rose buat majlis bertunang..hehe..teringin nak panggil en.tunang ye? =)

Aini Amir said...

agree..tp kalau bg donation kat majlis2 kawin ni xleh lari pun dr cukai.kena byr gak

hana yoriee said...

donation kat majlis2 n cukai? huhu..sory aini..saya tak paham maksud awak..donation tu yg org sedekah2 masa kenduri kan? yg cukai tu ape plak? adeyh..